Monday, April 4, 2011

Busy...busy...busy

Busy...busy...busy... hai banyaknya paperwork nak kena buat bulan ni, nak buat internal audit ISO lagi....boringnya, bukan apa tak tahu nak buat camno, member dalam group pun dua kali lima je, sama2 tak berpengalaman. Now dok tengah baca dokumen2 semua , pening , tak tahu nak audit apa, buat ajelah yang termampu, plan nak gi buat petang esok, insyaAllah dapat bereskan esok. Lepas tu nak kena prepare untuk kursus pulak, ada 2 kursus bulan ni, nak kena prepare lecture jugak untuk kursus tu,  tengah dok cari material ni, hmmm bukan senang nak buat presentation, takut orang boring je dengar lecture, kena masukkan gambar banyak sikit kut.

Si kecilku demam sejak hari Khamis lagi, panas betul, dia cakap sakit dalam mulut, tak nak susu dan sikit sangat makan, dahlah tu, dia ni susah makan ubat, langsung tak nak telan ubat, terpaksa bagi suppository PCM , ok lah demam turun, tapi lepas tu panas balik, aku dah ambil antibiotik tapi tak bagi lagi sebab sure dia tak nak makan nya, macammana nak buat ni, abah dia pun takde, gi Kemboja sejak hari Jumaat lagi, ada ijtimak kat sana, hari Rabu nanti baru balik. Bila anak sakit memanglah tertekan sikit, dugaan besar tu sebab asyik merengek je, nak suruh dukung lah, tidur pun tak lena, asyik terjaga dan nangis2, aku dahlah tak sihat sekarang ni, nak dukung dia ya Allah dah berat benar, tapi inilah cabaran dalam hidup ni, takkan asyik nak senang je, kena belajar erti kesusahan, kena sabar lah kan, insyaAllah nanti ada ganjarannya, especially kalau seorang ibu bersabar terpaksa berjaga malam kerana anak sakit. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ujianMu, jangan harapkan suami, hanya harap dan minta tolong pada Allah Taala sahaja, tapi kalau suami ada tu, lega sikit, he he he.........

No comments:

Post a Comment