Wednesday, August 28, 2013

ASTRO?

HA HA HA....sanggup ke spend money RM 100 monthly for ASTRO?....NOT ME....NOT WORTH IT.

AKSI SANTAI DI WAKTU PETANG

KEPULANGAN

Hubby dah balik dari khuruj BBNJ kat USA 22hb yang lalu. Sampai pkl 9 lebih...Alhamdulillah selamat kembali...ini kali pertama hubby keluar 4 bulan after our marriage. Berkorban apa saja demi agama ALLAH...sesungguhnya hambaMu ini bersyukur kerana di kurniakan seorang suami yang sentiasa berusaha dan istiqamah dengan dakwah, walaupun terpaksa bersusah payah semasa ketiadaan hubby tapi hatiku sentiasa tenang kerana ALLAH sentiasa bersama kami...sebelum hubby berangkat tempohari, macam2 yang di fikirkan tetapi semasa hubby di sana, aku merasa tenang dan tidak kegusaran, semua dugaan ku hadapi dan diriku semakin dekat padaMU ya ALLAH, satu anugerah yang sungguh berharga. InsyaAllah Jumaat ni nak gi KL sebab hubby nak attend jamuan Raya Persatuan Bekas Pelajar Asasi UM, aku pun sama juga tapi badge ku tak aktif dalam group ni, dia orang badge yang awal2 tu lebih aktif...Nanti cuti Hari Malaysia nak bawa anak2 gi resort kat Bukit Keluang.. ye lah nak spend time dengan abahnya dah lama kena tinggal hari tu...

A Gift from US

Tuesday, August 13, 2013

MENU HARI RAYA

RAYA 1 - rumahku : kari ayam dan roti bun, kek marble dan hokkaido - rumah Sis 1 : nasi mendi, kambing kerutuk ,kambing bakar, rendang ayam, salsa, kek red velvet, salad buah RAYA 2 - rumah Sis 3 : nasi dagang, gulai ikan tongkol, telur dan udang RAYA 3 - rumah Sis 2 : nasi hujan panas, kari daging, ayam goreng, pajeri nenas, trifle, kek buah, makaroni bakar

Sunday, July 21, 2013

My name is Nik Nuha Nafisa

SEDEKAH

DON'Ts IN SADAQAH 1. Jangan mengungkit-ungkit samada secara lisan atau dalam pemikiran. 2. Jangan riya' atau menunjuk-nunjuk. 3. Jangan beri sedekah barang-barang yang tidak boleh di gunakan lagi. 4. Jangan beri kepada pelopor kegiatan maksiat.

Thursday, July 18, 2013

niat

Setiap hari datang kerja, kena refresh niat kerana Allah dan nak dakwahkan kalimah Lailahaillallah, ingatkan diri tentang kebesaran Allah, apa tujuan kita di hantar ke dunia ini, matlamat hidup kita, tempat nak di tuju syurga yang abadi....Di samping amalan wajib, kena amalkan yang sunat dan sunnah, selalu lalai, doa...doa...doa...semuga sentiasa di beri hidayah , istiqamah dan tambahkan amal....Ameen!

