Monday, January 31, 2011

Cucu Saudara

Semalam isteri anak saudaraku melahirkan seorang bayi lelaki yang pertama, so aku dah jadi nenek saudara, dah tua le tu, nanti bulan Mac, adik dia pulak nak bersalin, bertambahlah umat Muhammad saw kat dunia ni, semoga menjadi orang2 yang soleh/solehah. Ibubapa kena berdoa2 banyak2 untuk anak, dunia sekarang terlalu banyak dugaan, semoga anak2 kita terhindar dari godaan syaitan dan sentiasa di lindungi ALLAH swt, Amin!

Thursday, January 27, 2011

Kepulangan

Lepas hantar si kecil rumah maid, terus gi pasar beli nasi tumpang dan kueh, kemudian gi airport, sampai sana sama dengan ketibaan flight hubby dari KL, so tak lama sangat tunggu, hubby baru balik dari ijtima' kat Bangladesh, tiba kat KL semalam tapi dah tak sempat nak ambil flight ke KB, semalam tidur kat airport. Hubby sihat je, alhamdulillah, walaupun kat sana cuaca sangat sejuk, suhu serendah 10 degree Celcius, aku yang kat Malaysia ni batuk selsema, he he he. Ijtima' Tonggi ni memanglah the second largest Muslim gathering after Haj, walaupun Bangladesh tu di kira sebagai 3rd world country tapi boleh pula dia orang handle ijtima ' sebesar ni, dengan menyediakan segala-galanya percuma, sampai kat airport ada yang tunggu, 24 jam dia orang on duty kat airport tu secara bergilir2 tunggu jemaah2 dari serata dunia, lepas tu bawa ke tempat ijtima' dengan transport percuma, makan pun di sediakan percuma, Allah Maha Kuasa, kalau kita buat kerja agama ikhlas dan betul keranaNYA, insyaALLAH semua urusan akan di permudahkan.

Tuesday, January 25, 2011

TUTUP RAMBUT VS TUTUP AURAT

Semenjak hari Jumaat lagi, selsema dan batuk, tak selesa sangat, malam2 tak lena tidur, malas nak ambil cuti sebab kalau cuti pun, sama je, makin letih. baik kerja sebab taklah sibuk sangat, manageable. Semalam keluar gi beli tudung dan colouring items untuk si kecil, bukannya pandai buat colouring lagi, conteng2 je. Nak update blog pun takde mood, hari ni rasa ok sikit, so ingat nak luahkan pandangan sikit pasal aurat wanita, bila beli tudung semalam, teringat pasal isu ni. Banyak yang ku baca dalam blog2 lain pasal isu tudung zaman sekarang yang di pakai untuk menutup rambut, bukan untuk menutup aurat. Aurat bukan setakat rambut sahaja, tapi lebih dari itu, rasanya semua dah maklum dengan perkara ni, tapi mungkin ilmu belum mencukupi atau godaan dunia lebih mencabar. Walaupun di negeriku ini, lebih ramai yang bertudung tapi kalau tengok pakaiannya, dengan t shirt lengan pendek/baju/seluar ketat - tudung pun kecil/hanya menutup leher je sedangkan dada terdedah, sesetengah tu rambut panjang di lepaskan dalam tudung so terkeluar kat belakang dari tudung yang singkat tu, hmmm memanglag kalau nak di bandingkan dengan zaman dahulu, lebih ramai yang pakai tudung di zaman ini, tapi dulu yang pakai tudung memang betul2 nak menutup aurat bukannya nak glamour macam zaman sekarang.
Bila di fikirkan betul2, siapa yang bertanggungjawab? Kita lah kan yang ada sedikit ilmu ni kena ambil berat dan bantu supaya amal selari dengan syariat. Bukan tanggungjawab yang mudah, sebab kalau tengok kat tv tu, ustazah2 yang muncul kat tv tu glamour2 semua , dengan tudung yang pelbagai, baju yang berwarna terang dengan muka berconteng make up mengalahkan artis atau celebrity pulak. Dan sekarang ni, ada lagi trend terbaru - berpurdah tapi pada masa yang sama bertabarruj. Masa2 tertentu atau bila gi program keagamaan, pakai jubah/tudung hitam dengan berpurdah tapi bila gi kerja atau rumah saudara mara, buka purdah, siap bermake up lagi dan pakai warna2 terang, mana sunnah Rasulullah saw yang di agung2kan tu, memanglah kerja government tak boleh pakai purdah tapi kena lah jaga penampilan (kena ada beza dengan orang yang tak faham dan tak berpurdah) dan ada rasa malu bila tak di benarkan berpurdah, janganlah guna alasan kena ikut peraturan, semua tu bergantung pada kekuatan iman, kalau iman dah lemah, begitulah jadinya. Sepatutnya bila pakai purdah boleh mengelakkan fitnah tapi ini semakin menimbulkan fitnah dan menyebabkan orang di sekeliling bercakap2 pasal kita. Hanya ALLAH TAALA sahaja yang mengetahui niat dan keikhlasan hati seseorang tapi kadang2 orang boleh menilai dari penampilan luaran. Aku harap perkara sebegini takkan berterusan atau mempengaruhi yang lain, sebab kita yang berilmu ni sepatutnya beri tunjukajar atau contoh terbaik untuk orang lain, tapi ini lah yang susahnya , orang2 berilmu ni mungkin rasa semua perkara yang mereka buat tu betul sebab mereka lebih berilmu, dan biasa mereka  susah nak terima teguran orang lain. Sebab tu, kalau banyak kemungkaran yang kita lihat di sekeliling kita, jangan salahkan orang lain, kena salahkan diri sendiri, tak amalkan ilmu yang ada, macammana nak sampaikan pada orang lain. Kena doa dan azam untuk perbaiki diri sendiri dan sampaikan pada orang lain.

