Sunday, August 28, 2011

28 Ramadhan

Ada 2 big event weekend yang lepas, satu good news dan satu bad news. Bonda ku telah di masukkan ke wad pada hari Jumaat sebab demam denggi, dia mula demam hari Selasa lagi tapi check darah makin teruk, so aku bawa untuk masuk wad hari Jumaat tu, Kawasan rumahku memang serius juga masaalah denggi ni, boleh di katakan setiap 2 minggu ada fogging, jiran sebelah pun admit wad 2 minggu lepas sebab denggi. Kesian bondaku sebab orang tua, bila takde selera makan, memang letih lah, lagi pun demam denggi ni memang akan rasa sakit2 satu badan, aku berdoa semoga bondaku cepat sembuh, ye lah kan lusa dah nak Raya, kalau boleh tak nak lah beraya kat hospital.

Good news - hubby dah balik awal pagi semalam sebelum Subuh dah sampai rumah, ye lah dah 2 bulan kan tak jumpa, mula tu cakap nak bertolak pagi, tapi tup2 pukul 4.30 am call bagitau dah sampai. Tapi kepenatan lah sebab drive sorang2, walaupun ada kawan tapi biasa hubby tak trust kawan2 bawa kereta dia. Dan satu lagi aku dapat handphone baru, hubby beli kat KL, thank you very much my dear. Tapi dalam kegembiraan ini, memang sedih juga lah kan sebab bonda masih di hospital, abang2 yang kat KL dan Terengganu dah balik , kakakku yang di Terengganu mungkin sampai hari ni, dia orang biasa memang berlabuh di rumahku sebab bonda tinggal denganku, cuma masaalahnya bab2 makan ni kenalah settlekan sendiri, sebab aku ni kurang arif sikit bab masak-memasak ni, lagipun, sibuk dengan si kecil dan keadaanku yang sedang sarat ni, memang tak larat, rumah pun tak habis berkemas lagi, hari ni kerja, esok cuti nak try settle apa2 yang patut, lagipun Raya pertama nanti aku kena kerja, saja request sebab dah plan siap2 tahun depan nak cuti panjang masa Raya, biasanya kami semua memang bergilir siapa yang kena kerja masa Raya, dah kerja macam ni, takde pilihan sampai lah pencen.

Tadi pergi klinik ada temujanji jumpa doktor, doktor kata semua ok, cuma sebab aku dah buat keputusan nak bersalin secara normal, dia explain risiko2 nya bagi orang yang pernah bersalin secara operation macam aku ni, aku berdoa siang malam agar dapat bersalin normal, insyaALLAH, makbulkanlah doaku ya ALLAH, AMIN!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTRI & MAAF ZAHIR BATIN.


Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan

Hari ni dah 15 August = 15 Ramadhan, sekejap je kan, kena renung apa yang dah di lakukan sepanjang separuh bulan yang lalu, dan kena azam untuk tingkatkan amal, especially hari2 terakhir Ramadhan ni, peringatan untuk diri sendiri. Sebelum puasa hari tu risau je kut2 letih sangat ke, maklumlah dalam keadaan sarat begini, sebab biasanya breakfast wajib 2 kali, pukul 7 dah makan yang ringan2 macam roti, lepas tu pukul 9 makan nasi pulak, bila dah Zuhur perut pun dah berkeroncong minta nasi lagi tapi sejak puasa ni, Alhamdulillah ALLAH TAALA bagi kekuatan, biasa je tapi sahur wajib makan nasi dan kadang2 top up dengan roti sekeping dua. Buka puasa, makan kurma dan air kosong je, lepas solat baru makan nasi, aku tak berapa minat sangat dengan kueh mueh ni, minum pun air kosong je, sebab kalau minum air manis2 rasanya lagi letih dan susah nak solat. Suami pun takde kan, so takde kalut sangat nak prepare untuk buka, he he he.......itu salah satu kebaikannya suami khuruj masa bulan puasa, sebenarnya suamiku bukan jenis yang cerewet pasal makan2 ni, tapi sebagai isteri kita kena lah buat yang terbaik kan, kalau puasa sunat tu, biasa pun dia berbuka kat markas je.

