Monday, December 10, 2018

Bercuti Di Bukit Gambang Resort City

Salam to all, kebetulan cuti Keputeraan Sultan Kelantan, so ambik peluang bercuti, anak2 pun dah habis exam boleh enjoy. Kami bertolak sebelah pagi Sabtu dan sampai tengahari , sblm tu dah singgah solat Zuhur di masjid . Check in Di Arabian Bay, Alhamdulillah bilik besar ok la untuk kami berempat. Dekat kul 5 turun ke swimming pool hotel, hujan renyai2 tp org ramai n anak2 pun enjoy. Sebelum Maghrib kami keluar solat di masjid dalam Taman Perumahan depan resort, banyak juga kedai2 depan ni tak macam dulu orang kata susah nk cari tempat makan kat sini. Tapi kami tak makan kt sini tp drive menghala ke Kuantan , berhenti dekat sebuah restaurant Di tepi jalan. Alhamdulillah rezeki kami makanan sedap, kedai bersih dan servis pun cepat. Tengok yg perempuan kerja tu pun pakai stoking means betul 2 jaga aurat, tp x ingat pulak nk ambik nama restaurant tu. Kemudian balik tidur dengan lenanya. Keesokan hari kami memulakan misi ke Water Park dan Safari. By 9 kami dah Di Waterpark, beratur kejap je beli tiket combo murah sikit. Best sgt2, anak2 really enjoy, kami join semua activity kt situ except yg tunnel tu xjoin sbb kena guna pelampung besar yg kena sewa tu mcm menyusahkn je asyik kena usung ke sana kemari. Yg pls best kt Coco Beach, man made beach siap dgn ombak bagai, really enjoyed it tp as usual aku pemerhati je , jd photographer, anak2 dan hubby yg seronok main tp kita yg tengok je pun kn feel it too. Habis main mkn ringan2, kt dlm ni xpakai cash, kena beli coupon masa beli tiket td tp kalau xhabis blh claim semula duit. Kami berhenti dan solat Jamak Qatar Zuhur Asar, lepas tu gi ke Safari yg terletak sebelah je tp naik satu level. Untuk tengok haiwan liar betul2 dlm hutan kena naik tram n tengok dari dalam je, mmg xblh keluar la nk cari nahas, naik tram tu pun suspense je coz jln berbonggol mcm dlm real safari, banyak show juga , kami stay sampai last show kul 9. Hu hu dari 9 pagi sampai 9 malam, really satisfied, berbaloi dgn ongkos nya. Hari ketiga bertolak balik terus tak singgah mana2 dah sebab kepenatan.

Saturday, September 15, 2018

Cuti2 Malaysia 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Back to blogging, cuti 3 hari, no specific activity, hubby khuruj 3 hari, pagi ni screen time for my children, every Saturday morning, so I have my me-time. Last week, attended Congress at Ipoh, Perak sambil bawa anak2 holiday. Dah lama xgi holiday, sejak hubby ada projek baru susah nak dapat cuti. Kami bertolak dari KB Rabu tghari, sampai Ipoh stay at Hotel Syeun next to Congress venue, Ipoh Convention Centre. Malam lepak je sbb kasi peluang utk hubby rehat. Khamis hari pertama Congress, petang gi jalan2 kat Ipoh Parade, depan hotel je, biasa la kalau gi holiday n singgah shopping complex beli baju utk anak2 supaya dia org tak request benda2 yang merapu dan membazir. Hari kedua, lepas Congress kami pergi Lost World of Tambun, boleh tahan entrance fee, hmm takpe lah demi anak2, penting sebenarnya masa ini lah kita boleh luangkan masa sepenuhnya untuk mereka, kalau hari bekerja kita dah penat balik kerja dan hari minggu kat rumah sibuk dengan kerja rumah pulak. Ada sesetengah parents anggap benda2 macam ni membazir tapi tidak untuk saya, bonding with family is very important, salah satu cara untuk rapat dengan anak2 , dan ini secara tak langsung boleh mengelakkan mereka dari terlalu rapat dengan rakan sebaya dan pengaruh luar yang tidak elok. Menarik tempat ni, banyak aktiviti boleh buat tapi yang seronoknya water theme park, biasa lah budak2 dan air tak dapat di pisahkan. Ada Swan Lake, boleh naik swan boat keliling tasik, ada Petting Zoo, game activities, sempat juga join parrot and tiger show. Hari ketiga Congress, after checked out hotel, kami pergi Movie Animation Park Studio, tarikan terbaru di Ipoh, interesting especially Movie 4D Boboiboy, my children enjoyed it very much, he he umi and abah too. Ada lagi tempat yang belum buka, kalau dah buka semua boleh pergi lagi next time. Tahun depan, kita plan gi Melaka or Johor pulak, insya Allah.