Monday, July 25, 2011

UMRAH

Minggu lepas, pergi rumah staf yang dah pencen sebab nak bayar duit upah jahit baju, dia cerita nak gi umrah sebulan bulan Ramadhan nanti, seronoknya, teringat pengalaman semasa aku pergi dengan hubby dulu, kalau boleh nak pergi lagi tapi takde kesempatan, susah nak tinggalkan anak, mungkin tunggu dia besar sikit boleh bawa sekali.
Kami pergi tahun 2007, masa tu aku lepas keguguran, salah satu sebab nak bermunajat depan BAITULLAH mohon di kurniakan anak. Kami pergi sendiri, tak join mana2 group dengan travel agency sebab konon dah ada pengalaman, lagi pun nak sesuatu yang challenging sikit, he.....he.....he.......
Masa sampai kat airport Madinah, kepeningan lah juga nak cari jalan ke Masjid Nabawi, dua2 pun tak pandai cakap Arab, dia orang pulak tak boleh cakap English, signboard kat airport pun tak friendly, last2 minta security guard cari kan teksi bawa gi stesyen bas, naik bas ke stesyen berhampiran Masjid, dah malam masa tu, tak tahu nak tidur mana, dari stesyen tu dah nampak Masjid Nabawi, adalah yang offer teksi bawa ke hotel murah, kami follow je, kawasan tu ramai Pakistan/India yang stay, tak jumpa langsung Malaysian/Indonesian, tapi tak jauh, jalan kaki je ke Masjid. Kalau tak silap stay 1 @ 2 malam kat hotel tu, then kami pindah ke hotel berdekatan , murah sikit. Masa kat Masjid, Alhamdulillah, boleh masuk visit Raudhah, masa tu aku join je group non Malaysian, sebab kalau join yang Malaysia, lambat sikit takut tak sempat. After few days, kami bertolak ke Mekah, masa tu pening lagi sebab tak tahu nak pergi macammana, tanya2 orang kat hotel tu, dapatlah naik bas yang bawa orang2 Pakistan/dan yang semacam dengannya.
Masa sampai Mekah, jumpa dengan kawan hubby yang kerja kat sana, dia dah tolong booking hotel untuk kami, duk bilik kat 1st floor dan hotel pun tak jauh dari masjid. Dah lupa berapa kali buat umrah tapi setiap kali nak pergi, pening sikit nak cari teksi/van pergi berniat kat Miqat sebab kami berdua sahaja, kalau van tu dia nak penuhkan hampir 10 orang tapi Alhamdulillah, taklah susah sangat, dengan izin ALLAH, semua ok.
Masa kat sana berkesempatanlah juga visit ke rumah syura tabligh, kalau tak silap namanya Tuan Hj Salleh, kawan hubby yang bawa. Menarik juga rumah orang kat sini, kat luar nampak macam flat tapi bila masuk besar juga rumah cuma takde halaman, wife dia dah meninggal, so jumpa dengan anak dan cucu perempuan dia, tapi cucu dia dah tak pandai cakap Melayu.
Di samping tu, kami pergi jua mendaki bukit ke Gua Hira, ya ALLAH, punyalah tingginya, takde safety measures pun, sakit dan lenguh kaki ku ni tak boleh nak imagine, sampai satu tahap tu mengalir juga airmata ini, hai cuba bayangkan macammana sahabiah Asma' dan bonda Khadijah mendaki dahulu semasa Nabi Muhammad saw bersembunyi di Gua Hira dulu, at least now dah ada pathway, so senanglah sikit.
Satu lagi cabaran kami, tak cukup duit cash, silap badget, nak bayar duit hotel dan transport ke airport Jeddah nanti, ingat nak pinjam duit kawan hubby tapi sebab kontrak kerja dia dah tamat dan dia pun nak balik tak lama lagi, Bos dia masukkan gaji dia dalam akaun bank kat Malaysia, so tak boleh nak ambil kat sini, duit dia cukup2 untuk dia belanja sementara tunggu masa nak bailk. Itulah, harapkan makhluk sangat, makhluk takde kuasa, hanya ALLAH yang berkuasa, mohon bantuan ALLAH TAALA, itulah yang sebaik-baiknya. Finally, jumpa bank yang boleh bagi advanced cash dengan kad kredit yang hubby bawa, selesai segala masaalah.
Masa nak balik, ingat nak tumpang naik bas dengan satu group dari Malaysia sebab ada kekosongan tapi dia orang nak caj pula, hubby ku ni cepat baran sikit, dia pun tak nak , macam nak ambil kesempatan pula, bukan rugi apa pun sebab dia orang dah di bayar oleh travel agency tu, nak masuk poket dia lah tu. So, kami cari teksi sendiri, ada penjual kedai kat hotel tu contact sepupu dia, kalau tak silap orang Bosnia datang ambil dan bawa kami ke airport. Dalam flight, dapat seat kat tengah, so senang nak solat.
Satu pengalaman yang interesting dan challenging, nak pergi lagi..........azam dan doa!

