Monday, July 25, 2011

UMRAH

Minggu lepas, pergi rumah staf yang dah pencen sebab nak bayar duit upah jahit baju, dia cerita nak gi umrah sebulan bulan Ramadhan nanti, seronoknya, teringat pengalaman semasa aku pergi dengan hubby dulu, kalau boleh nak pergi lagi tapi takde kesempatan, susah nak tinggalkan anak, mungkin tunggu dia besar sikit boleh bawa sekali.
Kami pergi tahun 2007, masa tu aku lepas keguguran, salah satu sebab nak bermunajat depan BAITULLAH mohon di kurniakan anak. Kami pergi sendiri, tak join mana2 group dengan travel agency sebab konon dah ada pengalaman, lagi pun nak sesuatu yang challenging sikit, he.....he.....he.......
Masa sampai kat airport Madinah, kepeningan lah juga nak cari jalan ke Masjid Nabawi, dua2 pun tak pandai cakap Arab, dia orang pulak tak boleh cakap English, signboard kat airport pun tak friendly, last2 minta security guard cari kan teksi bawa gi stesyen bas, naik bas ke stesyen berhampiran Masjid, dah malam masa tu, tak tahu nak tidur mana, dari stesyen tu dah nampak Masjid Nabawi, adalah yang offer teksi bawa ke hotel murah, kami follow je, kawasan tu ramai Pakistan/India yang stay, tak jumpa langsung Malaysian/Indonesian, tapi tak jauh, jalan kaki je ke Masjid. Kalau tak silap stay 1 @ 2 malam kat hotel tu, then kami pindah ke hotel berdekatan , murah sikit. Masa kat Masjid, Alhamdulillah, boleh masuk visit Raudhah, masa tu aku join je group non Malaysian, sebab kalau join yang Malaysia, lambat sikit takut tak sempat. After few days, kami bertolak ke Mekah, masa tu pening lagi sebab tak tahu nak pergi macammana, tanya2 orang kat hotel tu, dapatlah naik bas yang bawa orang2 Pakistan/dan yang semacam dengannya.
Masa sampai Mekah, jumpa dengan kawan hubby yang kerja kat sana, dia dah tolong booking hotel untuk kami, duk bilik kat 1st floor dan hotel pun tak jauh dari masjid. Dah lupa berapa kali buat umrah tapi setiap kali nak pergi, pening sikit nak cari teksi/van pergi berniat kat Miqat sebab kami berdua sahaja, kalau van tu dia nak penuhkan hampir 10 orang tapi Alhamdulillah, taklah susah sangat, dengan izin ALLAH, semua ok.
Masa kat sana berkesempatanlah juga visit ke rumah syura tabligh, kalau tak silap namanya Tuan Hj Salleh, kawan hubby yang bawa. Menarik juga rumah orang kat sini, kat luar nampak macam flat tapi bila masuk besar juga rumah cuma takde halaman, wife dia dah meninggal, so jumpa dengan anak dan cucu perempuan dia, tapi cucu dia dah tak pandai cakap Melayu.
Di samping tu, kami pergi jua mendaki bukit ke Gua Hira, ya ALLAH, punyalah tingginya, takde safety measures pun, sakit dan lenguh kaki ku ni tak boleh nak imagine, sampai satu tahap tu mengalir juga airmata ini, hai cuba bayangkan macammana sahabiah Asma' dan bonda Khadijah mendaki dahulu semasa Nabi Muhammad saw bersembunyi di Gua Hira dulu, at least now dah ada pathway, so senanglah sikit.
Satu lagi cabaran kami, tak cukup duit cash, silap badget, nak bayar duit hotel dan transport ke airport Jeddah nanti, ingat nak pinjam duit kawan hubby tapi sebab kontrak kerja dia dah tamat dan dia pun nak balik tak lama lagi, Bos dia masukkan gaji dia dalam akaun bank kat Malaysia, so tak boleh nak ambil kat sini, duit dia cukup2 untuk dia belanja sementara tunggu masa nak bailk. Itulah, harapkan makhluk sangat, makhluk takde kuasa, hanya ALLAH yang berkuasa, mohon bantuan ALLAH TAALA, itulah yang sebaik-baiknya. Finally, jumpa bank yang boleh bagi advanced cash dengan kad kredit yang hubby bawa, selesai segala masaalah.
Masa nak balik, ingat nak tumpang naik bas dengan satu group dari Malaysia sebab ada kekosongan tapi dia orang nak caj pula, hubby ku ni cepat baran sikit, dia pun tak nak , macam nak ambil kesempatan pula, bukan rugi apa pun sebab dia orang dah di bayar oleh travel agency tu, nak masuk poket dia lah tu. So, kami cari teksi sendiri, ada penjual kedai kat hotel tu contact sepupu dia, kalau tak silap orang Bosnia datang ambil dan bawa kami ke airport. Dalam flight, dapat seat kat tengah, so senang nak solat.
Satu pengalaman yang interesting dan challenging, nak pergi lagi..........azam dan doa!

2 comments:

  1. moga Allah mudahkan urusan akan dtg,,,dah bese kuar2 ni ek,,past da g umrah,best la,,,masyaAllah,,moga di pilih lagi n lagi,,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH, kalau ada rezeki better gi haj dan umrah masa muda2.

    ReplyDelete