Sunday, July 21, 2013

My name is Nik Nuha Nafisa

SEDEKAH

DON'Ts IN SADAQAH 1. Jangan mengungkit-ungkit samada secara lisan atau dalam pemikiran. 2. Jangan riya' atau menunjuk-nunjuk. 3. Jangan beri sedekah barang-barang yang tidak boleh di gunakan lagi. 4. Jangan beri kepada pelopor kegiatan maksiat.

Thursday, July 18, 2013

niat

Setiap hari datang kerja, kena refresh niat kerana Allah dan nak dakwahkan kalimah Lailahaillallah, ingatkan diri tentang kebesaran Allah, apa tujuan kita di hantar ke dunia ini, matlamat hidup kita, tempat nak di tuju syurga yang abadi....Di samping amalan wajib, kena amalkan yang sunat dan sunnah, selalu lalai, doa...doa...doa...semuga sentiasa di beri hidayah , istiqamah dan tambahkan amal....Ameen!

Thursday, July 11, 2013

PURDAH TAPI TABARRUJ

Sebenarnya dah lama nak menulis pasal topik ini, saya dah survey topik ini dalam internet, rupa-rupanya banyak artikel dan pendapat yang di tulis. Saya cuma nak mengutarakan pandangan je, tidak bermaksud nak menyentuh peribadi sesiapa. Saya suka sangat tengok wanita berpurdah, respect sangat , bukan senang nak berpurdah dalam komuniti kita yang selalu di pandang serong, kalau jumpa kat mana-mana, mesti saya akan tengok dia orang tapi kita jarang jumpa sebab biasa pun dia orang jarang keluar rumah. Setahu saya, bukan sahaja wanita kena jaga aurat supaya tidak di pandang lelaki, sama lah wanita pun kena jaga pandangan mereka, lagipun kalau nak keluar, seelok-eloknya bersama mahram. Dulu-dulu, saya kurang faham, so biasa lah gi shopping sorang2, tapi sekarang ni kalau nak plan nak keluar tanpa suami, kena ajak kawan atau anak saudara, tapi bukan setiap kali juga sebab kalau nak beli barang2 keperluan rumah, anak2 dan diri sendiri sambil on the way balik kerja, terpaksalah sorang2 je....hu hu hu..hari cuti susah nak keluar dengan hubby sebab anak2 kecil saya tak suka bawa gi kedai.. Back to our topic, saya ada beberapa kenalan yang berpurdah, saya ingat bila dah berpurdah, mestilah tidak timbul dah keinginan untuk bertabarruj di hadapan lelaki lain ataupun akan merasa malu sekiranya dalam keadaan terpaksa buka purdah, mesti akan cuba supaya penampilan diri tidak menarik perhatian tapi......realitinya tidak begitu, ada seorang kenalanku yang berjubah dan berpurdah ,berpakaian gelap/hitam tetapi semasa kerja (kerja kerajaan tidak di benarkan berpurdah)berpakaian yang tidak melambangkan seoarang yang berpurdah - baju dan tudung berwarna terang, dengan tudung selempang siap dengan brooch yang besar, di samping itu berlipstick juga, bak kata orang penampilan yang boleh menarik perhatian, so macam chameleon boleh bertukar rupa, sejak dari hari iru, saya jadi keliru dan rasa sangat pelik, kenapa tiada rasa malu berpurdah sedangkan pada masa yang sama bertabarruj di hadapan lelaki yang bukan muhrim, apa tujuan berpurdah, adakah kerana suami atau trend sahaja. Kalau dulu-dulu, biasanya orang bertudung labuh je yang berpurdah,sekarang ni tudung macam2 fesyen ikut trend terkini, then baju pun walau jubah tapi glamour dengan coraknya. Bukan niatku nak mengata, tapi sebagai seorang yang sangat kurang pendidikan agama ini, menjadi keliru...saya rasa kalau seseorang tu pakai baju kurung dan tudung labuh berwarna pudar yang tidak menarik perhatian, tidak bermake up lebih baik walaupun dia tidak berpurdah. Berilah petunjuk kepada kami ya Allah, kalau berpurdah tetapi menimbulkan lebih banyak fitnah , seperti begini, bagaimana.........sepatutnya berpurdah mengelakkan fitnah...doa hidayat untuk semua...AMEEN.

Wednesday, July 10, 2013

DOA SEORANG SUAMI KEPADA ISTERI & ANAK-ANAK

PHOTOS FROM US

Last lunch before Ramadhan

RAMADHAN

Ramadhan kembali, Alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk bersama-samanya, peluang utk menambahkan amal soleh, ganjaran insyaAllah berlipat kali ganda, dan azam supaya dapat istiqamah juga di bulan-bulan yang seterusnya. Bila hubby keluar ni, rasa lebih dekat dgn Allah, salah satu method yg baik untuk kita refresh iman yg selalu dok turun naik ni, sbb kita boleh train minda untuk harap pada Allah sahaja , makhluk tiada kuasa, Allah saja YANG MAHA KUASA, nak sebut senang tapi nak sematkan dalam jiwa susah, kena selalu ingatkan diri sendiri dan cakap tentang kebesaranNYA , ramai yang tak faham konsep ni..... Dalam family ku tak ada sesiapa yang ikut tabligh, so pandang serong tu biasa, ye lah kan keluar 4 bulan tinggalkan anak isteri , tak nampak pulangannya kat dunia ni, hmmm tapi kalau kerja di luar negara lama2 pun tak apa tinggal anak isteri sebab dapat gaji tinggi..puluh-puluh ribu.....kesian duniawi je dalam pemikiran, macammana akhirat nanti, siapa nak tolong selain dari amal soleh? YA ALLAH, bantulah hambamu ini, tetapkan imanku ini, aku ingin bersama suami dan anak-anakku di syurga MU...AMEEN!!!

3RD. I-CLUB HRPZ 11

Wednesday, July 3, 2013

2 bulan

Dah 2 bulan hubby keluar, another 2 months to go. Almost every day hubby chat dgn dia, kdg2 sampai 2 kali sehari, ada juga call, dan htr photo kt sana, cantik.....sekarang ni guna internet line semua so senang, ada viber, whats app, kakaotalk, we chat, line, mcm2 lagi..banyak kebaikan senang nk bersilaturrahim, kemudahan begini sebenarnya bergantung pada individu samada nak guna untuk perkara2 berfaedah atau sebaliknya, kena selalu beri peringatan terutama yg ada anak2 remaja, kalau kita dah semaikan jiwa Islam dalam diri sejak kecil, insyaAllah mereka tahu menilai baik buruknya... Hmmm, mcm masturat2 lain ya bila hubby keluar, how do they handle the family, kalau kerja sibuklah sikit sebab anak2 semua kena uruskan sendiri, penat tu biasa so kurang sikit masa untuk buat amal khususi diri sendiri, anyway menjaga anak2 pun ada pahala juga. Puasa pun dah semakin dekat, biasa traffic heavy lah sikit petang, especially dah kerja jauh ni, tak tahulah pkl berapa sampai rumah, jgn kena buka puasa atas kereta sudah, he he he............. Exam GCP pun dah dapat result..lulus...esok buat jamuan sikit untuk semua staf...bukan sempena lulus exam tu tapi yg naik pangkat hari tu, kena kongsi rezeki dgn orang lain, itu kan semua hak Allah. Semoga dapatlah kembali bertugas di Kb selepas setahun nanti, Ameen..........