Thursday, September 29, 2011

Kelahiran bahagian 2

Tak dapat nak tahan airmata bila terpaksa operate juga, besarnya ujianMu terhadapku ya Allah. Masa tu dah ada kes yg lebih emergency, so kena tunggu lagi, sakit dah mula kuat semula, rasa sangat2 tak tahan, pukul 1 baru tolak masuk OT, sekarang operate memang bius separuh @ spinal anaesthesia, lagipun dah ada epidural line, so senang je teruskan ubat bius melalui situ tapi yg peliknya dah beberapa kali Dr check, aku masih boleh rasa ketajaman pisau itu. Aku tawakkal je suruh dia orang teruskan operation tu sebab aku mahu segalanya berakhir dengan segera. Dapat ku dengar Dr bius dah bagi macam2 ubat padaku untuk hilangkan kesakitan itu, hanya pada Allah sahaja aku berserah semoga segalanya berakhir dengan segera. Tepat jam 1.52 pm lahirlah seorang puteri ke dunia ini, 3.35 kg dengan selamatnya. Syukur Alhamdulillah! Lepas bersalin, masaalah lain pula, takde sesiapa yg boleh menjagaku di hospital, itu pun salah satu sebab aku tak nak operate, susah nak gerak dan jaga baby, mujurlah anakku telah di masukkan ke wad nursery untuk observation, so walaupun Dr dah benarkan baby ku discaj tapi aku minta dia orang jaga sampai hari aku di benarkan keluar. Bondaku dah tua sangat, tak sampai hati aku nak dia dok hospital menjagaku, suamiku terpaksa jaga anakku yg pertama tu sebab malam dia tak biasa tidur dengan orang lain. Hari kedua aku minta discaj walaupun biasanya kalau operate hanya hari ketiga di benarkan pulang. Dr pun memahami dan dia izinkan aku balik pada hari kedua. Esok insyaAllah kami akan adakan kenduri aqiqah dan nama hanya akan di umumkan pada esok hari. Abah dan ummi berdoa agar puteri akan menjadi seorang anak yg solehah dan di lindungi dari segala hasutan syaitan dan tipudaya duniawi. Amin!

Kelahiran bahagian 1

Alhamdulillah semua dah selamat. Nak story sikit pasal kelahiran baby. Sebenarnya due 22hb lagi tapi cuma ada irregular contraction on & off, so 25hb jumpa Dr utk check, then pukul 1 pm tu dah mula sakit, aku bertahan lagi, tak nak gi hospital awal sangat, takut lambat lagi nak bersalin, lepas Magrib baru aku pergi, hubby masih dalam khuruj 3 hari, so drive sendiri gi hospital dalam keadaan yg sakit tu, sempat lagi singgah kedai 7-11 beli roti dan air, he he he, actually hubby dah pesan suruh call kalau nak gi hospital, tapi sebab masih boleh tahan sakit, lagi pun rumahku ke hospital dekat je, kalau malam takde traffic tak sampai 10 min drive. Semua orang pun terkejut bila dapat tahu aku drive sendiri. Si kecil petang2 lagi dah minta tolong anak saudara bawa balik rumah dia dengan ibuku. Lepas Isyak baru call hubby cakap dah ada kat bilik bersalin, dia tak marahlah sebab aku tengah sakit. Dr check os baru 1 cm, so kena masuk wad dulu tapi lepas tu sakit makin kuat tak tahan sangat sampai menjerit2 kat wad, terpaksa panggil Dr dua kali minta nak operate sebab tak tahan sangat, tapi takde alasan yg kukuh sebenarnya mana boleh operate gitu je, so dia check sekalijam 11 tu, dah 3 cm, hantar semula ke bilik bersalin tapi aku memang tak berhenti2 menjerit sebab tersangar2 sakit, lebih teruk dari yang pertama dulu padahal yg dulu kena induce sepatutnya lebih sakit, nurse semua pun pelik kenapa aku sakit sangat2 padahal jalan baru buka 3 cm. Dr nak bagi epidural ubat tahan sakit tapi pukul 4 pagi baru dapat buat sebaba Dr bius yg buat tu sibuk sangat, biasa dia orang pun tak buat epidural pagi2 buta tapi sebab special case kena buat juga, he he he. Lepas dapat epidural tu, barulah lega, suruh hubby balik tidur jap before Subuh, lepas Subuh hubby datang semula sebab sakit dah mula balik, then check pukul 9 pagi masih 3 cm, Dr bagi ubat sikit untuk kuatkan contraction, pukul 11 check, takde progress, so takde jalan lain terpaksa operate juga. Masa tu sedih sangat2 sebab aku nak bersalin biasa, dah ada pengalaman operate dulu, sakit lama lebih dari bersalin normal tapi nak buat camna semua tu dah ada dalam perancangan Yang Maha Esa, kita ta boleh nk menolak takdir, oops baby dah bangun, nanti sambung bahagian 2,

Sunday, September 25, 2011

Postdate

Hari ni dah 25hb dah postdate 3 hari, tengah tunggu nk jumpa Dr, biasalah bab tunggu menunggu ni memang boring sikit, saja buat2 tak kenal nk tahu macammana layanan dia orang. Kalau tak kerana dulu operate memang gi bersalin kt swasta sbb tak ramai orang tak mcm kat hospital besar ni ramaii orang kadang2 labour room tu melimpah terpaksa bersalin kt luar je takde privacy. Kalau wad penuh terpaksa dok atas kanvas je, staf pun tak sempat nk layan tak menang tangan. Sekarang ni semua org pun bersalin kt hospital, senang. Hubby takde weekend ni keluar 3 hari, esok baru tangguh, biasalah jd isteri karkun, selalu di tinggal-tinggalkan. Dr dah call, sambung jap lagi. Lepas jumpa Dr dah, dia check katanya insyaAllah boleh bersalin biasa tapi kalau tak juga, by 2 Oct, Kena operate juga lah. Kena doa byk2, solat hajat setiap hari, semoga Allah permudahkan, Amin!

Thursday, September 22, 2011

EDD

Hari ni sepatutnya my EDD, ada sikit2 contraction once in a while tapi tanda2 lain takde lagi, ye lah tarikh tu Dr yang decide berdasarkan kiraan hari, semua ni kerja ALLAH TAALA, Dia yang menentukan, kita cuma merancang sahaja. Semakin berdebar2 dan suspense je, tak tahu pula macammana rasanya proses kelahiran biasa ni, sebab yang pertama dulu kena induce - macam kena paksa keluar sebab tu dia keluar kut tingkap, bukan kut pintu, he he he............ Hari ni datang kerja tapi tak buat apa pun, asyik browse internet je................. next week sambung cuti, takde idea dah................

Monday, September 19, 2011

Nafsu dunia

Minggu ni ambil cuti nk rehat sementara tunggu nk bersalin, semalam birthday, thank you for all the wishes dari kawan2, tapi yg paling special nk dedikasi kan ucapan syukur dan terima kasih pada hubby atas hadiah yg di berikan, I really appreciated it very much, thank you once again. Nak sentuh sikit bab nafsu ni, hmmm ye lah kan nafsu ni susah betul nk jaga terutama bab material, walaupun seseorang tu ada ilmu agama, dah berpuluh tahun terlibat dlm usaha ini, dah gi IPB, istiqamah keluar setiap tahun tp bila sampai bab material ni, kalah juga dek godaan syaitan, tak di sangka2, begitulah tipu daya dunia, sukar sekali untuk di tepis. Aku betul2 terkejut dgn sikap seseorang tu, ingatkn dah ada ilmu sikap berbeza tp sama je dgn orang yg takde ilmu, aku harap beliau sedar akan sikapnya itu, tambahan pula sikap tu menyebabkan suami susah hati dan membebankan suami, bukan ke salah satu tanggungjawab kita menyenangkan hati suami, redha di mulut je tapi bukan di hati tak memberi sebarang makna, tak guna orang lain dok memuji tapi realitinya hanya Allah Taala yang tahu, takpelah dunia ni sementara je, hari kemudian nanti semua kebenaran akan terserlah. Oklah nak kemas rumah sikit, cuti pun bukan boleh nk rehat sangat, lepas ni nk keluar ada keperluan yg nk di beli, selagi boleh drive ni tak nak lah menyusahkan suami mcm ? He he he!

