Sunday, August 28, 2011

28 Ramadhan

Ada 2 big event weekend yang lepas, satu good news dan satu bad news. Bonda ku telah di masukkan ke wad pada hari Jumaat sebab demam denggi, dia mula demam hari Selasa lagi tapi check darah makin teruk, so aku bawa untuk masuk wad hari Jumaat tu, Kawasan rumahku memang serius juga masaalah denggi ni, boleh di katakan setiap 2 minggu ada fogging, jiran sebelah pun admit wad 2 minggu lepas sebab denggi. Kesian bondaku sebab orang tua, bila takde selera makan, memang letih lah, lagi pun demam denggi ni memang akan rasa sakit2 satu badan, aku berdoa semoga bondaku cepat sembuh, ye lah kan lusa dah nak Raya, kalau boleh tak nak lah beraya kat hospital.

Good news - hubby dah balik awal pagi semalam sebelum Subuh dah sampai rumah, ye lah dah 2 bulan kan tak jumpa, mula tu cakap nak bertolak pagi, tapi tup2 pukul 4.30 am call bagitau dah sampai. Tapi kepenatan lah sebab drive sorang2, walaupun ada kawan tapi biasa hubby tak trust kawan2 bawa kereta dia. Dan satu lagi aku dapat handphone baru, hubby beli kat KL, thank you very much my dear. Tapi dalam kegembiraan ini, memang sedih juga lah kan sebab bonda masih di hospital, abang2 yang kat KL dan Terengganu dah balik , kakakku yang di Terengganu mungkin sampai hari ni, dia orang biasa memang berlabuh di rumahku sebab bonda tinggal denganku, cuma masaalahnya bab2 makan ni kenalah settlekan sendiri, sebab aku ni kurang arif sikit bab masak-memasak ni, lagipun, sibuk dengan si kecil dan keadaanku yang sedang sarat ni, memang tak larat, rumah pun tak habis berkemas lagi, hari ni kerja, esok cuti nak try settle apa2 yang patut, lagipun Raya pertama nanti aku kena kerja, saja request sebab dah plan siap2 tahun depan nak cuti panjang masa Raya, biasanya kami semua memang bergilir siapa yang kena kerja masa Raya, dah kerja macam ni, takde pilihan sampai lah pencen.

Tadi pergi klinik ada temujanji jumpa doktor, doktor kata semua ok, cuma sebab aku dah buat keputusan nak bersalin secara normal, dia explain risiko2 nya bagi orang yang pernah bersalin secara operation macam aku ni, aku berdoa siang malam agar dapat bersalin normal, insyaALLAH, makbulkanlah doaku ya ALLAH, AMIN!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTRI & MAAF ZAHIR BATIN.


No comments:

Post a Comment