THE WAY OF LIFE

Thursday, January 20, 2011

5 MOMENTS

Ijtima' Tonggi

Sebelum datang kerja tadi, gi hantar hubby ke airport, nak terbang ke Dhaka untuk Ijtima' Tonggi. Ingat nak cuti hari ni, tapi cancel sebab rasa rugi pulak hari ni kerja sampai 3.30 ptg je. Selamat jalan suamiku, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Doaku semoga usaha beliau dan sahabat2 yang lain di berkati ALLAH dan semoga usaha ini menjadi penyebab tersebarnya hidayah ke seluruh alam. InsyaALLAH isteri2 yang meredhai suami2 keluar di jalan ALLAH juga akan dapat ganjaran, dapat masuk syurga 500 tahun lebih awal dan berhias2 menunggu kedatangan suami. Kena jaga iman dan amal dan doa banyak2 semasa ketiadaan suami. Hubby kata musim sejuk kat sana sekarang ni, so dah bawa selimut, sweater dan jaket. Kat tempat kita ni, musim tengkujuh sejuk juga tapi ok lah boleh tahan lagi. Harap2 semua sihat walafiat dan dapat ikut program dengan sempurna.

Temujanji Klinik Pakar Perubatan

Tiba di klinik : 8.30 am
Masa temujanji yang di beri : 9.30 am
Masa di panggil untuk timbang : 9.50 am
Masa jumpa doktor : 11.04 am
Masa siap jumpa doktor : 11.25 am
Ubat : tak larat dah nak tunggu, minta tolong kawan ambil.

