Monday, July 30, 2012

Ramadhan 2

Sibuk betul staf2 kat department ku, sebab audit Akreditasi tak lama lagi, baru nak update itu, ini. Dulu takde lah kalut macam ni, aku pernah in charge utk departmentku dulu,masa tu kita selalu buat audit dalaman setiap bulan, so bila ada audit yang betul, taklah kelam kelibut, anyway sebab dah lama takde audit, beginilah jadinya. Bagus juga ada audit ni, at least boleh kita check samada kita buat sesuatu tu ikut prosedur dan pastikan dokumen semua updated. Kalau betul2 nak ikut standard susah nak achieve compliance , almaklumlah bangunan lama, peralatan , staf semua tak mencukupi, kemudahan pun sesetengah tu dah outdated. Apa2 pun kita bagi servis yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada, yg penting niat selalu kerana Allah, insyaAllah semua kerja jadi ibadah. Semalam pergi Habib Jewel, he he he, projek menghabiskan duit memang seronok. Sebenarnya aku ni takde lah minat sgt barang2 kemas ni, first time beli dulu pun lepas habis Master, hadiah untuk diri sendiri tapi last year, aku dah jual semua, tinggal satu bracelet yg kecil molek ni. Kedai Habib Jewel baru je kat Kelantan ni, last year kalau tak silap, dah lama mengidam, barulah now selamat melayang duitku, beli yg kecil je, padanlah dengan saizku ni. Kan dapat bonus, belanja untuk diri sendiri...... Anyway, shopping can treat stress (for me) - maybe many will disagree..... Ada jemaah masturat Pakistan kt rumah kawanku, dok berkira2 ni nak gi ke tak... susah sikit sebab kesian pulak bondaku nak kena jaga si kecil tu, biasa pukul 5 dah ambil dia sebab baby sitter nk masak pula... hmmm tengoklah nanti. Kalau nak pergi kena balik awal sikit. Dah lama sangat2 tak gi nusrah, rugi pulak rasanya kalau tak pergi bila ada peluang macam ni.

Sunday, July 22, 2012

Masturat tak nak belajar bawa kereta?

Tiba2 teringat pasal satu isu, pernah discuss dengan hubby, sesetengah masturat yang tak nak belajar bawa kereta. Sekarang ni dah ada driving teacher perempuan, rasanya takde masaalah tentang tu. Susah juga kalau hubby keluar lama2 , nak uruskan sekolah anak2 ke, nak beli barang keperluan ke atau emergency situation , macam mana, kalau takde kereta takpe tapi kalau ada rasa nya sangat perlu tahu bawa kereta tu, takkan asyik nak bergantung pada suami je. Nak naik public transport lagi risiko, lepas tu bercampur pula dengan ramai bukan muhrim. Takkan asyik nak minta tolong orang lain, nanti timbul fitnah pula....Atau ada karkun2 yang berpendapat isteri tak perlu tahu bawa kereta? Nak gi nusrah atau taklim pun susah kan. Kereta tu satu kemudahan yang Allah Taala kurniakan pada kita, guna untuk kebaikkan tak salah, kan?