Kelahiran Pertama

Semalam pergi buat ante natal check up, so far ok, repeat scan, estimated weight dah hampir 1.7 kg, slightly bigger compared to date, ye lah, berat dah 57 kg, now baru 31 week+, dulu masa sebelum bersalin pun 57 kg, baby lahir 2.8 kg, harap2 tak lah besar sangat sebab aku nak bersalin normal, tak nak operate lagi, sakit...........2 tahun baru betul2 hilang kesakitannya, doktor tanya juga nak buat elective op ke atau nak try normal delivery, dengan confidentnya aku jawab nak normal delivery, kena lah doa banyak2, semoga ALLAH TAALA permudahkan semasa bersalin nanti.
Yang pertama dulu, tekanan darah tinggi masa tarikh nak bersalin tapi sakit skit2 aje, so kena induce, mula2 masuk ubat pagi2 pukul 7, lepas tu memang sakit bertambah, bila check pukul 4 petang, os baru 3 cm, so doktor pecahkan air ketuban dan masuk ubat ikut salur darah pulak, lepas tu buat masukkan epidural analgesia untuk kurangkan sakit tapi sama je, macam takde kesan langsung, tekanan darah pun tak turun2 walaupun dah makan ubat, kemudian doktor check semula pukul 7, masih 3 cm dan tiba2 lepas tu, denyutan jantung baby turun dengan cepat sekali, tapi tak lama, naik semula, doktor terus buat decision untuk operate takut baby lemas, masa tu hubby gi solat Maghrib, terus sms bagitau nak operate, masa hubby sampai semua staf dah sibuk prepare aku untuk operate, aku pun tak sempat nak cakap apa2 kat hubby masa tu, sebab hanya fikir pasal baby je, ye lah, aku dah tengok banyak kes2 baby yang lemas, preparation semua very fast, by 8.09 pm, baby dah keluar, Alhamdulillah, baby ok dan takde komplikasi apa2. The next day tu, hubby terpaksa gi Kuantan , ada kursus, so my eldest sister dan anak dia yang tengah bercuti tolong jaga. Hari ke 3, dah boleh keluar. Kiranya delivery ku ni very eventful, sebab semua adik beradik perempuan dan ipar2ku bersalin normal, hanya aku je yang pertama kena operate, adalah sebab musababnya, rahsia ALLAH TAALA sahaja yang tahu.
Actually pregnancy yang pertama end up with abortion at 8 weeks, masa tu kerja jauh dari rumah, hari2 kena drive 1 setengah jam pergi kerja, tapi tak semestinya jadi penyebab, mungkin baby pun tak normal, salah satu sebab yang biasa kalau keguguran pada awal pregnancy. Lepas 1 tahun, dapat pindah balik dekat rumah.
Tapi sekarang ni pun, dah lupa pulak macammana sakit bersalin, ye lah kalau tak, tak bertambah lah umat Nabi Muhammad saw, itu lah salah satu kelebihan wanita, insyaALLAH di beri ganjaran, kena redha dengan semua kesakitan dan kesusahan yang di alami.

Sunday, July 17, 2011

Mujahadah.....mujahadah......

Asyik membilang hari je.........hari ni 17hb. , so 17 hari dah, hari apa tu....... bagi yang memahami... fahamlah tapi kalau tak faham pun takpe, saja nak luahkan perasaan. Hanya orang yang mengalami sahaja akan rmemahaminya. Hmmm.... tak payah dok fikir-fikir, menyerabutkan otak je kan, lebih baik berzikir ke....baca Quran ke.... baru 1 kali khatam tahun ni.....azam nak kena khatam lagi sekali sebelum baby lahir, insyaALLAH.

Sunday, July 10, 2011

NO TITLE 2

Hari ni tak sibuk sangat, boring pulak, tadi pergi check up sekejap je, terus di panggil jumpa doktor, so far baby ok, tapi Hb rendah pulak , 8.5gm% je, malasnya nak makan hematinics, takut constipation, sekarang ni pun BO tak berapa smooth, tapi kena lah makan juga, tadi masa doc tanya ada simptom anemia atau tidak, aku cakap takde, sebenarnya ada juga, tak nak bagitau takut kena injection, he he he, sori doc!

Sekarang ni kerja banyak duduk je, tak perlu jalan sana sini sangat, kena banyak rehat, tapi sebab aku ni jenis yang tak boleh duduk diam, rasa bosan juga, nanti tak boleh dah nak merayau-rayau kat shopping complex macam biasa especially di bulan puasa, biasa pergi cari barang2 keperluan Raya dengan staf ku tapi tahun ni tak boleh dah sebab tak boleh jalan2 banyak lagi. Baju raya pun tak sedia tahun ni sebab masa raya tu tengah sarat, pakai abaya je lah nampaknya tahun ni. Asyik fikir raya pulak, yang lagi penting adalah Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, sepatutnya kena fikir nak menambahkan amal ibadat, ambil kesempatan bulan Ramadhan pahala berganda2, lagi banyak masa sepatutnya untuk beramal, suami pun takde kat rumah, so banyak masa untuk diri sendiri.

Sunday, July 3, 2011

No title

Suami dah selamat berangkat hari Jumaat lepas, dalam negara je, cuma tak tahu kat mana lagi. Tahun lepas keluar ke Sri Lanka, masa tu tak di benarkan bawa handphone, so no contact selama 40 hari, tapi aku cool aje, dah biasa, cuma kali ni sebab kesihatan kurang mengizinkan, rasa susah sikit lah bila suami tiada, nak uruskan si kecil dan buat marketing sebab doktor tak bagi angkat barang2 berat. Tapi dua hari cuti ni, si kecil asyik nak di dukung je sebab dia demam, semalam pun demam lagi, panas sangat, tidur pun tak lena, terpaksa bagi ubat suppository, dia susah sangat nak makan ubat, hari ni hantar gi rumah maid, harap2 demam dah beransur baik. Kalau sihat, dia ok je tak buat hal.

Tahun ni keluar 2 bulan, biasa 40 hari je, so malam Raya baru balik. Seorang teman ku, sedang pregnant anak ke 3, suami dia keluar 4 bulan, luar negara, maybe balik malam Raya juga, senasib kita Mama Anis. Kita pun dah lama tak jumpa, masing2 sibuk dengan kerja. Nanti jumpa boleh chit chat sikit.