Thursday, September 29, 2011

Kelahiran bahagian 2

Tak dapat nak tahan airmata bila terpaksa operate juga, besarnya ujianMu terhadapku ya Allah. Masa tu dah ada kes yg lebih emergency, so kena tunggu lagi, sakit dah mula kuat semula, rasa sangat2 tak tahan, pukul 1 baru tolak masuk OT, sekarang operate memang bius separuh @ spinal anaesthesia, lagipun dah ada epidural line, so senang je teruskan ubat bius melalui situ tapi yg peliknya dah beberapa kali Dr check, aku masih boleh rasa ketajaman pisau itu. Aku tawakkal je suruh dia orang teruskan operation tu sebab aku mahu segalanya berakhir dengan segera. Dapat ku dengar Dr bius dah bagi macam2 ubat padaku untuk hilangkan kesakitan itu, hanya pada Allah sahaja aku berserah semoga segalanya berakhir dengan segera. Tepat jam 1.52 pm lahirlah seorang puteri ke dunia ini, 3.35 kg dengan selamatnya. Syukur Alhamdulillah! Lepas bersalin, masaalah lain pula, takde sesiapa yg boleh menjagaku di hospital, itu pun salah satu sebab aku tak nak operate, susah nak gerak dan jaga baby, mujurlah anakku telah di masukkan ke wad nursery untuk observation, so walaupun Dr dah benarkan baby ku discaj tapi aku minta dia orang jaga sampai hari aku di benarkan keluar. Bondaku dah tua sangat, tak sampai hati aku nak dia dok hospital menjagaku, suamiku terpaksa jaga anakku yg pertama tu sebab malam dia tak biasa tidur dengan orang lain. Hari kedua aku minta discaj walaupun biasanya kalau operate hanya hari ketiga di benarkan pulang. Dr pun memahami dan dia izinkan aku balik pada hari kedua. Esok insyaAllah kami akan adakan kenduri aqiqah dan nama hanya akan di umumkan pada esok hari. Abah dan ummi berdoa agar puteri akan menjadi seorang anak yg solehah dan di lindungi dari segala hasutan syaitan dan tipudaya duniawi. Amin!

No comments:

Post a Comment