Monday, June 27, 2011

Dilema

Hmmm....dah lama tak menulis, takde mood sbb kurang sihat. 17-18 June hari tu ada kem kat Sudara Beach Resort di Tok Bali, jadi ur.usetia kena pergi , sambil tu rehat2 dengan family, resort tu dah lama juga, bilik biasa je, program pun santai je, so more towards holiday dengan family, dah lama tak gi jalan2, dalam keadaan macam ni tak boleh nak lasak sangat jalan jauh2. Lepas tu 20hb. ada bengkel kat tempat kerja pula, penat juga sehari suntuk berbengkel. Sehari lepas tu, ada gi jumpa kawan lama, kawan sekolah dulu, dah lama tak jumpa sejak lepas graduate dulu, hmmm dah lain sikit, nampaknya berat badan bertambah, dia komen aku ni maintain je dari dulu sampai sekarang. Lepas tu, bawa staf gi beli cenderahati untuk kursus, memang dah jadi tugasanku selalunya, masa dok jalan2 tu, tiba2 sesuatu berlaku, ada komplikasi sikit dengan pregnancy, petang gi jumpa doktor, dapat MC 3 hari. Selama aku kerja memang tak pernah ambil MC kecuali berkaitan dengan pregnancy. Sekarang dah mula kerja semula, tapi buat kerja office je, tak berani nak move around sebab takut  risiko berulang lagi atau makin teruk. Rasa sangat tertekan, ye lah, umurku dah lebih 40 tahun, yang dulu dah operate, takut yang ni masaalah lain pula. Ya ALLAH, kau selamatkanlah kandunganku ini, semoga aku dapat melahirkan setelah genap bulannya secara normal, dan mendapat anak yang sihat dan sempurna. Suami nak keluar next week 2 bulan sampai malam Raya baru balik, dalam keadaan macam ni memang terasa sangat berat untuk melepaskan dia pergi tapi nak buat camna, dah terpaksa. Risaulah, sebab kalau ada apa2, takde sesiapa yang boleh di harapkan, bondaku pun dah tua benar, selalu tak sihat sejak akhir2 ini, kakakku pun sibuk dengan cucunya, anak saudaraku yang jaga masa aku bersalin dulu pun dah kahwin dan ada anak sendiri sekarang ni, dia pun duk kat Kedah rumah mertuanya.  
Teringin juga nak minta opinion dari elders kalau isteri ada masaalah kesihatan, tak boleh ke suami tangguh gi khuruj, dilema...............

Monday, June 6, 2011

Kerja, kerja, kerja........

Hari ni kembali kepada rutin tugas macam biasa, last week agak sibuk sebab ada kongres kat hotel berdekatan, so kena berulang alik pergi kongres dan buat kerja, malam pun kerja, kongres tamat Jumaat tengahari, balik tu gi kenduri rumah jiran, lepas Zuhur ambil kawan kat hotel dan hantar dia gi airport, sementara tunggu flight, minum kat KFC sambil borak2, dah lama tak jumpa, banyak lah cerita2 menarik, pukul 4 baru balik, si kecil dah terjaga dari tidur. Ahad cuti tapi kena kerja juga, kerja macam kami ni takde makna kalau PH panjang sebab mesti kena kerja juga, tambahan pula ada yang request tak nak kerja masa tu, terpaksa lah kami yang ada ni kerja, biasa pun orang yang sama je request tak nak kerja kalau long weekend, nak buat camno, berlapang dada je lah, semoga ALLAH TAALA permudahkan segala urusan kami yang "teraniaya" ni, he he he......