Thursday, July 11, 2013

PURDAH TAPI TABARRUJ

Sebenarnya dah lama nak menulis pasal topik ini, saya dah survey topik ini dalam internet, rupa-rupanya banyak artikel dan pendapat yang di tulis. Saya cuma nak mengutarakan pandangan je, tidak bermaksud nak menyentuh peribadi sesiapa. Saya suka sangat tengok wanita berpurdah, respect sangat , bukan senang nak berpurdah dalam komuniti kita yang selalu di pandang serong, kalau jumpa kat mana-mana, mesti saya akan tengok dia orang tapi kita jarang jumpa sebab biasa pun dia orang jarang keluar rumah. Setahu saya, bukan sahaja wanita kena jaga aurat supaya tidak di pandang lelaki, sama lah wanita pun kena jaga pandangan mereka, lagipun kalau nak keluar, seelok-eloknya bersama mahram. Dulu-dulu, saya kurang faham, so biasa lah gi shopping sorang2, tapi sekarang ni kalau nak plan nak keluar tanpa suami, kena ajak kawan atau anak saudara, tapi bukan setiap kali juga sebab kalau nak beli barang2 keperluan rumah, anak2 dan diri sendiri sambil on the way balik kerja, terpaksalah sorang2 je....hu hu hu..hari cuti susah nak keluar dengan hubby sebab anak2 kecil saya tak suka bawa gi kedai.. Back to our topic, saya ada beberapa kenalan yang berpurdah, saya ingat bila dah berpurdah, mestilah tidak timbul dah keinginan untuk bertabarruj di hadapan lelaki lain ataupun akan merasa malu sekiranya dalam keadaan terpaksa buka purdah, mesti akan cuba supaya penampilan diri tidak menarik perhatian tapi......realitinya tidak begitu, ada seorang kenalanku yang berjubah dan berpurdah ,berpakaian gelap/hitam tetapi semasa kerja (kerja kerajaan tidak di benarkan berpurdah)berpakaian yang tidak melambangkan seoarang yang berpurdah - baju dan tudung berwarna terang, dengan tudung selempang siap dengan brooch yang besar, di samping itu berlipstick juga, bak kata orang penampilan yang boleh menarik perhatian, so macam chameleon boleh bertukar rupa, sejak dari hari iru, saya jadi keliru dan rasa sangat pelik, kenapa tiada rasa malu berpurdah sedangkan pada masa yang sama bertabarruj di hadapan lelaki yang bukan muhrim, apa tujuan berpurdah, adakah kerana suami atau trend sahaja. Kalau dulu-dulu, biasanya orang bertudung labuh je yang berpurdah,sekarang ni tudung macam2 fesyen ikut trend terkini, then baju pun walau jubah tapi glamour dengan coraknya. Bukan niatku nak mengata, tapi sebagai seorang yang sangat kurang pendidikan agama ini, menjadi keliru...saya rasa kalau seseorang tu pakai baju kurung dan tudung labuh berwarna pudar yang tidak menarik perhatian, tidak bermake up lebih baik walaupun dia tidak berpurdah. Berilah petunjuk kepada kami ya Allah, kalau berpurdah tetapi menimbulkan lebih banyak fitnah , seperti begini, bagaimana.........sepatutnya berpurdah mengelakkan fitnah...doa hidayat untuk semua...AMEEN.

Wednesday, July 10, 2013

DOA SEORANG SUAMI KEPADA ISTERI & ANAK-ANAK

PHOTOS FROM US

Last lunch before Ramadhan

RAMADHAN

Ramadhan kembali, Alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk bersama-samanya, peluang utk menambahkan amal soleh, ganjaran insyaAllah berlipat kali ganda, dan azam supaya dapat istiqamah juga di bulan-bulan yang seterusnya. Bila hubby keluar ni, rasa lebih dekat dgn Allah, salah satu method yg baik untuk kita refresh iman yg selalu dok turun naik ni, sbb kita boleh train minda untuk harap pada Allah sahaja , makhluk tiada kuasa, Allah saja YANG MAHA KUASA, nak sebut senang tapi nak sematkan dalam jiwa susah, kena selalu ingatkan diri sendiri dan cakap tentang kebesaranNYA , ramai yang tak faham konsep ni..... Dalam family ku tak ada sesiapa yang ikut tabligh, so pandang serong tu biasa, ye lah kan keluar 4 bulan tinggalkan anak isteri , tak nampak pulangannya kat dunia ni, hmmm tapi kalau kerja di luar negara lama2 pun tak apa tinggal anak isteri sebab dapat gaji tinggi..puluh-puluh ribu.....kesian duniawi je dalam pemikiran, macammana akhirat nanti, siapa nak tolong selain dari amal soleh? YA ALLAH, bantulah hambamu ini, tetapkan imanku ini, aku ingin bersama suami dan anak-anakku di syurga MU...AMEEN!!!

