Sunday, July 22, 2012

Ramadahan 1

Banyak sangat benda nak tulis tapi waktu tak mengizinkan, nak guna tab tak seronok sebab kecil, almaklumlah dah masuk usia rabun dekat ni, nak bawa laptop malas pulak rasanya unless kalau ada presentation nak buat. Kat rumah sori lah takde masa nak melayan internet, tab sure fully occupied by anakku, now dah pandai download games dan tengok cerita kat youtube, ada yg mengajar tu, sebenarnya aku tak suka bila dia pandai benda2 gini, nanti dah masuk sekolah, takut susah pula nak control, tapi setakat ni nampak ok sebab dia biasanya mudah jemu sikit dengan sesatu perkara tu, harap2 dengar kata. Hubby now kat Saharanpur, tak pernah dengar sebelum ni, maybe small town agaknya, apa2 pun doa semoga sentiasa sihat, selamat sejahtera dan insyaAllah dapat capai maksud dan tujuan ke sana. Aku kat sini, macam tu juga, bila lah nak bertambah amal ni, asyik bertangguh2 je, tarikh mati boleh tangguh ke? Hmmm, mana boleh, setiap detik yang berlalu tak mungkin kembali lagi, kalau tak di isi dengan amal, memang rugi sangat2. Kena azam sungguh2, datang kerja niat kerana Allah, semua benda pun niat kerana Allah, kena bersyukur dengan segala nikmatnya, jangan fikir apa yang kita tak ada, kalau doa tak di makbulkan sekarang, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik di kemudian hari. Kena selalu ingatkan diri, masa drive, seronok dapat dengar IKIM sebab banyak tazkirah dan peringatan2. Bila hubby tak ada, kadang2 rasa relax sikit, macam lunch hour masa tak puasa, tak perlu terkejar2 balik rumah sebab kena lunch dengan hubby, kalau aku tak balik, hubby memang tak makan sorang2. Baiklah tempat kerja tak jauh sangat da jalan tu bolehlah tahan, tapi kalau ada meeting ke petang memang tak sempat balik juga. Bulan puasa pula tak perlu nak fikir pasal menu, makan sendiri sempoi aje, hubby memang tak cerewet, cuma sebagai isteri biasalah kan nak buat yang terbaik untuk suami. Ada lebih masa sikit untuk diri sendiri, he he he. Cuma kadang2 tu kesian kat anak2, asyik tanya je, masa mula2 hari tu selalu tanya tapi ni dah lebih 2 minggu, dah kurang sikit tapi kalau kena marah dan nangis, mula lah panggil abahnya. Kena layan dia main bola, main perang2 lah dan macam2 nak buat untuk occupy masa dia supaya tak ingat sangat pada abahnya.

No comments:

Post a Comment