Friday, January 7, 2011

Isteri tua di tetak isteri muda

Tadi kat Buletin Utama ada story menarik - isteri muda tetak isteri tua sebab cemburu kat Jitra, hmmm cerita org berpoligami ni macam2, cuma kalau isteri tua yang tetak isteri muda tu taklah pelik sangat, ini terbalik kut pulak. Bukan senang nak berlaku adil dalam poligami ni, sebab kadang2 persepsi adil tu maybe tak sama bagi suami, isteri pertama atau isteri kedua walaupun semua tu dah jelas tertulis dalam hukum syariah. Sedalam mana pun ilmu agama seseorang tu, sangat sukar untuk terima hakikat  di madukan, maybe mulut boleh cakap redha tapi dalam hati ALLAH TAALA sahaja yang tahu, terpaksa redha sebab perkara dah berlaku. Kalau sikap dan penampilan dah berubah, maknanya tak redha lah tu, wah panadai pulak aku berfalsafah. Apa2 pun aku doakan semoga isteri tua yang di tetak tu selamat dan suami kena muhasabah diri, dan perbetulkan keadaan, mohon petunjuk dari ALLAH TAALA. Kepada suami2 yang nak berpoligami, kena fikir masak2, minta advice dari yang lebih berpengalaman dan yang penting sekali buat solat istikharah nak pastikan samada pilihan yang di buat itu betul. Kepada calon2 isteri kedua pun, kena fikir masak2, jgn ingat sebab jadi yang kedua suami akan bagi priority, tak semestinya, mungkin lagi tak bernasib baik especially kalau isteri pertama tu dominan, sure suami kena control, dan isteri kedua yang jadi mangsa. Alamak, dah meleret2 ni, aku ni bukan pakar dalam bidang ni, cuma bagi pendapat berdasarkan pengalaman2 staf dan beberapa org yang di kenali. Kalau ada yang tak setuju, sorry lah ya!

3 comments:

  1. mmg saya pun ada baca metro hari ni pasal isu ini....apa yg saya baca isteri pertama kata,isteri ke2 cemburu sbb kalau pergi mana2 bwk dia,xpernah bwk yg muda...so mcm mana? duduk pula serumah,,,macam mana tu? mmg pelik kalu isteri ke2 tetak isteri pertama...kalau isteri pertama tetak isteri mke2 mungkin logik...pd saya pasti ada perkara yg membuatkan isteri ke2 hilang sabar...Allah saja yang tahu.....

    ReplyDelete
  2. Setuju opinion Mama Anis, kalau takde angin, pohon takkan bergoyang, so di nasihatkan tak boleh duduk serumah walau baik macamana sekalipun.

    ReplyDelete
  3. saya cukup x setuju tinggal serumah...mungkin jugak kan isteri ke2 rasa terasing dan seperti menumpang rumah je kan...kalau isteri pertama tunjuk kuasa lagi lah tension...
    huhhhh......sindir menyindir pulak...pendek kata x payah la nak cakap boleh baik2..

    ReplyDelete