Monday, May 30, 2011

3 hari

Hari ni dah 4 hari tak jumpa hubby, dia keluar 3 hari mula Jumaat hari tu, hari ni tangguh tapi tak sempat jumpa lagi sebab dia keluar kat Rantau Panjang, tak pasti pukul berapa sampai rumah, aku keluar rumah tadi jam 7.30 am. Rutin biasa lah, setiap bulan 3 hari, setiap tahun 40 hari, aku biasa je, tapi bagi orang2 yang tak faham tu memang pelik, padahal suami2 dia orang biasa tinggalkan dia orang, mungkin pergi kursus ke, outstation ke, begitulah adat orang kita ni, kalau kerja berkaitan agama, ada je yang pandang serong.

Cuma aku tak berapa setuju dengan sesetengah pendapat, perempuan langsung tak di benarkan bekerja atau keluar rumah. Kalau suami tak ada kat rumah, siapa nak uruskan rumahtangga, nak buat marketing, nak uruskan anak2 sekolah atau keperluan lain, susah juga kalau isteri tak biasa pergi kedai ke atau tak tahu bawa kereta, takkan nak harapkan ahli keluarga lain, mereka pun sibuk juga dengan urusan masing2. Yang penting isteri kena pandai jaga aurat dan keluar hanya untuk keperluan tertentu, bukannya pergi window shopping ke atau bertandang ke rumah jiran tanpa ada sebab musabab tertentu. Lagipun, lebih baik bawa kereta sendiri daripada naik kenderaan awam, biasa driver semua lelaki. Suamiku memang lebih suka aku berdikari, kecuali urusan2 yang biasa terlibat dengan ramai lelaki, so dia akan uruskan. Lagipun, aku dah kerja lama sebelum kahwin, dah biasa buat semua urusan sendiri. Aku tahu mesti ramai karkun2 yang tak setuju dengan pendapatku ini.  Masing2 ada alasan tersendiri.

Thursday, May 26, 2011

Program Masturat

Semalam hubby bagitau ada orang ajak keluar masturat, cuti sekolah akan datang ni banyak jemaah masturat akan datang dan juga yang nak keluar, aku senyum je, he he he, dalam kepala ni bermacam-macam alasan yang nak di beri tapi aku diam je, hubby takkan nak dengar semua tu, dia pun tak nak paksa aku, dia dah tahu apa jawapanku. Entahlah sukar sungguh nak explain, kalau nak beri sebab2 tak nak keluar memang lah boleh buat senarai tapi semuanya bergantung pada iman dan hidayah kan. Terlalu banyak ujian yang telah ku alami sebelum ini, dan dalam kedudukanku sekarang ini, aku masih tak mampu nak join all the program, taklim mingguan pun dah tak pergi sekarang ni, dah semakin jauh dari dia orang semua.

Si kecil pun tak pernah aku tinggalkan lagi, setakat ini baru 1 malam aku berpisah dengan si kecil semasa bondaku membawanya ke rumah kakakku masa time kakakku balik dari Mekah tahun lepas, itupun terpaksa sebab hubby takde kat rumah dan aku kerja malam tu. Kalau pergi kursus mana2 pun, aku bawa dia dan hubby terpaksa ikut untuk jaga si kecil, tapi itu alasan yang kat bawah2 je, alasan yang lebih strong lagi tak boleh cerita, isu sensitif, ada kaitan dengan orang2 tertentu, tak boleh story kat blog ni. Walau apapun, alasan tetap alasan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, he he he , tahu pun tapi............. Semoga ALLAH TAALA campakkan hidayah dalam hatiku dan semua muslimah, Amin!

