Monday, November 29, 2021

2021

Tahun yg paling terperap je kt rumah, PKP, PKPB, bla bla, anyway completed vaccine including booster, still terperap juga hu hu. Sekarang pun tgh CTG sbb jaga my mum yg sakit tua plus dementia, really challenging when taking care a person w this problem tp inilah syurgaku, rela berkorban apa saja. A bang pun dah masuk asrama, seronok sgt kt sana sampai dah lupa kt ummi, sob sob son, it's OK, yg penting dia blh belajar berdikari. Si adik ni tak tahu lah ummi, asyik mengadap game je, so kdg2 kena denda juga lah sekali sekala, yg penting mesti pantau ye bila anak2 guna Internet. Rindu juga nk kerja, I need a getaway........ Pls COVID go away, kembali ke tempat asalmu.

Saturday, April 4, 2020

Menu 4 April 2020

Breakfast : Jemput pisang, Banana pancake Potato fritters Lunch. : Nasi putih Sotong masak serai Ikan goreng Sayur kacang goreng Tea : Buah mangga Dinner : Kek buah kukus

Lockdown Day 18

Sesuatu yg tidak pernah di duga dlm sejarah hidup ku yg telah melewati separuh abad ini. Allahu Akbar, besarnya dugaanMu terhadap seluruh umat manusia Di dunia ini. Tentera Mu yg plg halus telah mengubah rutin hidup manusia seluruh alam. Wahai manusia, kembali lah mengenal pencipta kamu sekelian dan mengabdikan diri hanya kepadaNya. Aku hanya mampu berdoa. Aamiin.

Sunday, December 29, 2019

Percutian Disember 2019

Sebelum menutup tirai 2019, aku bawa anak2 bercuti sekejap, almaklum nnti buka sekolah dah sibuk. Tujuan ku menulis psl percutian ni utk kenangan anak2 boleh baca bila dia org dah besar nnti. Kami bertolak sebelah pagi, berhenti sekejap makan then another stop utk solat. Tiba Di hotel, rehat sekejap then bawa dia org swimming kt pool hotel, pool x besar sgt mainly utk anak2 tp yg bestnya ada separate pool utk ladies dan tertutup. Lps Maghrib kami gi mkn kt Aman Central Mall, then shopping sikit sblm blk hotel. Bilik mmg luas n sgt selesa TH Hotel ni baru kt sini, dekat dgn Masjid blh jln kaki, sgt2 penting cari hotel yg lokasi dekat masjid senang hubby nk gi solat jemaah. The next day, kami bertolak ke Fantasia Aqua park, otw tu singgah breakfast min “peknga” atau lempeng kelapa dgn kari ikan, best2 menu baru. Separuh hari kt sana , really enjoy , anak2 dan Waterpark berpisah tiada he he he. As usual Ummu jd penonton je malas nk masuk air. Mlm lepak je n mkn kt bilik sbb dah keletihan. Esoknya pergi breakfast kt town, lps tu sight seeing kt Gunung Keriang, cantik sgt tp sayang tak berapa Di komersialkn, mcm ada lift utk naik tp dah tak Di gunakn lg, mungkin masalah safety n maintenance. Then gi Muzium, kena bw juga anak2 gi tpt mcm ni bg knowledge juga, bukan enjoy shj....,anak2 pun seronok dpt tgk brg2 lama yg dah tak jumpa dah skrg. Sblm blk solat Jumaat, singgah Menara Alor Setar tgk town dgn teropong, new experience for my children, aku pernah naik dah Menara KL dulu. Lps Solat Jumaat, kami check out n bertolak ke TH Penang, mlm tu rehat je kt bilik sbb esok byk energy nk guna. Esok lps Subuh terus check out n menuju ke Penang Hill, ank2 suka sgt dpt naik train, kalau nk dtg sini kena dtg pagi2, kalau tak org sgt ramai n kena beratur pjg. Alhamdulillah kami sampai awal, so just nice, weather pun x panas sgt, boleh bawa bekal mknn n berkelah kt sini, sgt sesuai utk Family tp kalau ada anak kecil better bw stroller kesian parents x larat nk dukung. View mmg cantik, MasyaAllah....hebat ciptaan Allah Taala, dpt tgk sunrise juga, Alhamdulillah. Lps tu , singgah Entopia sblm bertolak balik ke KB. Kami dah dtg 2 thn lps kt Entopia ni tp anak2 suka sgt tgk insects n butterflies so x kisah dtg lagi. Sekian kisah percutian kami. Jom kita buat persiapan nk sekolah dah.

Saturday, December 21, 2019

Percutian di Sunway City

Percutian yg singkat tp bermakna. Kami bertolak hr Selasa kul 5 lebih lepas kerja, otw tu berhenti solat Maghrib Isyak jamak, singgah mkn kt R & R Gua Musang, lps tu drive lg , berhenti kejap 1/2 jam hubby tidur, drive lg sampai Genting Sempah....tidur dlm kereta je.....till kul 4, drive to PJ solat Subuh. Hmmm nk check in kena tunggu kul 2, so kami terus ke University Malaya, mengimbau kenangan lalu masa study, aku n suami both UM Grads, kebetulan padahal x pernah kenal pun ms tu aku baru join, hubby dah grad . Lps ronda2, kami breakfast di cafe dlm U, kami bertolak ke Sunway Lagoon. Anak2 excited sgt sbb last minit br inform dia org nk gi situ. As usual children n Waterpark berpisah tiada ya ha ha, we enjoyed it very much walaupun keletihan n x mandi pun pg tu, hu hu. Sedar2 dah kul 2, so jln ke hotel Sunway Pyramid, hotel attached dgn shopping mall, so apa lg shopping tu satu kemestian la kn. Hari berikutnya, aku hadir Kursus 2 hari 8 - 5, so hubby spend masa dgn anak2. Malam kedua tu , kami gi TGV - Frozen 2 ....yes3....apalagi anak2 mmg happy sgt, hubby x join la, ni utk kaum ibu n anak2, cukup 1 row kami 3 families. Hari ketiga terpaksa balik terus walaupun Kursus ada 1 hari lg sbb anak2 terima Anugerah kt sekolah keesokan hari tu. So lps mkn n solat Maghrib Isyak terus blk drive tanpa henti, Alhamdulillah sampai kul 1.45 pagi, terus tidur coz kul 8 pg nk gi sekolah pulak. Tahniah anak2 kebanggaan abah umi - Abang dpt no 3 dlm kelas dan UPSRIP 8A, adik dpt Tokoh Proaktif dan Inovatif utk Darjah 2...Semoga terus Cemerlang Dunia Akhirat...Aamiin.