Monday, January 17, 2011

DUIT-DUIT

Hai melayang duitku RM 310.00 hari ni, bayar jubah baru 3 helai dan skin care product, memang senang duit melayang, balik rumah nanti mesti suamiku tegur bila tahu buat baju baru, actually sekarang ni dah kurang dah beli baju, azam nak buat setahun sekali je dan Hari Raya sekali, biasanya kalau beli yang baru, aku akan sedekahkan baju lama, aku tak suka simpan baju2 yang dah tak pakai. Jubah kalau beli yang dah siap tak sesuai   denganku sebab biasa terlebih labuh dan ada plating atau zip kat belakang, tak minat yang macam tu, masa kerja pakai baju kurung, jubah ni untuk di luar waktu kerja atau kalau kerja malam, simple dan sempoi. Baju kurung pun dah tempah 3 helai, tapi tak siap lagi, tukang jahit different dengan yang jahit jubah. So, nanti kena pilih beberapa helai baju lama, samada nak bagi anak saudara atau kat madrasah. Nanti tak nak lah kena soal di hari kemudian sebab membazir, bukankah kita akan di soal tentang semua perkara termasuk pakaian2 kita kalau banyak dan tak guna. Salah satu pesanan untuk wanita kan hidup sederhana,so kenalah praktis, jangan pandai cakap saja tapi tak amal. Masa gi program, cakap penuh semangat tapi balik rumah tak berubah juga, ingat senang ke nak amalkan sunnah, banyak cabaran dan dugaan, mudah terpengaruh dengan environment pun satu hal, kena azam lebih kuat, tak mahu jadi hipokrit - peringatan untuk diri sendiri juga. Bila sentuh bab hipokrit ni, banyak pengalaman menarik, nanti lah lain kali kita story.
Skin product sekarang pakai yang order dari Bangkok, seorang je pengedar kat Malaysia ni, so kadang2 sukar sikit nak dapat stok, kan banjir kat border hari tu. Walaupun dari sana, tapi ada sijil halal (international). Bagus product ni, memang ada perubahan, ye lah, bila usia dah meningkat ni, kena lah guna benda2 macam ni, nak maintain luaran dan dalaman, untuk suami tercinta juga, bukan untuk orang lain, lagipun, aku ada skin allergy, tak boleh makan seafood, tapi kadang2 makan juga sebab tergoda dengan keenakkannya especially udang is my favourite, tapi now ni, makin teruk simptom allergy , so terpaksa lah berkorban. Kalau ada sesiapa nak cuba product ni, bolehlah contact, nantiku introduce kat dealer dia.

2 comments:

  1. ummu wafi,,baju tuh nanti lau nak sedekah kat bibik i pun ok jugak..pasal produk tuh i pun minat jugak..xkan u sorang nak cantik i mcm mna?hiihih....pasal amal sunnah ni mmg susah tp kita sama2 usaha.....org lama pun @#$%%%^^^&&&&* apatah lg kita org baru....xpelah yang penting 'kita'

    ReplyDelete
  2. Nak kena pilih2 dulu baju tu, bibik mama anis saiznya gimana? Pasal product tu nanti ummu wafi tanya dealer bila boleh buat demo kat your office - nanti boleh ajak member lain juga.

    ReplyDelete