Tuesday, May 24, 2011

Ceritera Kereta

Hari tu ada terbaca kat blog keretamayat pasal apa yang di beli dengan gaji pertama, ingat nak beri komen kat situ tapi malas pulak, so nak cerita sikit kat sini pasal pengalaman sendiri. Masa mula2 kerja dulu, aku lambat buat medical check up, so lepas kerja 4 bulan baru dapat gaji, masa tu dok dengan parents, so takde masaalah sangat, pergi dan balik kerja dengan sister. Dapat 4 bulan gaji, buat bayar deposit beli kereta, 2nd hand je, kereta Charade Aura RM 26,000.00, murah je , walaupun 2nd. hand 2 tahun dah, tapi macam kereta baru,  sebab tuanpunya yang dulu tu sangat cermat orangnya, tapi bila dah dapat kat aku, biasalah aku ni lasak sikit. Tapi, lama betul aku pakai kereta tu , 10 tahun, bila jual harganya cuma RM 4,000 je, bila fikir2 balik, sayang pulak jual, patut simpan je buat kenang-kenangan, kereta tu banyak jasanya padaku, dan banyak juga kena speed track masa dok kerja di Terengganu dulu, ulang alik balik kampung masa weekend.

Sejak kahwin, macam2 kereta pulak drive sebab hubby suka tukar2 kereta, biasalah orang lelaki kan, Vios, Myvi, Wish, Merc C200, City dan terbaru Accord, aku ni tak minat kereta besar2, suka yang kecil je, senang parking especially masa gi bandar sebab tau aje lah traffic kat KB sekarang ni heavy betul.  Aku minat Jazz sebenarnya, tengoklah kalau ada rezeki lebih.............. Tapi kereta besar kena ada, nak travel jauh more safety, biasa pergi kursus kat luar , kami drive sebab bawa si kecil sekali, gilir2 dengan hubby.

Sunday, May 22, 2011

2.5 years old boy

18 May 2011

Tarikh ulangtahun perkahwinanku yang ke ............. as usual, changing message, semoga kekal hingga akhir hayat dan juga di alam abadi, pergi lunch date kat Pizza Hut, he he he.............. bukan apa, saja suka-suka, aku rasa penting juga kita ingat tarikh2 sebegini dalam kehidupan ini , salah satu cara nak kekalkan kemesraan antara suami isteri. Biasalah kan kehidupan berumahtangga ni banyak dugaan dan ujian, tak sama macam semasa single, syaitan tu sentiasa je dok cucuk kita sebab dia suka benar kalau rumahtangga porak peranda, so yang penting suami isteri kena sentiasa jaga iman dan amal, kalau ada masaalah kena bincang. Aku ni jenis yang mudah merajuk sejak dahulukala lagi, kalau ada yang tak kena, mula lah boikot, diam aje, dan yang pastinya suamiku akan menerima sms dan email yang macam2, tapi suamiku ni seorang yang sangat penyabar, takde lah dia melenting atau marah aku semula, kena pakai diplomasi, baru aku sejuk, susah betul nak buang sikap ini, tapi sekarang dah better dari dulu, adalah perubahan, ingat hidup kat dunia ni sementara saja, akhirat juga yang kekal abadi. Semoga rumahtangga kami kekal dalam mawaddah dan rahmah hingga ke syurga, Amin!

Tuesday, May 10, 2011

Wedding Anniversary

Next week wedding anniversary yang ke.........(rahsia......). Hmmm apa surprise nak buat ya, biasa pun tak buat apa cuma send wishes thru sms je. Last month birthday hubby...ku hadiahkan wallet yg sama dengan purse baru yg ku beli, wallet lama tu dah koyak, itu pun hadiah from somebody tapi murah punya, mana tahan lama...he...he...he....anyway hadiah tak penting, yg penting kasih sayang dan cara suami layan kita, suamiku sebenarnya seorang yg agak garang tapi dengan isteri berhemah dan banyak pakai diplomasi, so far takdelah dia angkat suara tinggi atau mengherdik aku, memang aku ni bukanlah isteri mithali, selalu je buat salah tapi dia sabar je, mungkin jarak usia kami 6 tahun menjadikan dia jauh lebih matang dariku. Aku pun tak berapa setuju kalau kahwin umur sama, tapi kalau dah jodoh terima je lah, yg penting apa objektif perkahwinan kena faham bukan ikut nafsu semata2. Sekarang ni nampak macam trend kahwin di usia yg muda mungkin umur kematangan dah menurun, semoga perkahwinan akan kekal hingga ke syurga, Amin!