Tuesday, January 18, 2011

Cuti-cuti

Baru balik dari kerja ni, ok lah, tak busy sangat, harap2 cool je malam ni dan takde gangguan. Si kecil pun dah tidur, apa lagi, mengadap komputer je lah. Esok cuti nak temankan bonda gi Klinik Pakar untuk follow up, bonda ada diabetes dan hypertension tapi tak serius, bonda ku ni seorang pesakit yang sangat bagus, compliance dengan ubat dan betul2 jaga makan.
Lusa pun cuti nak hantar husband gi airport , dia nak gi Ijtima' Tonggi, 27hb nanti baru balik, lepas tu janji dengan staf nak gi beli hadiah untuk beberapa orang staf - nak kahwin, bertukar, aku ni di kira macam pegawai sosial juga lah di jabatanku, kalau bab2 beli hadiah ni memang sebahagian dari tugasku, kalau sempat nak gi buat facial atau spa, tengoklah dulu. Seminggu husband takde, merdeka........... ? He he he, takde lah, kena banyakkan amal dan doa untuk husband dan semua yang terlibat dalam usaha ini, juga untuk semua umat Muhammad saw. Orang2 yang tak memahami mesti pelik sebab husband kami selalu tinggalkan kami untuk usaha ini, tapi kalau tak kerana usaha ini pun, ramai suami2 yang selalu tinggalkan isteri sebab urusan kerja atau kursus ke, mesyuarat ke... kenapa yang tu tak di persoalkan pulak. Banyak2 doa hidayat untuk semua.
Nanti 27hb masa husband balik pun nak cuti, kenalah spend masa dengan dia, almaklumlah seminggu tak jumpa kan, lagipun cuti ku banyak lagi, carry forward dari tahun lepas sebab aku ni jarang benar ambik cuti. Ya lah, kalau cuti pun tanpa rekod sebab gi kursus, kalau saja2 nak cuti gi holiday susah sikit banyak halangan tapi azam tahun ni nak cuba patahkan halangan tu dan nak gi holiday juga, insyaALLAH.

Handphone

Nak cerita pasal sejarah handphone sikit. Masa mula2 aku pakai handphone dulu, aku lah satu2nya yang menggunakan handphone di jabatanku, sebabnya sister ku kerja dengan Telekom, masa tu beli dengan Telekom, brand Nokia, simple punya, guna nama dia, so sewa tak kena bayar. Bos aku pun selalu perli, dia takde handphone walau gaji lebih tinggi dari aku. Then bila phone tu rosak, lama juga tak beli yang baru, lagipun masa tu aku dah pindah balik kampung, dok kat rumah dengan parents, tak perlu sangat guna handphone, masa tu semua orang pun masih ramai guna phone rumah. Lama2 handphone makin canggih, dengan macam2 jenis dan rupa, saiz pun makin kecil dan trendy, so, belilah hp ke 2, warna biru, tapi tetap jenama Nokia. Aku suka sangat Nokia sebab very user friendly, tak pernah tukar yang lain. Hp ke 2 ni berakhir dengan cerita sedih sebab kena curi kat office, masa tu letak dalam handbag dan simpan handbag dalam drawer meja kat bilikku, tapi drawer tak kunci. Hanphone dan duit RM50 je yang hilang, lain semua ada, aku suspect orang yang kerja cuci pejabat tapi malas nak buat report. Beli handphone ke 3, juga Nokia warna biru muda. Lama guna handphone ni sampai teringin nak beli yang ada kamera, lupa dah model apa, tapi warna brown, masa tu beli dengan sepupu yang baru buka kedai jual handphone. Tapi hp ke 4 ni, saiz besar sikit. Hp ke 3 jual jual kat my sister. Handphone ke 5 makin canggih, masih setia dengan Nokia, sebab beli yang ke 5 ni, husband yang influence , dia kata aku kena pakai yang lagi canggih sebab dah naik pangkat, harga RM1000.00, beli kat kedai kawan husband. Hp ke 6 , murah je, RM600.00 tapi lebih ringan, yang lama bagi kat husband, lepas tu rosak, terpaksa jual dan aku pun beli hp ke 7, dan bagi yang ke 6 tu kat husband. Yang ke 7 ni makin murah, RM340.00, tiba2 rasa nak yang simple je, tapi warna merah. Tak habis lagi ni, tahun lepas masa husband keluar 40 hari ke Sri Langka, aku beli hp ke 8, Nokia E52, canggih sikit, sebab dah dapat peruntukan free hp dan free line, beli sim card satu lagi, so senang nak guna internet, facebook  dan check e mail. So ,pakai 2 hp lah, satu personal dan satu untuk kerja. Tiba2 sesuatu berlaku baru2 ini, hai fed up nya, tak naklah guna E52 lagi, menyampah  sakan, terus cakap dengan husband tak nak dah guna E52, aku bagi kat husband dan dia beli yang baru untukku Nokia C5, walaupun cheaper, tak kisah, asalkan hatiku senang. So, guna balik hp ke 6 tu dan C5 dan jual yang ke 7 kat kawan husband. Begitulah sejarah handphone dalam hidupku. Dulu, pernah husband nak bagi iphone yang dari China yang dia beli dari jemaah China (nak bantu jemaah tu) tapi aku tak nak sebab aku bukanlah jenis yang tamak , pantang org bagi free, nak aje, kalau sesuatu benda tu aku tak minat, tak kira lah free pun, aku takkan terima, bukannya tak menghargai pemberian suami, lebih baik jual dapat bantu sesama Muslim.

