Tuesday, January 18, 2011

Cuti-cuti

Baru balik dari kerja ni, ok lah, tak busy sangat, harap2 cool je malam ni dan takde gangguan. Si kecil pun dah tidur, apa lagi, mengadap komputer je lah. Esok cuti nak temankan bonda gi Klinik Pakar untuk follow up, bonda ada diabetes dan hypertension tapi tak serius, bonda ku ni seorang pesakit yang sangat bagus, compliance dengan ubat dan betul2 jaga makan.
Lusa pun cuti nak hantar husband gi airport , dia nak gi Ijtima' Tonggi, 27hb nanti baru balik, lepas tu janji dengan staf nak gi beli hadiah untuk beberapa orang staf - nak kahwin, bertukar, aku ni di kira macam pegawai sosial juga lah di jabatanku, kalau bab2 beli hadiah ni memang sebahagian dari tugasku, kalau sempat nak gi buat facial atau spa, tengoklah dulu. Seminggu husband takde, merdeka........... ? He he he, takde lah, kena banyakkan amal dan doa untuk husband dan semua yang terlibat dalam usaha ini, juga untuk semua umat Muhammad saw. Orang2 yang tak memahami mesti pelik sebab husband kami selalu tinggalkan kami untuk usaha ini, tapi kalau tak kerana usaha ini pun, ramai suami2 yang selalu tinggalkan isteri sebab urusan kerja atau kursus ke, mesyuarat ke... kenapa yang tu tak di persoalkan pulak. Banyak2 doa hidayat untuk semua.
Nanti 27hb masa husband balik pun nak cuti, kenalah spend masa dengan dia, almaklumlah seminggu tak jumpa kan, lagipun cuti ku banyak lagi, carry forward dari tahun lepas sebab aku ni jarang benar ambik cuti. Ya lah, kalau cuti pun tanpa rekod sebab gi kursus, kalau saja2 nak cuti gi holiday susah sikit banyak halangan tapi azam tahun ni nak cuba patahkan halangan tu dan nak gi holiday juga, insyaALLAH.

No comments:

Post a Comment