3RD. I-CLUB HRPZ 11

Wednesday, July 3, 2013

2 bulan

Dah 2 bulan hubby keluar, another 2 months to go. Almost every day hubby chat dgn dia, kdg2 sampai 2 kali sehari, ada juga call, dan htr photo kt sana, cantik.....sekarang ni guna internet line semua so senang, ada viber, whats app, kakaotalk, we chat, line, mcm2 lagi..banyak kebaikan senang nk bersilaturrahim, kemudahan begini sebenarnya bergantung pada individu samada nak guna untuk perkara2 berfaedah atau sebaliknya, kena selalu beri peringatan terutama yg ada anak2 remaja, kalau kita dah semaikan jiwa Islam dalam diri sejak kecil, insyaAllah mereka tahu menilai baik buruknya... Hmmm, mcm masturat2 lain ya bila hubby keluar, how do they handle the family, kalau kerja sibuklah sikit sebab anak2 semua kena uruskan sendiri, penat tu biasa so kurang sikit masa untuk buat amal khususi diri sendiri, anyway menjaga anak2 pun ada pahala juga. Puasa pun dah semakin dekat, biasa traffic heavy lah sikit petang, especially dah kerja jauh ni, tak tahulah pkl berapa sampai rumah, jgn kena buka puasa atas kereta sudah, he he he............. Exam GCP pun dah dapat result..lulus...esok buat jamuan sikit untuk semua staf...bukan sempena lulus exam tu tapi yg naik pangkat hari tu, kena kongsi rezeki dgn orang lain, itu kan semua hak Allah. Semoga dapatlah kembali bertugas di Kb selepas setahun nanti, Ameen..........

Thursday, June 20, 2013

GCP

Just completed GCP course today, hopefully I can pass the exam..secretariat promises to give the result within a week...insyaAllah. Lack of sleep for 2 nights...study...he he he..

Monday, June 10, 2013

Ha Ha Ha.......

Galaxy tab....Galaxy tab....Note 2....Note 2....Facebook....Facebook....Blog....Blog....Dunia....Dunia....ramai yang terpedaya.....

Breakfast at NY

Breakfast hubby kat sana...kesian...mujahadah...

MARRIAGE

mood ....bored

Hari ni di TM,kerja tak banyak sangat, so tengah rest now, actually sy belum ada bilik yg khusus, so cari je mana-mana tempat yg kosong untuk sit down nk mengadap komputer, nak rest tghari pun takde tempat, tumpang solat kat bilik Matron je, nk lepak situ panas pulak ada kipas tak rasa apa sebab wap panas dari bumbung zing di luar tingkap, hu hu hu....sedihnya, ada lah dia orang bagi satu bilik tp tak selesa takde attached toilet dan jauh pula dari yg lain-lain, takde komputer pun,....aircond macam panas je....banyak komplain ye kita ni.. takpelah redha je , ramai lg org lain yg kurang bernasib baik berbanding kita kan..kalau redha, hati pun tenang.........tapi hari ni sebab migraineku menyerang so rasa stress lah juga, mujurlah ada kawan minta tolong replace dia utk satu tugas di KB Rabu dan Khamis ni, so hr ni je lah datang TM, lega sikit bila ingat camtu, kalau tak pagi2 bila bangun tidur rasa stress sangat bila ingat nk drive to TM, berapa lama lg sy akan berkelana di sini, malam2 pun letih tak daya nk tambah amal dan nak mengajar si kecil ku. semalam entah kul berapa hubby message, tak perasan pun, takde mood pula nk reply,skrg ni mesti waktu tidur dah kt sana, tunggu next msg je lah. Semalam cuti ingat nk buat haircut tp tak sempat, pergi shopping dah pkl 11, balik rumah jap dah masuk waktu zohor, solat, lunch, rest jap depan tv, ada kawan call, datang ambik kat rumah, pergi lunch , sy makan popia je sbb baru lepas mkn nasi kt rumah, balik dah 3.30 , tidur jap, solat asar , then ambil anak2......