Monday, January 17, 2011

DUIT-DUIT

Hai melayang duitku RM 310.00 hari ni, bayar jubah baru 3 helai dan skin care product, memang senang duit melayang, balik rumah nanti mesti suamiku tegur bila tahu buat baju baru, actually sekarang ni dah kurang dah beli baju, azam nak buat setahun sekali je dan Hari Raya sekali, biasanya kalau beli yang baru, aku akan sedekahkan baju lama, aku tak suka simpan baju2 yang dah tak pakai. Jubah kalau beli yang dah siap tak sesuai   denganku sebab biasa terlebih labuh dan ada plating atau zip kat belakang, tak minat yang macam tu, masa kerja pakai baju kurung, jubah ni untuk di luar waktu kerja atau kalau kerja malam, simple dan sempoi. Baju kurung pun dah tempah 3 helai, tapi tak siap lagi, tukang jahit different dengan yang jahit jubah. So, nanti kena pilih beberapa helai baju lama, samada nak bagi anak saudara atau kat madrasah. Nanti tak nak lah kena soal di hari kemudian sebab membazir, bukankah kita akan di soal tentang semua perkara termasuk pakaian2 kita kalau banyak dan tak guna. Salah satu pesanan untuk wanita kan hidup sederhana,so kenalah praktis, jangan pandai cakap saja tapi tak amal. Masa gi program, cakap penuh semangat tapi balik rumah tak berubah juga, ingat senang ke nak amalkan sunnah, banyak cabaran dan dugaan, mudah terpengaruh dengan environment pun satu hal, kena azam lebih kuat, tak mahu jadi hipokrit - peringatan untuk diri sendiri juga. Bila sentuh bab hipokrit ni, banyak pengalaman menarik, nanti lah lain kali kita story.
Skin product sekarang pakai yang order dari Bangkok, seorang je pengedar kat Malaysia ni, so kadang2 sukar sikit nak dapat stok, kan banjir kat border hari tu. Walaupun dari sana, tapi ada sijil halal (international). Bagus product ni, memang ada perubahan, ye lah, bila usia dah meningkat ni, kena lah guna benda2 macam ni, nak maintain luaran dan dalaman, untuk suami tercinta juga, bukan untuk orang lain, lagipun, aku ada skin allergy, tak boleh makan seafood, tapi kadang2 makan juga sebab tergoda dengan keenakkannya especially udang is my favourite, tapi now ni, makin teruk simptom allergy , so terpaksa lah berkorban. Kalau ada sesiapa nak cuba product ni, bolehlah contact, nantiku introduce kat dealer dia.

