Wednesday, November 7, 2012

November

Dah lama betul tak menulis, kesibukan yang tak mengizinkan dan ketiadaan idea. November dah bermula, banyak betul PH bulan ni, cuti Keputeraan Sultan bersambung Deepavali, then Maal Hijrah tapi bagi kami takde makna cuti panjang sebab masih kena kerja juga ikut giliran. Saya sangat tak faham sebab kat dept saya ni ada seorang yang selfish , setiap kali long PH dia memang akan request tak nak kerja, tak fikir langsung pasal orang lain. Ingat dia sorang je ke nak bersama family, orang lain macammana, nasib baiklah orang lain semua jenis yang tak kisah , selalu mengalah. Aku senang je, ingatkan diri sendiri kalau kita mempermudahkan kerja orang, insyaAllah ALLAH TAALA akan permudahkan urusan kita. So, kalau ada musibah tu, kena muhasabah diri ada yang tak kena dengan kita, ALLAH TAALA nak bagi peringatan sebelum terlambat. Hubby ajak keluar masturat 10 hari tapi tak dapat nak di tunaikan, siapa yang nak jaga anakku yang berdua ni, kena tunggu dia orang besar dah sekolah insyaAllah .......

Monday, July 30, 2012

Ramadhan 2

Sibuk betul staf2 kat department ku, sebab audit Akreditasi tak lama lagi, baru nak update itu, ini. Dulu takde lah kalut macam ni, aku pernah in charge utk departmentku dulu,masa tu kita selalu buat audit dalaman setiap bulan, so bila ada audit yang betul, taklah kelam kelibut, anyway sebab dah lama takde audit, beginilah jadinya. Bagus juga ada audit ni, at least boleh kita check samada kita buat sesuatu tu ikut prosedur dan pastikan dokumen semua updated. Kalau betul2 nak ikut standard susah nak achieve compliance , almaklumlah bangunan lama, peralatan , staf semua tak mencukupi, kemudahan pun sesetengah tu dah outdated. Apa2 pun kita bagi servis yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada, yg penting niat selalu kerana Allah, insyaAllah semua kerja jadi ibadah. Semalam pergi Habib Jewel, he he he, projek menghabiskan duit memang seronok. Sebenarnya aku ni takde lah minat sgt barang2 kemas ni, first time beli dulu pun lepas habis Master, hadiah untuk diri sendiri tapi last year, aku dah jual semua, tinggal satu bracelet yg kecil molek ni. Kedai Habib Jewel baru je kat Kelantan ni, last year kalau tak silap, dah lama mengidam, barulah now selamat melayang duitku, beli yg kecil je, padanlah dengan saizku ni. Kan dapat bonus, belanja untuk diri sendiri...... Anyway, shopping can treat stress (for me) - maybe many will disagree..... Ada jemaah masturat Pakistan kt rumah kawanku, dok berkira2 ni nak gi ke tak... susah sikit sebab kesian pulak bondaku nak kena jaga si kecil tu, biasa pukul 5 dah ambil dia sebab baby sitter nk masak pula... hmmm tengoklah nanti. Kalau nak pergi kena balik awal sikit. Dah lama sangat2 tak gi nusrah, rugi pulak rasanya kalau tak pergi bila ada peluang macam ni.

Sunday, July 22, 2012

Masturat tak nak belajar bawa kereta?

Tiba2 teringat pasal satu isu, pernah discuss dengan hubby, sesetengah masturat yang tak nak belajar bawa kereta. Sekarang ni dah ada driving teacher perempuan, rasanya takde masaalah tentang tu. Susah juga kalau hubby keluar lama2 , nak uruskan sekolah anak2 ke, nak beli barang keperluan ke atau emergency situation , macam mana, kalau takde kereta takpe tapi kalau ada rasa nya sangat perlu tahu bawa kereta tu, takkan asyik nak bergantung pada suami je. Nak naik public transport lagi risiko, lepas tu bercampur pula dengan ramai bukan muhrim. Takkan asyik nak minta tolong orang lain, nanti timbul fitnah pula....Atau ada karkun2 yang berpendapat isteri tak perlu tahu bawa kereta? Nak gi nusrah atau taklim pun susah kan. Kereta tu satu kemudahan yang Allah Taala kurniakan pada kita, guna untuk kebaikkan tak salah, kan?

