Monday, October 24, 2011

Imunisasi ke 2

Petang td gi vaccinate baby, Hepatitis B dos ke2, timbang dah naik 4.35 kg. Masa cucuk baby nangis kejap je, harap2 tak demam. Abang dia dulu tak pernah demam kalau kena immunisasi, kalau demam memang susah sebab dia susah makan ubat. Hmmm baby ummi sebenarnya sejak pukul 3 pg tadi tak tidur nyenyak, paling lama setengah jam, ummi pun tak tidur juga lah sejak pkl 3 pg td . Dah biasa, skrg ni tidur 2-3 jam je sehari tp tak rasa letih pun, mungkin sebab tak kerja lg. Bila start kerja nnti harap2 baby punya timing menyusu dan tidur dah regular. Ok lah takde idea dah nk menulis.

Thursday, October 20, 2011

Isteri solehah

Salah satu ciri-ciri isteri solehah adalah pandai menjaga harta suami, bukannya asyik mengikis harta dan wang ringgit suami dan ambil kesempatan atas sikap suami yang bermurah hati..... betul tak?

Sunday, October 16, 2011

Post delivery Day 20

Weekend ni hubby keluar 3 hari, esok pg baru balik. Anakku yg pertama asyik mengamuk je, samada jealous dgn adik dia @ rindu kt abahnya, hai stress betul. Baru 2 org, macammana agaknya org yg anak ramai berderet2 tu ya, sabar je lah. Hubby balik esok sehari je, lepas tu hr Selasa nk gi Iran pula, ada kursus, nampaknya bukan anak je yg akan merindu, ummi pun sama, asyik kena tinggal je, hmmm nanti lepas 2 bulan ni, nak ajak hubby gi holiday, nnti nk fikir dulu nk gi mana.

Monday, October 10, 2011

Post delivery

Hari ni hari ke 14 kelahiran baby, skrg sedang tidur baru lps menyusu pkl 7 td, abang dia baru di hantar ke rumah baby sitter, hubby dah gi kerja. Baby kerap bangun menyusu malam kdg2 sejam sekali, rasa ngantuk tak boleh tahan tapi demi kerana anakku kena korbankan rasa mengantuk tu, semua ibu2 yg lain pun begitu, besar pahalanya bagi ibu2 yg berjaga malam kerana menyusukan anak mereka cuma yg sedikit terkilan, aku tak dapat bagi breastfeeding sepenuhnya sebab breast milk ku sedikit sangat, anak pertama pun macam tu, padahal aku dah prepare mentally nak bagi exclusive breastfeeding, nak buat camne kan. Td baru first time mengurut lps bersalin ni, tp sebab operate so urut dan bertungku kaki je, lagipun setakat ni aku ok je, takde lenguh2 @sakit urat cuma sakit kat operstion site je kena makan ubat tahan sakit lagi untuk mudah nak gerak. Hmmm dok fikir cuti 3 bulan ni akyiviti apa nk buat ya, Memanhlah kena jaga baby ni penat juga sebab tidur malam tak lena tp siang hari masa baby tidur takkan kita pun asyik nk tidur je, aktiviti pun limited sebab tak boleh bebas bergerak, so kena tunggu lepas 2 bulan baru ok bolehlah nk buat beberapa aktiviti, masa tu mesti dah boleh drive. Lepas bersalin yg pertama dulu, lepas 2 bulan baru bawa kereta, tapi tak sabar juga ni sebab hubby beli kereta baru untukku, first time kereta warna purple, aku prefer kereta yg compact macam ni senang nk drive gi kerja dan dalam bandar, tau ajelah KB ni memang selalu sesak. So dalam tempoh 2 bulan ni aktiviti berblogging dan tonton Astro je lah nampaknya.