Sunday, September 11, 2011

Menanti Saat Kelahiran

Sejak hari Selasa minggu lepas dah mula ada irregular contraction, dah check dengan Dr, so far baby ok, hari ni pun ada appointment tadi, dah masuk 38 minggu ni, memang tak selesa sangat sebab baby pun dah turun bawah sikit, tapi masih kerja lagi , sayang pula nak ambil cuti, nak simpan untuk lepas bersalin nanti. Hari ni hubby hantar datang kerja. Banyak pula kerja hari ni, break sekejap 15 minit gi jumpa Dr, baiklah dah takde pesakit  kat Klinik O & G tu, so tak perlu tunggu, terus masuk jumpa Dr. Kerja aku dekat 1.30 pm baru habis, solat Zuhur, then makan roti dan air kosong je,  staf yang biasa tolong beli food sibuk kat gerai jabatan sebab hari ni ada jamuan Raya untuk semua jabatan, mula pukul 2 nanti, tapi aku tak laratlah nak pergi sebab tempat jamuan tu jauh dari office ku, takpe lah , nanti 15hb. ada jamuan khusus untuk jabatan kami sahaja tapi tak tahulah sempat ke tidak dengan aku. Nanti balik lunch dengan hubby lah, dia kata nak datang pukul 3, nak balik awal sikit, nak rehat sebab kalau duduk lama2, memang sakit pinggang ke bawah.

Hmmm......... bila dah dekat waktu ni, semakin rasa berdebar-debar, takut pun ada, setiap kali solat doa supaya dapat bersalin normal dan takde komplikasi, kalau boleh lepas bersalin pun nak minta balik terus, tak boleh duduk lama2 kat hospital ni, takde orang nak jaga , si kecil kat rumah pun susah lah nanti, sebab bonda pun masih belum betul2 sihat lepas recover dari demam denggi tempoh hari. Ya ALLAH, perkenankanlah doa hambaMu ini, hanya kepadaMu aku berserah, Amin!

2 comments: