Sunday, March 27, 2011

Kenduri

Semalam kenduri aqiqah cucu saudaraku yang kedua, he he he, aku dah jadi nenek, dah tua. Sehari suntuk makan daging kambing je, cuma malam aku makan nasi dan telur dadar je, tapi hubby makan kuzi kambing lagi, dengan roti dan pulut, suka betul dia, lepas tu kepenatan pulak dan pening kepala, hmmm cholesterol dah naiklah agaknya, hari ni kena tukar menu, makan sayur dan buah je. Aku pulak bangun pagi termuntah2, tak keluar apa pun, air je, tapi keletihan juga, malasnya nak gi kerja tapi hari ni kuatkan semangat, malas nak ambik cuti. Sister aku pagi2 lagi dah datang nak ambik bondaku tolong kemas rumah dia yang kenduri semalam, bondaku tu memang rajin benar bab2 gitu.

Cucu saudaraku kedua2nya lelaki, gamatlah nanti, tapi sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan, sama2 aktif. Cucu2 bondaku pun sama jumlahnya lelaki dan perempuan, tapi kalau campur 2 cicit ni, lagi ramai lelaki lah nampaknya. Harap2 jadi insan yang berguna pada agama, boleh berbakti pada orangtua nanti. Hanya ilmu agama sahaja yang dapat menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, lagipun matlamat kita akhirat kan sebab itulah kehidupan yang abadi, dunia ni tempat permainan saja, memanglah banyak nikmat2 keseronokan di dunia ini, tapi di syurga berganda2 lagi, cuma manusia yang selalu lalai, tolonglah bagi peringatan pada saudara mara dan sahabat2 kita, kalau boleh nak semua umat Islam masuk syurga sama, AMIN!

No comments:

Post a Comment