Monday, April 8, 2013

Aktiviti hujung minggu

Sabtu malam yang lepas, kami ke KL, bertolak malam, sampai KL just before Subuh, hubby yang drive, singgah kat rumah SIL kat PJ, lepas tu rehat jap, then bertolak ke Shah Alam, check in, then attend majlis akad nikah anak saudara hubby buat kat Hotel Concorde, tapi aku dok sekejap je dalam majlis , anakku tak boleh dok diam, main kat luar dewan asyik berlari sana sini , lepas tu campak kopiah dia ke tingkat bawah dan kemudian lari turun tangga , asyik ulang buat yang sama, penat sungguh nak melayan dia, makin besar makin aktif. Lepas makan, kami gi swimming pool, sebelum ni dia selalu takut dgn air, inilah first time berani masuk pool, seronok betul, samapi kepenatan sebelum Maghrib dah lena sampai pagi. Masa breakfast pun tak boleh dok diam, habis pusing dining hall berkali-kali, lepas breakfast, gi swimming pool lagi sampai pukul 10, ada 2 minah salleh turun nak berjemur dengan bikininya, kami pun terus naik, tak sanggup nak tengok. On the way balik, singgah Batang Kali jumpa kawan lama ku, buat surprise sebab tak inform kami nak pergi, terkejut dia orang, both husband and wife kawanku masa undergrad dulu, borak2 then gi lunch,

No comments:

Post a Comment