Ramadahan 1

Banyak sangat benda nak tulis tapi waktu tak mengizinkan, nak guna tab tak seronok sebab kecil, almaklumlah dah masuk usia rabun dekat ni, nak bawa laptop malas pulak rasanya unless kalau ada presentation nak buat. Kat rumah sori lah takde masa nak melayan internet, tab sure fully occupied by anakku, now dah pandai download games dan tengok cerita kat youtube, ada yg mengajar tu, sebenarnya aku tak suka bila dia pandai benda2 gini, nanti dah masuk sekolah, takut susah pula nak control, tapi setakat ni nampak ok sebab dia biasanya mudah jemu sikit dengan sesatu perkara tu, harap2 dengar kata. Hubby now kat Saharanpur, tak pernah dengar sebelum ni, maybe small town agaknya, apa2 pun doa semoga sentiasa sihat, selamat sejahtera dan insyaAllah dapat capai maksud dan tujuan ke sana. Aku kat sini, macam tu juga, bila lah nak bertambah amal ni, asyik bertangguh2 je, tarikh mati boleh tangguh ke? Hmmm, mana boleh, setiap detik yang berlalu tak mungkin kembali lagi, kalau tak di isi dengan amal, memang rugi sangat2. Kena azam sungguh2, datang kerja niat kerana Allah, semua benda pun niat kerana Allah, kena bersyukur dengan segala nikmatnya, jangan fikir apa yang kita tak ada, kalau doa tak di makbulkan sekarang, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik di kemudian hari. Kena selalu ingatkan diri, masa drive, seronok dapat dengar IKIM sebab banyak tazkirah dan peringatan2. Bila hubby tak ada, kadang2 rasa relax sikit, macam lunch hour masa tak puasa, tak perlu terkejar2 balik rumah sebab kena lunch dengan hubby, kalau aku tak balik, hubby memang tak makan sorang2. Baiklah tempat kerja tak jauh sangat da jalan tu bolehlah tahan, tapi kalau ada meeting ke petang memang tak sempat balik juga. Bulan puasa pula tak perlu nak fikir pasal menu, makan sendiri sempoi aje, hubby memang tak cerewet, cuma sebagai isteri biasalah kan nak buat yang terbaik untuk suami. Ada lebih masa sikit untuk diri sendiri, he he he. Cuma kadang2 tu kesian kat anak2, asyik tanya je, masa mula2 hari tu selalu tanya tapi ni dah lebih 2 minggu, dah kurang sikit tapi kalau kena marah dan nangis, mula lah panggil abahnya. Kena layan dia main bola, main perang2 lah dan macam2 nak buat untuk occupy masa dia supaya tak ingat sangat pada abahnya.

Thursday, July 5, 2012

Sabar. . . . .

Dah 3 hr hubby kt SP, insyaAllah hr ni fly to India, smlm ms call nk clarify psl servis kereta, anakku menangis2 suruh abahnya balik, itulah dugaan yg kena aku hadapi, setiap hr dia akan tanya bila abah nk balik, aku ckp je sebelum Raya, harap2 bila dah lama sikit dia tak akn tanya lg, mcm2 nk kena buat to entertain him supaya dia tak ingat sgt kt abahnya. Nnti dah gi India x boleh nk call lg, entah2 takleh bw phone, bersabarlah anak2ku,insyaAllah ada ganjaran di kemudian, nnti kita nk dok kt syurga bersama2, Ameen.

Sunday, July 1, 2012

Update

Weekend semalam pergi Maran, menghantar anak saudara yg nikah 27/5 hari itu, stay kat Maran Hill n Golf Resort, penat rasanya, hari ini cuti, nak mengemas dan basuh baju, tapi tengah stress sebab last minute dapat surat ada presentation pd 5/7 n 12/7, sepatutnya 1 lecture je tapi organiser kt kena present 3 lecture sebab area KB ni aku yg in charge, dia orang dah mesyuarat lama tapi tak inform ke saya, dahlah tu, tarikh ppt pun tak tanya dulu, tiba2 je dapat surat, kan merajuk tak nak present , ha baru dia org menggelabah. Tak prepare lg yg dua tu, dapat email dr speaker yg dulu tapi tak boleh download pulak, view je tapi in Malay pulak, pening lah kepalaku ini, nampaknya kena buat yg lain, tak tahulah sempat ke tak. Masa kenduri semalam, hubby ku seronok jumpa abang kepada suami anak saudaraku tu sebab karkun - jumpa geng lah katakan. Karkun kan ada trade mark senang nak kenal. Dah bulan Sya'aban, dah tiba nisab suamiku keluar 40 hari, malam besok insyaAllah dia akan bertolak ke Sri Petaling sebelum terbang ke India, last year keluar 2 bulan jemaah jalan kaki ke Negeri Sembilan, hubby kata alternate every year luar dan dalam negeri. InsyaAllah 15/8 baru balik sini. Aku dah biasa tapi kesian kat anak2ku nnti sibuk bertanya, yg abang tu mesti asyik nak suruh menelefon aje, luar negeri ni sure payahnya, lagipun masa dia gi Sri Lanka 2 tahun lepas tak di benarkan bawa handphone - so lost contact terus. Doa semoga suamiku selamat pergi dan kembali, harap2 anak2ku tak buat hal.