Si kecilku pun baiklah tak meragam sangat, kesian juga kat dia weekend dok rumah je, tak gi jalan mana2, terpaksa main sorang2, tapi aksinya macam2 sekarang ni, sebahagiannya tu pengaruh tv lah, asyik tengok ultraman, nak jadi ultraman, hari tu beli yang kecil je, habis dia buang kepala2 semua, memang macam tu lah kalau beli mainan tak tahan lama. Biasa kalau abah dia ada, dia boleh main lawan2/perang dengan abah dia, ni terpaksa main dengan big bear nya, so aku pun beli lah spongebob, boleh lah hilangkan kebosanannya tu, asyik bercakap dengan spongebob nya. Kadang2 kalau nak solat tu, dia letak big bear kat sebelah dia solat sama2. Aku rasa si kecilku ni bossy type sikit, suka bagi arahan, lagi satu dia aware dengan rutin harian yang kita buat, hari itu aku sakit perut sangat2, so lepas solat tu rasa nak baring je, tapi bila dia tengok aku nak baring, dia terus cakap ...Ummi gi ngaji Quran..... sebab biasa lepas solat mengaji dulu, so dalam keadaan  sakit perut memulas2 tu, aku mengaji la dulu baru dapat baring dan rehat, kelakar betul. Biasa lah pregnant ni, masaalah sikit buang air besar, salah sendiri juga, aku malas nak makan ubat untuk melawaskan buang air, so terpaksa lah menanggung nya.

Sepatutnya rasa sedih kan bila Ramadhan nak berakhir, tapi masaalahnya suami cakap hari tu balik malam Raya, sebab tu dok mengira hari , he....he....he.....setahun lagi tak pasti samada kita masih di beri kesempatan atau tidak kan, sama2 lah kita berdoa agar iman dan amal bertambah seiring dengan usia kita, bila baca blog2 kat Gerbang Utama tu, dapatlah di jadikan peringatan untuk diri yang sentiasa lalai dan leka dengan kehidupan duniawi ini, insyaALLAH. Radio IKIM pun bagus, masa drive pergi kerja tu bolehlah dengar tazkirah walaupun sekejap je.

Lunch hour ni mungkin nak keluar jap, beli groceries untuk bonda masak di pagi Raya, biasa gi dengan staf, aku drive je , then tunggu kat counter untuk bayar, terpaksa bagi list barang2 kat staf ku dan dia yang tolong ambil barang2 tu sebab aku tak boleh nak gerak banyak sangat atau angkat yang berat2, stafku memang sangat baik, aku pun dah banyak terhutang budi padanya, must give her something special before Raya ni.
Ok lah stop dulu, nak start kerja dah.

Sunday, August 7, 2011

7 Ramadhan

Hari ni dah pun 7 Ramadhan, cepat betul masa berlalu, apa pengisian sepanjang 6 hari yang lepas, bagaimana dengan ibadah khusus, ada improvement ke, atau sama je dengan bulan2 lain, kalau masih sama, kena cepat2 azam untuk perbanyakkan amalan, masih ada masa selagi masih boleh bernafas.
Semalam, dapat berita dari kawan2, seseorang yang kami kenali telah kembali ke Rahmatullah akibat penyakit kanser, masa penyakit tu di kesan, dah late stage, so memang tak boleh nak rawat lagi, itu lah sesuatu yang pasti berlaku pada kita semua......KEMATIAN.....ia pasti akan datang, tidak akan lewat walaupun sedetik. Bagaimana kematian kita akan berlaku.... semoga sahabat kami dan kita semua sempat bertaubat sebelum bertemu denganNYA.
Aku pernah kehilangan seorang sahabat baik semasa persekolahan dulu, yang meninggal akibat kanser paru-paru pada usia yang masih muda, sebelum meningggal, beliau sempat juga mengerjakan umrah, cuma terkilan sedikit sebab aku tak sempat berjumpa dengan beliau semasa sakit. Beliau meninggal di KL, so tak sempat nak ziarah juga. Aku berdoa semoga roh beliau di cucuri rahmatNYA dan di tempatkan bersama-sama para sholihin.
Dalam keadaan begini, aku selalu juga befikir adakah aku akan selamat melahirkan anakku ini, ye lah memandangkan risiko yang ku alami ini, bagaimana dengan anakku, siapakah yang akan menjaganya, si kecilku baru nak masuk 3 tahun dan mungkin masih belum mengerti apa2 sekiranya sesuatu berlaku terhadapku, tapi kalau itulah qada dan qadarNYA, tiada sesiapa yang boleh mengubahnya, cuma adakah aku telah bersedia menemuiMU, ya ALLAH, kau berilah aku petunjuk dan hidayah semoga aku sentiasa berada di jalanMU, ampunilah segala dosa2ku, dan semoga aku akan mati dalam keredhaan suamiku dan keredhaanMU, AMIN!