Ramadahan 1

Banyak sangat benda nak tulis tapi waktu tak mengizinkan, nak guna tab tak seronok sebab kecil, almaklumlah dah masuk usia rabun dekat ni, nak bawa laptop malas pulak rasanya unless kalau ada presentation nak buat. Kat rumah sori lah takde masa nak melayan internet, tab sure fully occupied by anakku, now dah pandai download games dan tengok cerita kat youtube, ada yg mengajar tu, sebenarnya aku tak suka bila dia pandai benda2 gini, nanti dah masuk sekolah, takut susah pula nak control, tapi setakat ni nampak ok sebab dia biasanya mudah jemu sikit dengan sesatu perkara tu, harap2 dengar kata. Hubby now kat Saharanpur, tak pernah dengar sebelum ni, maybe small town agaknya, apa2 pun doa semoga sentiasa sihat, selamat sejahtera dan insyaAllah dapat capai maksud dan tujuan ke sana. Aku kat sini, macam tu juga, bila lah nak bertambah amal ni, asyik bertangguh2 je, tarikh mati boleh tangguh ke? Hmmm, mana boleh, setiap detik yang berlalu tak mungkin kembali lagi, kalau tak di isi dengan amal, memang rugi sangat2. Kena azam sungguh2, datang kerja niat kerana Allah, semua benda pun niat kerana Allah, kena bersyukur dengan segala nikmatnya, jangan fikir apa yang kita tak ada, kalau doa tak di makbulkan sekarang, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik di kemudian hari. Kena selalu ingatkan diri, masa drive, seronok dapat dengar IKIM sebab banyak tazkirah dan peringatan2. Bila hubby tak ada, kadang2 rasa relax sikit, macam lunch hour masa tak puasa, tak perlu terkejar2 balik rumah sebab kena lunch dengan hubby, kalau aku tak balik, hubby memang tak makan sorang2. Baiklah tempat kerja tak jauh sangat da jalan tu bolehlah tahan, tapi kalau ada meeting ke petang memang tak sempat balik juga. Bulan puasa pula tak perlu nak fikir pasal menu, makan sendiri sempoi aje, hubby memang tak cerewet, cuma sebagai isteri biasalah kan nak buat yang terbaik untuk suami. Ada lebih masa sikit untuk diri sendiri, he he he. Cuma kadang2 tu kesian kat anak2, asyik tanya je, masa mula2 hari tu selalu tanya tapi ni dah lebih 2 minggu, dah kurang sikit tapi kalau kena marah dan nangis, mula lah panggil abahnya. Kena layan dia main bola, main perang2 lah dan macam2 nak buat untuk occupy masa dia supaya tak ingat sangat pada abahnya.

Thursday, July 5, 2012

Sabar. . . . .

Dah 3 hr hubby kt SP, insyaAllah hr ni fly to India, smlm ms call nk clarify psl servis kereta, anakku menangis2 suruh abahnya balik, itulah dugaan yg kena aku hadapi, setiap hr dia akan tanya bila abah nk balik, aku ckp je sebelum Raya, harap2 bila dah lama sikit dia tak akn tanya lg, mcm2 nk kena buat to entertain him supaya dia tak ingat sgt kt abahnya. Nnti dah gi India x boleh nk call lg, entah2 takleh bw phone, bersabarlah anak2ku,insyaAllah ada ganjaran di kemudian, nnti kita nk dok kt syurga bersama2, Ameen.

Sunday, July 1, 2012

Update

Weekend semalam pergi Maran, menghantar anak saudara yg nikah 27/5 hari itu, stay kat Maran Hill n Golf Resort, penat rasanya, hari ini cuti, nak mengemas dan basuh baju, tapi tengah stress sebab last minute dapat surat ada presentation pd 5/7 n 12/7, sepatutnya 1 lecture je tapi organiser kt kena present 3 lecture sebab area KB ni aku yg in charge, dia orang dah mesyuarat lama tapi tak inform ke saya, dahlah tu, tarikh ppt pun tak tanya dulu, tiba2 je dapat surat, kan merajuk tak nak present , ha baru dia org menggelabah. Tak prepare lg yg dua tu, dapat email dr speaker yg dulu tapi tak boleh download pulak, view je tapi in Malay pulak, pening lah kepalaku ini, nampaknya kena buat yg lain, tak tahulah sempat ke tak. Masa kenduri semalam, hubby ku seronok jumpa abang kepada suami anak saudaraku tu sebab karkun - jumpa geng lah katakan. Karkun kan ada trade mark senang nak kenal. Dah bulan Sya'aban, dah tiba nisab suamiku keluar 40 hari, malam besok insyaAllah dia akan bertolak ke Sri Petaling sebelum terbang ke India, last year keluar 2 bulan jemaah jalan kaki ke Negeri Sembilan, hubby kata alternate every year luar dan dalam negeri. InsyaAllah 15/8 baru balik sini. Aku dah biasa tapi kesian kat anak2ku nnti sibuk bertanya, yg abang tu mesti asyik nak suruh menelefon aje, luar negeri ni sure payahnya, lagipun masa dia gi Sri Lanka 2 tahun lepas tak di benarkan bawa handphone - so lost contact terus. Doa semoga suamiku selamat pergi dan kembali, harap2 anak2ku tak buat hal.