ABOUT ME

Akaun Persatuan

Semalam buat akaun persatuan untuk tahun 2010, kurang pening compare masa buat yang tahun 2009 dulu, sebab masa take over dulu pertengahan tahun 2009, tak berapa faham dengan catatan bendahari lama, so sekarang ni sebab dah buka buku baru dan semua catitan tally dengan bank statement, senang sikit. Cuma masaalah sebab nama ajk belum tukar lagi kat bhgn pendaftaran pertubuhan, setiausaha sibuk benar, hmmm tahun ni dah nak buat AGM , nak tukar ajk pulak, macammana nak settle ni, anyway aku dah sound kat Yang Dipertua pasal masaalah ni. Bukan senang nak jaga duit ratus2 ribu ni, sebab tu masa AGM tak ramai yang attend sebab takut kena pilih jadi AJK, mungkin kena buat gimmick @ sesuatu yang special supaya ramai yang akan hadir AGM nanti. Jangan kena bubar sudahlah!

Thursday, January 13, 2011

Kelahiran

Sebelum masuk ofis tadi, singgah jumpa kawan sakit nak bersalin anak pertama. Aku doakan semoga selamat semuanya, os baru 4 cm, first baby, lambat lah lagi, hanya org2 yang pernah melaluinya sahaja yang tahu bagaimana sakitnya bila nak melahirkan anak. Teringat masa ku lahirkan si kecil dulu, terpaksa underwent Emergency LSCS sebab hypertension dan fetal bradycardia. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan selamat,  now dah lupa pun macammana sakitnya masa tu, begitulah fitrah manusia, hmmm kalau tak macammana umat Rasulullah saw nak bertambah. Masa pregnant dulu, tiap2 hari solat hajat dan sempat khatam Quran 3 kali. Ingat lagi his first word was 'ALLAH' , now pun kalau dia terkejut ke, mesti dia sebut ALLAH dulu, selalu juga ikut aku solat. Dia ni sangat rapat dengan abahnya, tapi kalau bagitau abah nak gi masjid, dia takkan nangis nak ikut, kalau nak pergi tempat lain, mesti nak ikut. Doaku semoga anakku menjadi org yang soleh dan seorang daie. Amin!

Kerja

Esok PH tapi kena kerja juga, dah menjadi tanggungjawabku, so kena lah tunaikan dengan ikhlas, insyaALLAH, kalau niat kita betul, akan ada ganjaran dariNYA. Selalu juga ku ingatkan pada stafku, sebab kerja kita kami memang to serve people, bantu orang yang memerlukan, so kalau kita betulkan niat dan buat dengan ikhlas, ALLAH TAALA MAHA MENGETAHUI, pasti ada ganjarannya di kemudian hari. Tak kisah kalau ada yang tak appreciate pun, janji kita dah buat yang terbaik.
Cuma yang tak seronoknya, terpaksa tinggalkan si kecil pada bonda, kesian bonda dah tua, hari cuti tak boleh hantar rumah baby sitter. Hubby kata nak keluar 3 hari esok, tapi tak sure lagi ada jemaah ke tak. Kalau hubby ada, bolehlah jaga si kecil sebelah pagi. Dengar kata, ada jemaah masturat dari India datang sini hari ni, biasa kalau jemaah luar, mesti ramai yang datang nusrah. Dulu, aku pernah terima jemaah dari Sri Lanka, penuh rumahku dengan masturat2, masa tu first time terima jemaah, dia orang kata aku ni bertuah sebab dpt terima jemaah luar negara walaupun aku ni orang baru masa tu. Pengalaman yang sungguh bermakna. Bila nak terima jemaah lagi.......? Persoalan yang tak mampu ku jawab.

