Sunday, July 3, 2011

No title

Suami dah selamat berangkat hari Jumaat lepas, dalam negara je, cuma tak tahu kat mana lagi. Tahun lepas keluar ke Sri Lanka, masa tu tak di benarkan bawa handphone, so no contact selama 40 hari, tapi aku cool aje, dah biasa, cuma kali ni sebab kesihatan kurang mengizinkan, rasa susah sikit lah bila suami tiada, nak uruskan si kecil dan buat marketing sebab doktor tak bagi angkat barang2 berat. Tapi dua hari cuti ni, si kecil asyik nak di dukung je sebab dia demam, semalam pun demam lagi, panas sangat, tidur pun tak lena, terpaksa bagi ubat suppository, dia susah sangat nak makan ubat, hari ni hantar gi rumah maid, harap2 demam dah beransur baik. Kalau sihat, dia ok je tak buat hal.

Tahun ni keluar 2 bulan, biasa 40 hari je, so malam Raya baru balik. Seorang teman ku, sedang pregnant anak ke 3, suami dia keluar 4 bulan, luar negara, maybe balik malam Raya juga, senasib kita Mama Anis. Kita pun dah lama tak jumpa, masing2 sibuk dengan kerja. Nanti jumpa boleh chit chat sikit.

No comments:

Post a Comment