Tuesday, August 2, 2011

AGM Persatuan

What a relief! Lega sangat2, syukur Alhamdulillah, 28 July hari tu dah buat AGM untuk persatuan yang aku jadi Bendahari nya, so hari ni dah kemas kini semua fail-fail berkaitan nak pass over kat Bendahari baru. Memang sangat2 memeningkan kepala jadi Bendahari ni, dah 2 tahun, cukuplah, ye lah, main dengan duit ratus2 ribu, bukannya sikit, hari tu pun ada masaalah sikit sebab salah seorang ahli buat hal berkaitan duit jabatan nya dalam akaun persatuan, dah terang lagi bersuluh dia yang buat silap tapi tak nak mengaku, terpaksalah kami buat keputusan ikut rentak dia, yang penting kami di pihak yang benar dan kebenaran akan terserlah di kemudian hari nanti.
Tapi yang sedih pasal AGM ni, macam biasa lah, tak ramai yang attend tapi nak guna khidmat persatuan, begitulah sikap manusia yang mementingkan diri sendiri, tak mahu bagi commitment. Actually semua AJK yang baru di lantik pun tak datang AGM tapi dah dapat verbal consent sebelum tu untuk bagi persetujuan di lantik, kalau tak berkuburlah persatuan ni.
Yang penting, tugasanku dah selesai, cuma tunggu temujanji dengan Bendahari baru nak serahkan semua tanggungjawab pada dia.

No comments:

Post a Comment