DOA



DOA UNTUK SAHABAT

UNTUKMU SAHABATKU :

Tuesday, January 11, 2011

Sexual Abuse

Semalam ada 2 kes yang melibatkan sexual abuse - sebenarnya banyak lagi, almost everyday ada, cuma yang jumpa kita tu kes yang di bawa ke authority, yang tak report mungkin ramai lagi. Memang sedih sangat bila jumpa dengan dia orang, kebanyakkannya dari golongan yang miskin, tak berpelajaran dan rumahtangga yang porak peranda, kalau tanya bab solat tu, hmmm............ majority solat 5 waktu tu pun tak buat, including bapa / ketua rumahtangga , so macammana nak selamat dari perkara tu.
Banyak lagi yang kita perlu usahakan, bagi yang ada kesedaran, bantulah sesama Muslim, kena ambil tahu hal ehwal keluarga atau jiran tetangga, kalau berlaku perkara begitu di sekeliling kita, usahalah untuk membantu dengan nasihat atau apa2 yang di fikirkan patut. Satu lagi, pendapatku guru-guru boleh memainkan peranan yang penting dalam mencegah kes-kes begini, dengan mengenali setiap anak murid mereka dan ambil tahu sebarang masaalah keluarga mereka, maybe dalam satu kelas, hanya satu atau dua murid je yang bermasaalah, so bila kita rapat dengan mereka , mungkin boleh membantu sekiranya ada perkara2 yang boleh menjurus kepada jalan tersebut, ini salah satu cara yang boleh ku fikirkan. banyak lagi cara lain. Waalahu'alam, sama2 kita berdoa semoga di jauhi dari perkara2 sebegitu. Amin! Banyak lagi nak cerita, di lain kali pula, nak gi kerja ni.

Sunday, January 9, 2011

Nanning

Awal November 2010 hari tu pergi conference kat Nanning, China. Hubby pun ikut sama sebab terpaksa jaga si kecil yang di bawa bersama. First time si kecil naik flight, tapi ok je sebab dia memang jenis yang tak banyak kerenah walaupun kena change flight 3 kali, sebab transit Guangzhou dulu. The town is very clean and modern, greener too, cuma makan susah sikit sebab Muslim people tak seramai macam other town. Ada satu masjid kat situ, same building dengan restoran Muslim tempat kami dinner, tapi kena naik taxi dari hotel lebih kurang 15 minit. Biasalah Chinese food, banyak dishes, sedap juga. Shopping takde apa sangat, lagipun tak plan nak beli apa2 pun. Hubby pergi solat Jumaat kat masjid tu, tapi sebelum solat tu, ada ceramah , then dia orang bertengkar among each other pulak, ada yang kena pukul, maybe ada kaitan dengan isi ceramah yang di beri, sampai delay waktu solat - new experience, hubby kata, ALLAH TAALA nak tunjuk kat kita untuk jadikan iktibar.

The mosque in Nanning
The hotel where we stayed

for the rest of my life-maher zain (lyrics)




I DEDICATED THIS SONG TO MY BELOVED HUSBAND

Friday, January 7, 2011

Isteri tua di tetak isteri muda

Tadi kat Buletin Utama ada story menarik - isteri muda tetak isteri tua sebab cemburu kat Jitra, hmmm cerita org berpoligami ni macam2, cuma kalau isteri tua yang tetak isteri muda tu taklah pelik sangat, ini terbalik kut pulak. Bukan senang nak berlaku adil dalam poligami ni, sebab kadang2 persepsi adil tu maybe tak sama bagi suami, isteri pertama atau isteri kedua walaupun semua tu dah jelas tertulis dalam hukum syariah. Sedalam mana pun ilmu agama seseorang tu, sangat sukar untuk terima hakikat  di madukan, maybe mulut boleh cakap redha tapi dalam hati ALLAH TAALA sahaja yang tahu, terpaksa redha sebab perkara dah berlaku. Kalau sikap dan penampilan dah berubah, maknanya tak redha lah tu, wah panadai pulak aku berfalsafah. Apa2 pun aku doakan semoga isteri tua yang di tetak tu selamat dan suami kena muhasabah diri, dan perbetulkan keadaan, mohon petunjuk dari ALLAH TAALA. Kepada suami2 yang nak berpoligami, kena fikir masak2, minta advice dari yang lebih berpengalaman dan yang penting sekali buat solat istikharah nak pastikan samada pilihan yang di buat itu betul. Kepada calon2 isteri kedua pun, kena fikir masak2, jgn ingat sebab jadi yang kedua suami akan bagi priority, tak semestinya, mungkin lagi tak bernasib baik especially kalau isteri pertama tu dominan, sure suami kena control, dan isteri kedua yang jadi mangsa. Alamak, dah meleret2 ni, aku ni bukan pakar dalam bidang ni, cuma bagi pendapat berdasarkan pengalaman2 staf dan beberapa org yang di kenali. Kalau ada yang tak setuju, sorry lah ya!

