Thursday, July 11, 2013

PURDAH TAPI TABARRUJ

Sebenarnya dah lama nak menulis pasal topik ini, saya dah survey topik ini dalam internet, rupa-rupanya banyak artikel dan pendapat yang di tulis. Saya cuma nak mengutarakan pandangan je, tidak bermaksud nak menyentuh peribadi sesiapa. Saya suka sangat tengok wanita berpurdah, respect sangat , bukan senang nak berpurdah dalam komuniti kita yang selalu di pandang serong, kalau jumpa kat mana-mana, mesti saya akan tengok dia orang tapi kita jarang jumpa sebab biasa pun dia orang jarang keluar rumah. Setahu saya, bukan sahaja wanita kena jaga aurat supaya tidak di pandang lelaki, sama lah wanita pun kena jaga pandangan mereka, lagipun kalau nak keluar, seelok-eloknya bersama mahram. Dulu-dulu, saya kurang faham, so biasa lah gi shopping sorang2, tapi sekarang ni kalau nak plan nak keluar tanpa suami, kena ajak kawan atau anak saudara, tapi bukan setiap kali juga sebab kalau nak beli barang2 keperluan rumah, anak2 dan diri sendiri sambil on the way balik kerja, terpaksalah sorang2 je....hu hu hu..hari cuti susah nak keluar dengan hubby sebab anak2 kecil saya tak suka bawa gi kedai.. Back to our topic, saya ada beberapa kenalan yang berpurdah, saya ingat bila dah berpurdah, mestilah tidak timbul dah keinginan untuk bertabarruj di hadapan lelaki lain ataupun akan merasa malu sekiranya dalam keadaan terpaksa buka purdah, mesti akan cuba supaya penampilan diri tidak menarik perhatian tapi......realitinya tidak begitu, ada seorang kenalanku yang berjubah dan berpurdah ,berpakaian gelap/hitam tetapi semasa kerja (kerja kerajaan tidak di benarkan berpurdah)berpakaian yang tidak melambangkan seoarang yang berpurdah - baju dan tudung berwarna terang, dengan tudung selempang siap dengan brooch yang besar, di samping itu berlipstick juga, bak kata orang penampilan yang boleh menarik perhatian, so macam chameleon boleh bertukar rupa, sejak dari hari iru, saya jadi keliru dan rasa sangat pelik, kenapa tiada rasa malu berpurdah sedangkan pada masa yang sama bertabarruj di hadapan lelaki yang bukan muhrim, apa tujuan berpurdah, adakah kerana suami atau trend sahaja. Kalau dulu-dulu, biasanya orang bertudung labuh je yang berpurdah,sekarang ni tudung macam2 fesyen ikut trend terkini, then baju pun walau jubah tapi glamour dengan coraknya. Bukan niatku nak mengata, tapi sebagai seorang yang sangat kurang pendidikan agama ini, menjadi keliru...saya rasa kalau seseorang tu pakai baju kurung dan tudung labuh berwarna pudar yang tidak menarik perhatian, tidak bermake up lebih baik walaupun dia tidak berpurdah. Berilah petunjuk kepada kami ya Allah, kalau berpurdah tetapi menimbulkan lebih banyak fitnah , seperti begini, bagaimana.........sepatutnya berpurdah mengelakkan fitnah...doa hidayat untuk semua...AMEEN.

No comments:

Post a Comment