Monday, July 25, 2011

Kelahiran Pertama

Semalam pergi buat ante natal check up, so far ok, repeat scan, estimated weight dah hampir 1.7 kg, slightly bigger compared to date, ye lah, berat dah 57 kg, now baru 31 week+, dulu masa sebelum bersalin pun 57 kg, baby lahir 2.8 kg, harap2 tak lah besar sangat sebab aku nak bersalin normal, tak nak operate lagi, sakit...........2 tahun baru betul2 hilang kesakitannya, doktor tanya juga nak buat elective op ke atau nak try normal delivery, dengan confidentnya aku jawab nak normal delivery, kena lah doa banyak2, semoga ALLAH TAALA permudahkan semasa bersalin nanti.
Yang pertama dulu, tekanan darah tinggi masa tarikh nak bersalin tapi sakit skit2 aje, so kena induce, mula2 masuk ubat pagi2 pukul 7, lepas tu memang sakit bertambah, bila check pukul 4 petang, os baru 3 cm, so doktor pecahkan air ketuban dan masuk ubat ikut salur darah pulak, lepas tu buat masukkan epidural analgesia untuk kurangkan sakit tapi sama je, macam takde kesan langsung, tekanan darah pun tak turun2 walaupun dah makan ubat, kemudian doktor check semula pukul 7, masih 3 cm dan tiba2 lepas tu, denyutan jantung baby turun dengan cepat sekali, tapi tak lama, naik semula, doktor terus buat decision untuk operate takut baby lemas, masa tu hubby gi solat Maghrib, terus sms bagitau nak operate, masa hubby sampai semua staf dah sibuk prepare aku untuk operate, aku pun tak sempat nak cakap apa2 kat hubby masa tu, sebab hanya fikir pasal baby je, ye lah, aku dah tengok banyak kes2 baby yang lemas, preparation semua very fast, by 8.09 pm, baby dah keluar, Alhamdulillah, baby ok dan takde komplikasi apa2. The next day tu, hubby terpaksa gi Kuantan , ada kursus, so my eldest sister dan anak dia yang tengah bercuti tolong jaga. Hari ke 3, dah boleh keluar. Kiranya delivery ku ni very eventful, sebab semua adik beradik perempuan dan ipar2ku bersalin normal, hanya aku je yang pertama kena operate, adalah sebab musababnya, rahsia ALLAH TAALA sahaja yang tahu.
Actually pregnancy yang pertama end up with abortion at 8 weeks, masa tu kerja jauh dari rumah, hari2 kena drive 1 setengah jam pergi kerja, tapi tak semestinya jadi penyebab, mungkin baby pun tak normal, salah satu sebab yang biasa kalau keguguran pada awal pregnancy. Lepas 1 tahun, dapat pindah balik dekat rumah.
Tapi sekarang ni pun, dah lupa pulak macammana sakit bersalin, ye lah kalau tak, tak bertambah lah umat Nabi Muhammad saw, itu lah salah satu kelebihan wanita, insyaALLAH di beri ganjaran, kena redha dengan semua kesakitan dan kesusahan yang di alami.

No comments:

Post a Comment