Sunday, July 1, 2012

Update

Weekend semalam pergi Maran, menghantar anak saudara yg nikah 27/5 hari itu, stay kat Maran Hill n Golf Resort, penat rasanya, hari ini cuti, nak mengemas dan basuh baju, tapi tengah stress sebab last minute dapat surat ada presentation pd 5/7 n 12/7, sepatutnya 1 lecture je tapi organiser kt kena present 3 lecture sebab area KB ni aku yg in charge, dia orang dah mesyuarat lama tapi tak inform ke saya, dahlah tu, tarikh ppt pun tak tanya dulu, tiba2 je dapat surat, kan merajuk tak nak present , ha baru dia org menggelabah. Tak prepare lg yg dua tu, dapat email dr speaker yg dulu tapi tak boleh download pulak, view je tapi in Malay pulak, pening lah kepalaku ini, nampaknya kena buat yg lain, tak tahulah sempat ke tak. Masa kenduri semalam, hubby ku seronok jumpa abang kepada suami anak saudaraku tu sebab karkun - jumpa geng lah katakan. Karkun kan ada trade mark senang nak kenal. Dah bulan Sya'aban, dah tiba nisab suamiku keluar 40 hari, malam besok insyaAllah dia akan bertolak ke Sri Petaling sebelum terbang ke India, last year keluar 2 bulan jemaah jalan kaki ke Negeri Sembilan, hubby kata alternate every year luar dan dalam negeri. InsyaAllah 15/8 baru balik sini. Aku dah biasa tapi kesian kat anak2ku nnti sibuk bertanya, yg abang tu mesti asyik nak suruh menelefon aje, luar negeri ni sure payahnya, lagipun masa dia gi Sri Lanka 2 tahun lepas tak di benarkan bawa handphone - so lost contact terus. Doa semoga suamiku selamat pergi dan kembali, harap2 anak2ku tak buat hal.

No comments:

Post a Comment