Monday, February 28, 2011

Kereta Baru

Esok cuti sampai Khamis, nak gi KL ambil kereta baru, so gi dengan flight , mesti si kecilku seronok dapat naik flight lagi, cuma kesian nanti masa landing mesti dia nangis sebab sakit dalam telinga - pressure effect. Naik flight memang cepat sampai tapi leceh sikit nak bawa barang, especially barang2 sikecil dengan susunya lagi, so malam ni kena kemas barang secara praktikal. Haa sebab tulah lebih baik breast feeding, banyak kebaikannya termasuk senang nak travel tapi nak buat camno, aku memang tak dpt produce breast milk, padahal sebelum deliver memang dah set mind nak bagi exclusive breast feeding, botol susu pun tak beli tapi lepas bersalin terpaksa juga beralih ke susu formula, mungkin adalah asbabnya tu.

Pasal bab kereta ni, suamiku memang suka tukar2 kereta, biasalah orang lelaki. Walaupun mampu , tapi aku tak minat kereta mewah, asalkan selesa dan senang nak parking, alright lah tu, cuma kereta Malaysia je yang aku tak minat, he he he, sori lah, bukan takde semangat nasionalisma tapi tak minat je including designnya. Kereta lama pun dah berjaya di jual semalam, walaupun harganya kurang sikit , takpelah, kalau tunggu lama lagi lah turun harganya. Suami mulanya tu sayang nak jual kereta lama tu, tapi nak buat apa simpan kereta banyak2, habis duit untuk maintenance saja, itu pun ada satu kereta buruk yang dia beli aysik dok baiki je.

Aku tak hipokrit bukan macam sesetengah orang tu, kata tak minat dengan kereta baru tapi kalau ada yang baru, mesti nak bawa yang baru, yang lama tak nak dah tapi nak beli sendiri, kedekut, macamlah duit boleh bawa masuk kubur, he he he, meleret pulak bebelanku ini. Apa2pun kena bersyukur dengan anugerah ALLAH, kereta tu satu keperluan dan kalau niat ikhlas, kereta akan bawa kita ke tempat2 yang baik2, bukan tempat yag boleh mendatangkan murka ALLAH. Jangan bermegah2 dengan nikmat ALLAH, bila2 masa saja ALLAH boleh tarik nikmat yang DIA kurniakan.

Wednesday, February 23, 2011

Apa-apa aje

Semalam, si kecilku terjaga pukul 3 pagi, minum susu, biasanya terus tidur tapi semalam dia berjaga pulak, sampai pukul 5, menangis2 pula nak gi dapur, lepas minum air oren seteguk baru masuk tidur semula, mengantuknya ummi, tertidur semula, baiklah terjaga waktu subuh. Hmmm, semenjak akhir2 ni, asyik letih je, amal pun macam berkurangan, yang wajib je buat, yg sunat dah lama tak di praktikkan, macammana ni, usia dah meningkat, tapi  amal statik je. Sepatutnya di saat2 begini kena tambahkan amal, kena kuatkan azam, lawan godaan syaitan tu, dunia ini akan di tinggalkan, akhirat kehidupan yang sebenarnya. Ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk melawan hawa nafsu yang cintakan dunia ini, AMIN!

Thursday, February 17, 2011

New Hair Style

Sempena Maulidurrasul tempoh hari, si kecilku telah berjaya di botakkan kepalanya oleh ayahandanya, nampak lebih matang pula dari usianya, handsome tak, he he he................ Semoga si kecilku akan mencontohi Nabi Muhammad saw dalam setiap gerak langkahnya, Amin!


Wednesday, February 9, 2011

UJIAN ALLAH

LETIH.........

Dah lama tak update blog, entah kenapa, takde mood langsung, tambahan sekarang ni tak berapa sihat, letih semacam je. Pagi2 datang kerja dengan berat hati, kalau boleh nak dok rumah dan baring je, tapi kena kuatkan semangat, masa kerja, cuba buat macam biasa, tapi bila dah tengahari tu, memang kadang2 tak boleh tahan, so terpaksa lah ambil off petang, walaupun begitu, aku pastikan kerja hari tu dah siap atau kalau tak, minta tolong kawan cover sebelah petang. Dah bagitau kat Boss pasal masalahku ini, Boss pun memahami. Harap2 masalahku ini tak berterusan terlalu lama. Mohon di beri kekuatan oleh ALLAH TAALA, Amin!