Reminder.....

Sunday, June 9, 2013

Kenangan di Sudara Beach Resort

Kenangan di Concorde Hotel SA

Cuti.....

Hari ni cuti rehat, dah 2 minggu drive ke TM setiap hr sungguh memenatkn, rumah x sempat kemas, nk melayan so kecilberdua ni pun x larat, kenduri semalam pun x pergi, kirim hadiah je kt bonda, now dah makan satu produk kesihatan nk tambah energy sikit, hopefully boleh bantu motivasi nk drive to TM, InsyaAllah semua jd dgn izin Allah. Baru sudah mengemas bilik, sapu n mop 2 bilik je dah collapsed, jap lg nk keluar beli groceries, nk buat haircut tp x pasti tpt for ladies only susah betul nk cari skrg. Kalau potong skrg sempat lah pjg sikit bila hubby blk nnti. Hubby pun selalu msg m htr gambar. Baru 1 bulan berlalu....another 3 months of waiting.....

Tuesday, May 28, 2013

New York

Hubby dah selamat sampai d markas new york hr ahad lepas dgn sorang lg karkun, yg lain tak sampai lg tgh tunggu visa.Musim summer tp suhu 16°C, sejuk ketar n makan byk kena jamu. Jgn naik kg sudah, bila pula giliranku nk ke sana......Semoga hubby selamat dan tabah dgn dugaan berdakwah d negara non mmuslim.

Sunday, May 12, 2013

Apa-apa je.....

Hari ini hari ke enam hubby keluar, masih di SP, tak pasti bila nak fly ke USA, membilang hari ke saya ni, tak payahlah dok bilang hari, senang-senang bilang bulan je, May, June, July, August, ha lagi cepat. Hari ni di TM, next 2 weeks kat KB pula, 3 more courses need to do. Semalam buat program dengan pesakit di Z & H Inn, seronok ramai datang, ceramah, games, counselling games, giving present, nak motivasi dia orang supaya compliance dengan treatment, ini kali ketiga kami buat, dah nampak keberkesanan nya bila result dia orang semakin bagus. Bulan depan nak buat untuk pesakit kat TM pula. Penat kerja tapi seronok juga cover 2 hospital, at least tak payah drive ke TM hari-hari, 2 hari di KB dan 3 hari di TM. Dah masuk 3 bulan di TM, masih dok menumpang bilik Matron, tengahari tadi pergi tengok bilik yang empty kat OPD, dia orang nak bagi ke saya, ye lah susah takde bilik nak buat kerja, komputer pun tak ada, takkan nak dok bilik Matron selama-lamanya, macam nilah kerja government, staf bertambah, post bertambah tapi structure sama je. Perancangan nak cuti panjang tahun depan nak menuntut ilmu ...... secara formal , umur dah meningkat tak boleh tangguh lagi, hujung tahun lepas dah mula tapi sejak transfer ke TM ni, tertangguh pula sebab yang mengajar semua di KB, mungkin try cari kat TM pula , mana tahu ada rezeki boleh sambung kat sini. Tambahan pula bulan puasa biasa ada lebih masa sikit sebab kursus biasanya tak buat bulan puasa.

Wednesday, May 8, 2013

Khuruj

Hubby dah bertolak ke SP 2 mlm yg lalu nk keluar 4 bulan ke USA, hu hu hu lamanya , mcmana nk bagitau sbb anak yg first tu semlm pun dah tanya bila nk gi ambil abah, dia ingat mlm yg gi htr kt bus station tu. Yg no 2 tu mesti pelik manalah abahnya tp nk tanya tak pandai lg. Harap saya blh bersabar, penat kerja lg dahlah kena travel jauh skrg kalaubalik lmbt siapa nk ambil anak , pening, pening, pening.

