Sunday, August 7, 2011

7 Ramadhan

Hari ni dah pun 7 Ramadhan, cepat betul masa berlalu, apa pengisian sepanjang 6 hari yang lepas, bagaimana dengan ibadah khusus, ada improvement ke, atau sama je dengan bulan2 lain, kalau masih sama, kena cepat2 azam untuk perbanyakkan amalan, masih ada masa selagi masih boleh bernafas.
Semalam, dapat berita dari kawan2, seseorang yang kami kenali telah kembali ke Rahmatullah akibat penyakit kanser, masa penyakit tu di kesan, dah late stage, so memang tak boleh nak rawat lagi, itu lah sesuatu yang pasti berlaku pada kita semua......KEMATIAN.....ia pasti akan datang, tidak akan lewat walaupun sedetik. Bagaimana kematian kita akan berlaku.... semoga sahabat kami dan kita semua sempat bertaubat sebelum bertemu denganNYA.
Aku pernah kehilangan seorang sahabat baik semasa persekolahan dulu, yang meninggal akibat kanser paru-paru pada usia yang masih muda, sebelum meningggal, beliau sempat juga mengerjakan umrah, cuma terkilan sedikit sebab aku tak sempat berjumpa dengan beliau semasa sakit. Beliau meninggal di KL, so tak sempat nak ziarah juga. Aku berdoa semoga roh beliau di cucuri rahmatNYA dan di tempatkan bersama-sama para sholihin.
Dalam keadaan begini, aku selalu juga befikir adakah aku akan selamat melahirkan anakku ini, ye lah memandangkan risiko yang ku alami ini, bagaimana dengan anakku, siapakah yang akan menjaganya, si kecilku baru nak masuk 3 tahun dan mungkin masih belum mengerti apa2 sekiranya sesuatu berlaku terhadapku, tapi kalau itulah qada dan qadarNYA, tiada sesiapa yang boleh mengubahnya, cuma adakah aku telah bersedia menemuiMU, ya ALLAH, kau berilah aku petunjuk dan hidayah semoga aku sentiasa berada di jalanMU, ampunilah segala dosa2ku, dan semoga aku akan mati dalam keredhaan suamiku dan keredhaanMU, AMIN!

No comments:

Post a Comment