Thursday, January 6, 2011

Ubat Hati

Nak share dengan semua, tapi dah lupa copy dari mana, kalau tak silap dari blog pakarhowto, maaf ya, tak minta izin dulu.

Dosa Besar


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al-As r.anhuma, katanya: “ Rasulullah SAW telah bersabda: “ Sesungguhnya antara-sebesar-besar dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibu bapanya sendiri. ” Lantas ada orang bertanya: “ Wahai Rasulullah (SAW), bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibu bapanya sendiri? ” Baginda SAW pun menjawab: “ Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu memaki ibunya. ” [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi]

Bila terbaca hadis ini, teringat peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu di mana aku menjadi saksi dalam kejadian seorang yang bergelar ustazah telah menghina seorang ibu yang mulia, mungkin akibat tekanan perasaan yang beliau hadapi, begitulah hidup kita ni, walaupun ada ilmu agama tak semestinya terhindar dari melakukan perbuatan sebegitu. Kadang2 orang memang tak perasan tentang perkara ni, selalu dosa besar tu di kaitkan dengan syirik, membunuh, berzina, etc.... tapi tak ramai yang realize tentang isu dalam hadis di atas. Sama-sama kita berdoa semoga dapat jauhkan diri dari sebarang dosa kecil dan besar dan semoga kita semua mendapat petunjuk dari ALLAH TAALA. Harap2 ustazah tersebut menyedari kesilapan beliau dan sempat memohon maaf sebelum terlambat. 

Wednesday, January 5, 2011

Seterusnya.........

Hari ni ada sikit masa, banyak nak cerita , hmmm nak mula di mana ya, pagi tadi ada mesyuarat jabatan , biasa je tak ada sangat isu2 panas cuma Bos bagitau pasal plan untuk tahun 2011, so kena renew azam untuk lebih committed dengan kerja , sebelum ni pun very committed, cuma ingat nak buat beberapa projek baru untuk tahun ni.
Sebenarnya tujuan aku buat blog ni cuma nak ventilate apa2 yang dalam diriku ini, selalu baca blog org lain especially yang dalam Gerbang Utama tu, banyak faedahnya, boleh share ilmu, sikit sebanyak boleh juga boost imanku ini especially kalau ada cerita pasal karkuzari masa karkun2/masturat gi khuruj. Aku ni lemah iman sangat, pernah keluar 3 hari dan 10 hari, lepas tu terus beku je, entah kenapa, banyak sangat ujian2 yang datang tak mampu nak hadapi, terpaksa korbankan niat untuk keluar masturat atau gi nusrah, memang rugi tapi.........semoga ALLAH TAALA campakkan hidayah, Amin!

Tuesday, January 4, 2011

Salam Ta'aruf

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hari ni rasmi lah blog ku yang dah lama bercita-cita nak create tapi di sebabkan masa yang terhad, baru di beri kesempatan pada detik ini. Tengah excited nak berblog, tiba2 dapat news staf ku terlibat dlm accident dan terus meninggal dunia, Innalillahiwainnailaihirojiuun..... terkesima sekejap, walaupun career ku sentiasa melihat kematian tapi bila org yang di kenali tiba2 meninggalkan kita secara tiba2, pasti akan sangat terasa, dah tak ada mood lagi, nampaknya kena sambung di lain masa. Ku doakan semoga beliau di tempatkan bersama2 org yang soleh, Amin!