Wednesday, August 3, 2011

3 Ramadhan

Hari ni dah hari ke 3 umat Islam berpuasa, 2 hari lepas ok je tapi hari ni rasa letih je pagi2 lagi, kaki pun rasa lenguh je, sebab biasanya sejak sebulan lepas setiap hari Selasa aku bercuti untuk untuk rehat tapi semalam tak ambik cuti, ingat bulan puasa ni tak nak cuti lagi, mungkin cuti 2 atau 3 hari dekat2 Raya untuk kemas rumah, nak simpan cuti untuk lepas bersalin nanti, tapi rasa letih semacam je hari ni, pagi tadi pun bila alarm bunyi 4.30 am, terus tekan stop dan tidur semula, nasib baik bondaku kejutkan untuk bangun sahur pukul 5 am, biasalah lepas sahur memang tak boleh nak tidur semula sebab si kecil dah bangun dan kena layan dia, semalam pun dia tidur lambat sikit dari biasa, sebab tu kut rasa letih sikit, nak mengaji pun tak sempat semalam.
Hmmm walaupun baru 3 Ramadhan, nak kena fikir juga persiapan Raya sedikit sebanyak, bukan apa pun, memang Ramadhan lagi penting nak kena gandakan amal ibadat sebab pahala pun berlipat ganda tapi ada sedikit keperluan Raya nak di sediakan - dok fikir macammana nak tukar langsir baru , dah siap jahit tapi tak tukar lagi, sebenarnya sejak dok rumah ni tak pernah pun tukar langsir, dah hampir 8 tahun, inilah first time nak tukar yang baru, ye lah siapa pulak nak panjat tangga kan - pening juga. Nak beli baju Raya untuk si kecil, lepas tu barang2 baby takut tak sempat pula kalau lepas Raya, tak larat rasanya nak gi jalan2 kat shopping complex tu. Groceries pun nak kena top up before Raya. Apa2 pun, doa je lah semoga di permudahkan, dah sorang2 gini, kena buat juga. Yang paling seronok, boleh puasa penuh tahun ni, insyaALLAH dan harap2 boleh istiqamah dengan solat Tarawih dan khatam Quran, AMIN!

Tuesday, August 2, 2011

AGM Persatuan

What a relief! Lega sangat2, syukur Alhamdulillah, 28 July hari tu dah buat AGM untuk persatuan yang aku jadi Bendahari nya, so hari ni dah kemas kini semua fail-fail berkaitan nak pass over kat Bendahari baru. Memang sangat2 memeningkan kepala jadi Bendahari ni, dah 2 tahun, cukuplah, ye lah, main dengan duit ratus2 ribu, bukannya sikit, hari tu pun ada masaalah sikit sebab salah seorang ahli buat hal berkaitan duit jabatan nya dalam akaun persatuan, dah terang lagi bersuluh dia yang buat silap tapi tak nak mengaku, terpaksalah kami buat keputusan ikut rentak dia, yang penting kami di pihak yang benar dan kebenaran akan terserlah di kemudian hari nanti.
Tapi yang sedih pasal AGM ni, macam biasa lah, tak ramai yang attend tapi nak guna khidmat persatuan, begitulah sikap manusia yang mementingkan diri sendiri, tak mahu bagi commitment. Actually semua AJK yang baru di lantik pun tak datang AGM tapi dah dapat verbal consent sebelum tu untuk bagi persetujuan di lantik, kalau tak berkuburlah persatuan ni.
Yang penting, tugasanku dah selesai, cuma tunggu temujanji dengan Bendahari baru nak serahkan semua tanggungjawab pada dia.