Thursday, January 13, 2011

Kelahiran

Sebelum masuk ofis tadi, singgah jumpa kawan sakit nak bersalin anak pertama. Aku doakan semoga selamat semuanya, os baru 4 cm, first baby, lambat lah lagi, hanya org2 yang pernah melaluinya sahaja yang tahu bagaimana sakitnya bila nak melahirkan anak. Teringat masa ku lahirkan si kecil dulu, terpaksa underwent Emergency LSCS sebab hypertension dan fetal bradycardia. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan selamat,  now dah lupa pun macammana sakitnya masa tu, begitulah fitrah manusia, hmmm kalau tak macammana umat Rasulullah saw nak bertambah. Masa pregnant dulu, tiap2 hari solat hajat dan sempat khatam Quran 3 kali. Ingat lagi his first word was 'ALLAH' , now pun kalau dia terkejut ke, mesti dia sebut ALLAH dulu, selalu juga ikut aku solat. Dia ni sangat rapat dengan abahnya, tapi kalau bagitau abah nak gi masjid, dia takkan nangis nak ikut, kalau nak pergi tempat lain, mesti nak ikut. Doaku semoga anakku menjadi org yang soleh dan seorang daie. Amin!

2 comments:

  1. semoga wafi jd ank yg soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat... inilah kita naluri seorang ibu mudah sayang pada kanak2...hidup ku ini bersemangat demi ank2...hidup ni mmg hebat dugaan....Allah je yg tahu..apa yg pernah aku luah kan pada suami aku sedih ,,,,aku sayangkan ank2 'org' aku fikir masa depan mereka..tetapi kenapa 'org' tak fikir pasal ank2 aku...apa dosa ank2 aku...pernah aku tersedu sedu menangis berdoa..semoga Allah beri kasih sayangNYA pada ank2 aku...maaf ..terluah perasaan dalam blog ini...tiba sensitif..kerana hati rindukan ank2 di rumah...makin lama makin berat utk tingalkan ank2..tp jiwa mama anis harus kuat...perjuangan hidup perlu di teruskan ..demi mu ank2 ku,,,dan demi ibuku ....ummu wafi pasti mengerti perasaan ku.....

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH sama2 kita doa, takpe mama anis, kalau kita luahkan perasaan , boleh bantu lapangkan dada, hanya ALLAH TAALA sahaja YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENYAYANG, semoga kita di beri kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini, AMIN!

    ReplyDelete