Monday, March 14, 2011

Aktiviti hujung minggu

Hari ni cuti, baru balik dari KL semalam, penat, nak berkemas. Bertolak hari Jumaat pkl 4.30 pagi, sampai KL pkl 12 tghari, singgah rumah sister-in-law kat PJ, hubby gi solat Jumaat, lepak sampai pkl 4 ptg, then bertolak ke Putrajaya, kawasannya luas, takde traffic jam, tapi berpusing2 juga nak cari rumah niece sebab tak biasa dengan area ni. Sementara tunggu dia balik kerja, kami singgah kat masjid Putrajaya, hmmm ramai tourist kat sini, memang buat masjid untuk tourist ke atau untuk solat, just wonder berapa org yang solat jemaah 5 waktu kat sini. Hari Sabtu, hubby hantar gi Hospital Putrajaya sebab aku ada kursus, terpaksa bawa niece jadi guide takut tersesat, he he he. Kursus habis pkl 3.30 tp terpaksa tunggu kejap sebab si kecil tidur, kena kejutkan dulu sebelum datang ambil aku, tapi sikecilku jenis yang ok, kalau kena kejutkan dari tidur pun, dia tak nangis atau buat hal, actually sikecilku ni senang nak di didik, Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab dia tak banyak kerenah dan mudah di ajar.

Sebelum bertolak balik ke KB, singgah rumah kawan dulu kejap kat Sg Merab, dah lama tak jumpa, cit cat jap, lepas tu 6 ptg, kami bertolak balik, singgah kat Gua Musang, tidur kat Kesedar Inn sebab hubby penat dan ngantuk, biasa kami bergilir memandu tapi sebab sekarang ni, aku mudah sakit belakang, terpaksalah hubby drive sorang2. Next day, lepas breakfast, baru kami balik ke KB. Lepas Zuhur, bawa sikecil pergi ambil bonda di rumah kakakku, biarlah hubby tidur , dia kepenatan, kalau sikecil ada, mesti kacau abah dia nak tidur. Lepas Asar, pergi kenduri pulak, aku makan banyak, he he he, sedap gulai kawah! Malam dah kepenatan, terus tidur, mujurlah si kecil pun tidur awal. So, hari ni misi nak mengemas kain baju dan rumah, harap2 misi ku berjaya, macam letih lagi ni, tapi 1st job dah settle - basuh baju, next - kemas rumah..............

No comments:

Post a Comment