Sunday, September 4, 2011

Post RAMADHAN

Back to work.....sebenarnya Raya pertama dan keempat pun kerja juga, so taklah bercuti sangat pun....tahun ni kurang sikit beraya......sebab kerja dan bonda pun masih belum sihat lagi, discaj dari hospital sehari sebelum Raya....itupun sebab minta sangat2 dengan doktor, walaupun darah tak normal lagi..... doktor izinkan balik, next day Raya pertama, check darah saja, better tapi sebab umurnya dah 70 tahun, so sekarang masih tak berapa sihat, takde selera makan lagi. Nasib baiklah kakak iparku yang orang Johor tu balik, so dia yang masak malam Raya tu, aku tolong je setakat yang mampu, alhamdulillah semua berjalan lancar, ye lah, sebab bonda ada kat rumahku, so semua adik-beradik akan datang makan kat rumah di pagi Raya, lepas tu baru gi rumah kakakku yang sulung pula, biasa itulah rutin kami setiap kali Raya. Tahun ni, rumahku masak nasi Bukhari sama macam tahun lepas, taklah susah sangat sebab rempah ready made, rumah kakakku nasi dagang.

Hari Raya ke 3 tu, kakakku yang kedua buat majlis pertunangan anaknya yang pertama, tapi aku tak sempat nak tunggu majlis berlangsung sebab pergi rumah dia pukul 8 lagi, pukul 10 si kecilku dah ajak balik, dia bukan boleh duduk lama2 rumah orang lain, so pukul 10 kami balik, rombongan pun sampai, tak sempatlah aku nak kenal dengan bakal menantu nya.

Raya ke 3, kedua-dua abangku yang stay kat rumahku dah balik ke KL dan Terengganu, so rumah kembali sepi, tapi sampai hari ni aku tak sempat nak berkemas lagi, sebab kerja dan penat, hari tu check , baby dah turun sikit (head engaged),  so tak selesa betul bila duduk bangun, kaki pun dah semakin bengkak. Semakin dekat EDD, semakin berdebar-debar, doa setiap masa dapat bersalin normal dan everything goes right, InsyaALLAH, makbulkanlah doaku ini ya ALLAH, walaupun dalam keadaan stress ni, kena tenangkan fikiran supaya takde effect kat baby.

2 comments:

  1. bese la tu,,,,setiap hari raya,mesti ada perbezaaan ny,,,mcm sy,,thun ni raya tnpa fmily di sisi,,,lgi sebak,,:(

    ReplyDelete