Sunday, September 11, 2011

Menanti Saat Kelahiran

Sejak hari Selasa minggu lepas dah mula ada irregular contraction, dah check dengan Dr, so far baby ok, hari ni pun ada appointment tadi, dah masuk 38 minggu ni, memang tak selesa sangat sebab baby pun dah turun bawah sikit, tapi masih kerja lagi , sayang pula nak ambil cuti, nak simpan untuk lepas bersalin nanti. Hari ni hubby hantar datang kerja. Banyak pula kerja hari ni, break sekejap 15 minit gi jumpa Dr, baiklah dah takde pesakit  kat Klinik O & G tu, so tak perlu tunggu, terus masuk jumpa Dr. Kerja aku dekat 1.30 pm baru habis, solat Zuhur, then makan roti dan air kosong je,  staf yang biasa tolong beli food sibuk kat gerai jabatan sebab hari ni ada jamuan Raya untuk semua jabatan, mula pukul 2 nanti, tapi aku tak laratlah nak pergi sebab tempat jamuan tu jauh dari office ku, takpe lah , nanti 15hb. ada jamuan khusus untuk jabatan kami sahaja tapi tak tahulah sempat ke tidak dengan aku. Nanti balik lunch dengan hubby lah, dia kata nak datang pukul 3, nak balik awal sikit, nak rehat sebab kalau duduk lama2, memang sakit pinggang ke bawah.

Hmmm......... bila dah dekat waktu ni, semakin rasa berdebar-debar, takut pun ada, setiap kali solat doa supaya dapat bersalin normal dan takde komplikasi, kalau boleh lepas bersalin pun nak minta balik terus, tak boleh duduk lama2 kat hospital ni, takde orang nak jaga , si kecil kat rumah pun susah lah nanti, sebab bonda pun masih belum betul2 sihat lepas recover dari demam denggi tempoh hari. Ya ALLAH, perkenankanlah doa hambaMu ini, hanya kepadaMu aku berserah, Amin!

Sunday, September 4, 2011

Post RAMADHAN

Back to work.....sebenarnya Raya pertama dan keempat pun kerja juga, so taklah bercuti sangat pun....tahun ni kurang sikit beraya......sebab kerja dan bonda pun masih belum sihat lagi, discaj dari hospital sehari sebelum Raya....itupun sebab minta sangat2 dengan doktor, walaupun darah tak normal lagi..... doktor izinkan balik, next day Raya pertama, check darah saja, better tapi sebab umurnya dah 70 tahun, so sekarang masih tak berapa sihat, takde selera makan lagi. Nasib baiklah kakak iparku yang orang Johor tu balik, so dia yang masak malam Raya tu, aku tolong je setakat yang mampu, alhamdulillah semua berjalan lancar, ye lah, sebab bonda ada kat rumahku, so semua adik-beradik akan datang makan kat rumah di pagi Raya, lepas tu baru gi rumah kakakku yang sulung pula, biasa itulah rutin kami setiap kali Raya. Tahun ni, rumahku masak nasi Bukhari sama macam tahun lepas, taklah susah sangat sebab rempah ready made, rumah kakakku nasi dagang.

Hari Raya ke 3 tu, kakakku yang kedua buat majlis pertunangan anaknya yang pertama, tapi aku tak sempat nak tunggu majlis berlangsung sebab pergi rumah dia pukul 8 lagi, pukul 10 si kecilku dah ajak balik, dia bukan boleh duduk lama2 rumah orang lain, so pukul 10 kami balik, rombongan pun sampai, tak sempatlah aku nak kenal dengan bakal menantu nya.

Raya ke 3, kedua-dua abangku yang stay kat rumahku dah balik ke KL dan Terengganu, so rumah kembali sepi, tapi sampai hari ni aku tak sempat nak berkemas lagi, sebab kerja dan penat, hari tu check , baby dah turun sikit (head engaged),  so tak selesa betul bila duduk bangun, kaki pun dah semakin bengkak. Semakin dekat EDD, semakin berdebar-debar, doa setiap masa dapat bersalin normal dan everything goes right, InsyaALLAH, makbulkanlah doaku ini ya ALLAH, walaupun dalam keadaan stress ni, kena tenangkan fikiran supaya takde effect kat baby.