Monday, May 9, 2011

Gelagat si kecil

Semalam si kecilku mengucapkan Selamat Hari Ibu kepadaku, tak di sangka2, umurnya baru 2 tahun 4 bulan, tapi entah dia faham ke tak, aku tak tahu lah, petang semalam pergi tolong kakakku yang kereta dia tiba2 enjin mati masa jemput anaknya dari sekolah, so jumpa dengan sepupu dia yang umur 11 dan 15 tahun tu, suamiku cakap dia orang yang ajar si kecilku ucapkan Selamat Hari Ibu kepadaku, cute sangat lepas tu cium pipiku. Dia selalu juga ikut lagu kat tv tu dok nyanyi Ibu, engkaulah ratu hatiku. InsyaALLAH ummi berjanji akan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk Wafi dan Wafi pun kena janji jadi anak yang soleh dan insyaALLAH seorang daie. Amin!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk ibuku dan semua ibu2 di dunia ini especially ibu2 kepada daie2 yang istiqamah dalam usaha dakwah, tahniah kerana dapat mendidik anak menjadi pewaris generasi Rasulullah saw yg kita sayangi dan rindui selalu. Ibuku dah banyak berkorban untuk anak2 , terima kasih ku ucapkan walaupun ucapan ini tidak sebanding dengan jasa ibu, hanya Allah Taala sahaja yang tahu ganjaran yang terbaik buat ibuku. Bila kita sendiri dah jadi ibu, barulah kita lebih memahami ibu kita. Sementara ibu kita masih ada di dunia ini, hargailah dia kerana bagi yang pergi tak mungkin kembali lagi, hanya doa agar dapat bersama di alam abadi nanti, Amin!

Thursday, May 5, 2011

Pantun Dunia

Orang pakai broadband - nak broadband
Orang pakai E52 - beli E52 juga
Orang pakai mini komputer - beli mini komputer juga
Orang beli kereta baru - nak beli kereta baru juga
He he he..........................................................
Dunia........dunia........dunia...............................

Monday, May 2, 2011

Hujung minggu

Dah masuk bulan May, cepat betul masa berlalu, nak prepare program untuk kursus bulan July pulak, harap2 kursus tu akan berjalan lancar, 2 minggu pulak tu, mesti penat, masa tu aku dah nak masuk 7 bulan, sekarang ni pun asyik lenguh2 je dari pinggang ke bawah, duduk lama tak boleh, berdiri lama2 pun tak selesa, tidur menelentang sakit belakang pulak, serba tak kena, sabar je lah!

Hari ni dah kerja semula, cuti weekend 3 hari termasuk Hari Buruh semalam, lepak je kat rumah, Jumaat tu hubby gi Penang sorang2, mula tu nak ikut juga tapi si kecilku demam pulak hari Khamis tu, hubby balik terus malam tu. Hari Sabtu gi shopping kat Mydin Mall, Ahad lepak je kat rumah. Mujurlah si kecilku demam 2 hari je, risau kalau dia demam sebab dia tu susah makan ubat, kena bagi suppository je. Dapat kuman dari abah dia lah tu, dah seminggu demam selsema tak baik2 lagi. Aku ni jarang benar demam , agaknya dah immune sebab hari2 exposed dengan infection.

Semalam tengok news, sibuk dengan berita riot sempena Hari Pekerja kat serata dunia, pelik betul, orang cuti nak lepak2 bersantai dengan family, tak faham betul, tak boleh ke semua orang fikir untuk keamanan dunia ni, sebab tu lah banyak sangat bencana alam, manusia tak tahu bersyukur dan asyik nak gaduh je, Alhamdulillah kita kat Malaysia ni boleh di katakan antara negara yang paling aman kat dunia ni, nak gi travel pun rasa takde keinginan sebab banyak masaalah kat negara2 luar ni.
Sama2lah kita berdoa agar negara kita sentiasa aman damai. Amin!

Bulan ni nak sambut wedding anniversary, nak fikir idea baru untuk celebrate, hmmm, nak buat surprise sikit, ok lah, stop sini dulu, nak mula kerja.