Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN

Ramadhan kembali, Alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk bersama-samanya, peluang utk menambahkan amal soleh, ganjaran insyaAllah berlipat kali ganda, dan azam supaya dapat istiqamah juga di bulan-bulan yang seterusnya. Bila hubby keluar ni, rasa lebih dekat dgn Allah, salah satu method yg baik untuk kita refresh iman yg selalu dok turun naik ni, sbb kita boleh train minda untuk harap pada Allah sahaja , makhluk tiada kuasa, Allah saja YANG MAHA KUASA, nak sebut senang tapi nak sematkan dalam jiwa susah, kena selalu ingatkan diri sendiri dan cakap tentang kebesaranNYA , ramai yang tak faham konsep ni..... Dalam family ku tak ada sesiapa yang ikut tabligh, so pandang serong tu biasa, ye lah kan keluar 4 bulan tinggalkan anak isteri , tak nampak pulangannya kat dunia ni, hmmm tapi kalau kerja di luar negara lama2 pun tak apa tinggal anak isteri sebab dapat gaji tinggi..puluh-puluh ribu.....kesian duniawi je dalam pemikiran, macammana akhirat nanti, siapa nak tolong selain dari amal soleh? YA ALLAH, bantulah hambamu ini, tetapkan imanku ini, aku ingin bersama suami dan anak-anakku di syurga MU...AMEEN!!!

No comments:

Post a Comment