Sunday, June 17, 2012

Tengah attend mesyuarat agung kooperasi, tak berminat sebenarnya tp dah lama tak attend nnti kena buang keahlian pulak, lg pun masuk nama je tp hubby yg bayar yuran. Aku tak pandai sgt bab2 gini. Ahli2 kooperasi semua geng hubby, aku tak biasa nk join. Dah lama tak menulis, tersangat2 sibuknya atau perasan sibuk he he he. Last week gi Cherating ada program tpt kerja. This week ada course kt Dewan SUK, jd urusetia, nnti nk kena entertain 1 speaker yg d jemput dr Hosp Selayang, kwn baikku ms master dulu tp dah lama tak jumpa, dia convert , suami dia Malay dah ada 2 anak tp dr segi amalan sbg Muslim. aku tak pasti pulak, ms kami study sama dulu dia baru convert tp now dah lebih dr 10 tahun tak jumpa tak tahu lah mcmana, rasa bertanggungjawab juga tp tak tahu mcmana nk tanya. Hanya doa semoga dia istiqamah dlm Islam dan di beri hidayah utk jd muslim yg sebenarnya.

Sunday, April 1, 2012

Hari Keluarga

Tahun ni berturut2 pula ada Family Day, jabatanku buat pada 8-10 mac di Tok Aman Bali Beach Resort, seronok, resort baru dan cantik sangat. Kelakar betul anakku masa main berebut gula2, dia ambik sekali je lepas tu berdiri aje, agaknya dia tak biasa tengok org ramai sekeliling dok sorak2 dan bising. Then taska dia buat kat PCB resort 24 mac, dia main boling dan berebut gula2, dapat johan boling tp teacher yg tlg pegang tangan he he he, hubby masuk pertandingan kupas kulit bwg, dpt johan juga, agaknya sebab dah biasa masak masa khuruj kan. Yesterday Family Day office hubby pula buat kt Sudara Beach Resort, program makan2 dan mandi kolam tapi sejak seminggu lepas aku tak boleh makan atau bercakap banyak pun sebab dpt extensive ulcer dlm mulut, hmmm baru sikit je Allah tarik nikmat hidup rasa susah , sepatutnya kena bersyukur, maybe kifarah dosa yg berlonggok2 ni. Picture upload later.

Tuesday, February 28, 2012

Kursus

Dah lama tak menulis, takde masa dan idea. 2 minggu pertama kursus, jd fasilitator, penat sgt2 , weekend pun ada juga, then ptg pkl 6 baru balik, minggu kedua tu hubby gi ijtimak kat Phuket, lagi penat kena htr anak gi nursery lg, then terkejar2 ke tempat kursus, course director strict n very punctual tp kursus ni mmg kena betul2 jaga masa, kalau tak sure tak sempat nk habiskan semua module. Now sibuk dgn bajet n perancangan kursus di jabatan pula. Tak habis2 dgn urusan duniawi, rasa mcm nak berhenti kerja je....

Wednesday, January 25, 2012

Ujian

Ya Allah ya Tuhanku, besarnya ujian yg kau berikan pada hambamu ini. Semenjak kecil lg rasanya diri ini selalu di uji dengan masalah yg heavy, tapi selama ni hambamu ini tetap redha dan hanya berserah padaMu saja. Aku tiada tempat utk mengadu, lg pun memang sudah menjadi tabiatku, tidak suka mengadu masaalah pd sesiapa pun, hanya padaMu tempat aku mengadu. Dan kini ujian semakin hebat, aku benar2 tidak tahu apa yg perlu di lakukan, setiap kesabaran ada batasnya juga tapi aku benar2 tidak mampu. Ya Allah, berilah aku kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi semua ini, aku benar2 takut seandainya aku tak mampu menanggung bebanan ini lg, mungkin aku terpaksa mengambil langkah yg drastik bagi menamatkan semua permasaalahan ini. Ingatlah diri dunia ini hanya sementara sahaja, akhirat jua yg kekal abadi, tp cakap memang senang kan, utk mempraktikkannya amatlah sukar sekali.

Monday, January 2, 2012

Back to work

Hari pertama setelah bercuti 3 bulan, biasa je, kerja tak banyak sangat. Tak jumpa lg dgn Bos, nk kena jumpa kejap lg, report duty, he he he tapi Bos asyik takde kt bilik ni, tunggu jap . Takde idea nk menulis, semalam last day YES, dpt juga handbag yg ku cari2, sebenarnya yg lama blh guna lg tp sebab tak muat nk letak Tab, so kena beli yg besar sikit, tak tunjuk lg kt hubby sebab nnti dia tanya harga, takut nk cakap, he he he tp hr ni mesti kena ckp juga, tak pernah aku sembunyikn apa2 dr hubby. Walaupun guna duit sendiri tp hubby selalu ingatkn jgn membazir. Tapi bab handbag n kasut tak boleh nk elak kalau mahal sikit sebab kualiti bagus, lg pun kalau dah tak guna, biasa akan bg kt sisters atau nieces, so tak membazir kn! Ok lah, sempena tahun baru ni, nk tukar blog's appearance, kasi ceria sikit.