Sunday, March 27, 2011

Kenduri

Semalam kenduri aqiqah cucu saudaraku yang kedua, he he he, aku dah jadi nenek, dah tua. Sehari suntuk makan daging kambing je, cuma malam aku makan nasi dan telur dadar je, tapi hubby makan kuzi kambing lagi, dengan roti dan pulut, suka betul dia, lepas tu kepenatan pulak dan pening kepala, hmmm cholesterol dah naiklah agaknya, hari ni kena tukar menu, makan sayur dan buah je. Aku pulak bangun pagi termuntah2, tak keluar apa pun, air je, tapi keletihan juga, malasnya nak gi kerja tapi hari ni kuatkan semangat, malas nak ambik cuti. Sister aku pagi2 lagi dah datang nak ambik bondaku tolong kemas rumah dia yang kenduri semalam, bondaku tu memang rajin benar bab2 gitu.

Cucu saudaraku kedua2nya lelaki, gamatlah nanti, tapi sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan, sama2 aktif. Cucu2 bondaku pun sama jumlahnya lelaki dan perempuan, tapi kalau campur 2 cicit ni, lagi ramai lelaki lah nampaknya. Harap2 jadi insan yang berguna pada agama, boleh berbakti pada orangtua nanti. Hanya ilmu agama sahaja yang dapat menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, lagipun matlamat kita akhirat kan sebab itulah kehidupan yang abadi, dunia ni tempat permainan saja, memanglah banyak nikmat2 keseronokan di dunia ini, tapi di syurga berganda2 lagi, cuma manusia yang selalu lalai, tolonglah bagi peringatan pada saudara mara dan sahabat2 kita, kalau boleh nak semua umat Islam masuk syurga sama, AMIN!

Sunday, March 20, 2011

Kehilangan

Sedih.....sedih.....sedih......salah satu barangku yang berharga telah hilang, semalam baru perasan, tak pasti bila hilang, dah cuba cari sekitar dalam rumah tapi tak ada. Aku ni jarang benar kehilangan barang, tambahan pula yang berharga, sedih betul, tak tahu macamana nak describe perasaan ni, mula fikir yang bukan2, apakah ini satu petanda yang tak baik, tidur semalam pun mimpi tak elok, apa nak buat ni? Hubby suruh buat solat hajat tapi tak sempat lagi, bangun pagi tadi orang dah azan Subuh. Doa semoga dapat jumpa semula, masih menaruh harapan, ya ALLAH, bantulah hambamu ini, mungkin ini satu peringatan kepadaku yang semakin lalai dari mengingatiMU?

Monday, March 14, 2011

Aktiviti hujung minggu

Hari ni cuti, baru balik dari KL semalam, penat, nak berkemas. Bertolak hari Jumaat pkl 4.30 pagi, sampai KL pkl 12 tghari, singgah rumah sister-in-law kat PJ, hubby gi solat Jumaat, lepak sampai pkl 4 ptg, then bertolak ke Putrajaya, kawasannya luas, takde traffic jam, tapi berpusing2 juga nak cari rumah niece sebab tak biasa dengan area ni. Sementara tunggu dia balik kerja, kami singgah kat masjid Putrajaya, hmmm ramai tourist kat sini, memang buat masjid untuk tourist ke atau untuk solat, just wonder berapa org yang solat jemaah 5 waktu kat sini. Hari Sabtu, hubby hantar gi Hospital Putrajaya sebab aku ada kursus, terpaksa bawa niece jadi guide takut tersesat, he he he. Kursus habis pkl 3.30 tp terpaksa tunggu kejap sebab si kecil tidur, kena kejutkan dulu sebelum datang ambil aku, tapi sikecilku jenis yang ok, kalau kena kejutkan dari tidur pun, dia tak nangis atau buat hal, actually sikecilku ni senang nak di didik, Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab dia tak banyak kerenah dan mudah di ajar.

Sebelum bertolak balik ke KB, singgah rumah kawan dulu kejap kat Sg Merab, dah lama tak jumpa, cit cat jap, lepas tu 6 ptg, kami bertolak balik, singgah kat Gua Musang, tidur kat Kesedar Inn sebab hubby penat dan ngantuk, biasa kami bergilir memandu tapi sebab sekarang ni, aku mudah sakit belakang, terpaksalah hubby drive sorang2. Next day, lepas breakfast, baru kami balik ke KB. Lepas Zuhur, bawa sikecil pergi ambil bonda di rumah kakakku, biarlah hubby tidur , dia kepenatan, kalau sikecil ada, mesti kacau abah dia nak tidur. Lepas Asar, pergi kenduri pulak, aku makan banyak, he he he, sedap gulai kawah! Malam dah kepenatan, terus tidur, mujurlah si kecil pun tidur awal. So, hari ni misi nak mengemas kain baju dan rumah, harap2 misi ku berjaya, macam letih lagi ni, tapi 1st job dah settle - basuh baju, next - kemas rumah..............