Monday, April 8, 2013

Aktiviti hujung minggu

Sabtu malam yang lepas, kami ke KL, bertolak malam, sampai KL just before Subuh, hubby yang drive, singgah kat rumah SIL kat PJ, lepas tu rehat jap, then bertolak ke Shah Alam, check in, then attend majlis akad nikah anak saudara hubby buat kat Hotel Concorde, tapi aku dok sekejap je dalam majlis , anakku tak boleh dok diam, main kat luar dewan asyik berlari sana sini , lepas tu campak kopiah dia ke tingkat bawah dan kemudian lari turun tangga , asyik ulang buat yang sama, penat sungguh nak melayan dia, makin besar makin aktif. Lepas makan, kami gi swimming pool, sebelum ni dia selalu takut dgn air, inilah first time berani masuk pool, seronok betul, samapi kepenatan sebelum Maghrib dah lena sampai pagi. Masa breakfast pun tak boleh dok diam, habis pusing dining hall berkali-kali, lepas breakfast, gi swimming pool lagi sampai pukul 10, ada 2 minah salleh turun nak berjemur dengan bikininya, kami pun terus naik, tak sanggup nak tengok. On the way balik, singgah Batang Kali jumpa kawan lama ku, buat surprise sebab tak inform kami nak pergi, terkejut dia orang, both husband and wife kawanku masa undergrad dulu, borak2 then gi lunch,

Accident

Sabtu lepas Family Day tadika anakku tp anakku ni memanglah pelik, bab bercakap kalah org lain tp bila ada aktiviti ramai2 gitu, tak nak join pula, so tgk aje tak main apa tak dapatlah hadiah, kami pun balik awal, lepas Zohor pergikkenduri solat hajat kakakku buka kedai baru pula. Ahad pula dgn penuh bersemangat gi kerja , sampai awal traffic ok, mcm biasa susah dpt parking, tgh pusing nk turun jln agak curam tiba2 lost conttol jstuh tebing sebelsh kiri sbb nk elak krta yg parking sblh kanan, Allahuakbar, sgt2 terkejut keluar dr krta terus call member sekerja dan hubby, sehari suntuk semalam settle krta, Alhamdulillah cuma sakit2 badan dan bengkak sikit kt dada kanan tempst seatbelt. .....tak sure problem dgn brake @ just lost control, apa2 pun patut bersyukur ini satu peringatan buatku lebih drkat padaMu.

Wednesday, March 27, 2013

Hari kedua di T Merah, so far so good. Hr ni balik tghari sbb ada meeting pula di K Bharu, tadi mcm ngantuk je drive sbb smlm 2 kali terjaga, nampak gaya kena ambil supplement kena tambah energy.......nk drive 50 km setiap hari ni...

Saturday, March 23, 2013

Post pertama di tahun 2013. Busy, busy, busy byk project awal tahun. Alhamdulillah berjaya melaksanakn projek pertama 2 hari lps , kursus utk doktor n paramedik seluruh negeri Kelantan kami buat di Jab Kebudayaan dan Kesenian Negara, nice place. Hari ni gi Karnival di HTM pula. Secara rasminya sy ni dah jd staf HTM, hu hu hu penatnya bila ingat nk kena travel to and fro 1 jam setiap hari, projek2 yg dah plan kt HRPZ ni pun nk kena teruskn, nampaknya inilah tahun yg paling sibuk utk ku. Ya Allah, give me strength and courage to go on. Hubby sdg khuruj 3 hari, biasalah. Bln 5 nnti nk gi BBNJ pula 4 bulan, maybe gi South America. . . . to be continued, nk tidur awal, penat.