Wednesday, April 20, 2011

................

Dah lega sikit, lapuran audit ISO dah bagi kat ketua kumpulan, betul atau salah biarlah dia orang check semula, tak minat betul buat kerja tu, entah apa2 je, clause mana pun tak tahu nak rujuk, main taram je.... Kursus PALS pun dah settle this week, besok ada satu presentation, takpe lah pakai yang lama je tapi next week ada satu lagi presentation - tak siap lagi........................... berat sikit sebab participant kursus tu dari pelbagai jabatan. Bila nak siap ni, takde motivation pulak, esok maybe busy juga, petang esok ingat nak gi ziarah salah seorang staf yang baru kematian ibu, aku memang baik dengan staf ni, macam kakak sendiri, kadang2 kalau ada masaalah aku cerita kat dia sebab aku tak biasa cerita apa2 masaalahku pada keluarga sendiri, aku doakan agar ibu K Lah di tempatkan bersama2 orang2 yang beriman, begitulah kehidupan ini hanya sementara, entah bila giliran kita pula, tak siapa yang tahu, so kena selalu ingatkan diri sendiri tingkatkan iman dan amal, maut datang tanpa di undang.

Monday, April 4, 2011

Busy...busy...busy

Busy...busy...busy... hai banyaknya paperwork nak kena buat bulan ni, nak buat internal audit ISO lagi....boringnya, bukan apa tak tahu nak buat camno, member dalam group pun dua kali lima je, sama2 tak berpengalaman. Now dok tengah baca dokumen2 semua , pening , tak tahu nak audit apa, buat ajelah yang termampu, plan nak gi buat petang esok, insyaAllah dapat bereskan esok. Lepas tu nak kena prepare untuk kursus pulak, ada 2 kursus bulan ni, nak kena prepare lecture jugak untuk kursus tu,  tengah dok cari material ni, hmmm bukan senang nak buat presentation, takut orang boring je dengar lecture, kena masukkan gambar banyak sikit kut.

Si kecilku demam sejak hari Khamis lagi, panas betul, dia cakap sakit dalam mulut, tak nak susu dan sikit sangat makan, dahlah tu, dia ni susah makan ubat, langsung tak nak telan ubat, terpaksa bagi suppository PCM , ok lah demam turun, tapi lepas tu panas balik, aku dah ambil antibiotik tapi tak bagi lagi sebab sure dia tak nak makan nya, macammana nak buat ni, abah dia pun takde, gi Kemboja sejak hari Jumaat lagi, ada ijtimak kat sana, hari Rabu nanti baru balik. Bila anak sakit memanglah tertekan sikit, dugaan besar tu sebab asyik merengek je, nak suruh dukung lah, tidur pun tak lena, asyik terjaga dan nangis2, aku dahlah tak sihat sekarang ni, nak dukung dia ya Allah dah berat benar, tapi inilah cabaran dalam hidup ni, takkan asyik nak senang je, kena belajar erti kesusahan, kena sabar lah kan, insyaAllah nanti ada ganjarannya, especially kalau seorang ibu bersabar terpaksa berjaga malam kerana anak sakit. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ujianMu, jangan harapkan suami, hanya harap dan minta tolong pada Allah Taala sahaja, tapi kalau suami ada tu, lega sikit, he he he.........