Tuesday, January 25, 2011

TUTUP RAMBUT VS TUTUP AURAT

Semenjak hari Jumaat lagi, selsema dan batuk, tak selesa sangat, malam2 tak lena tidur, malas nak ambil cuti sebab kalau cuti pun, sama je, makin letih. baik kerja sebab taklah sibuk sangat, manageable. Semalam keluar gi beli tudung dan colouring items untuk si kecil, bukannya pandai buat colouring lagi, conteng2 je. Nak update blog pun takde mood, hari ni rasa ok sikit, so ingat nak luahkan pandangan sikit pasal aurat wanita, bila beli tudung semalam, teringat pasal isu ni. Banyak yang ku baca dalam blog2 lain pasal isu tudung zaman sekarang yang di pakai untuk menutup rambut, bukan untuk menutup aurat. Aurat bukan setakat rambut sahaja, tapi lebih dari itu, rasanya semua dah maklum dengan perkara ni, tapi mungkin ilmu belum mencukupi atau godaan dunia lebih mencabar. Walaupun di negeriku ini, lebih ramai yang bertudung tapi kalau tengok pakaiannya, dengan t shirt lengan pendek/baju/seluar ketat - tudung pun kecil/hanya menutup leher je sedangkan dada terdedah, sesetengah tu rambut panjang di lepaskan dalam tudung so terkeluar kat belakang dari tudung yang singkat tu, hmmm memanglag kalau nak di bandingkan dengan zaman dahulu, lebih ramai yang pakai tudung di zaman ini, tapi dulu yang pakai tudung memang betul2 nak menutup aurat bukannya nak glamour macam zaman sekarang.
Bila di fikirkan betul2, siapa yang bertanggungjawab? Kita lah kan yang ada sedikit ilmu ni kena ambil berat dan bantu supaya amal selari dengan syariat. Bukan tanggungjawab yang mudah, sebab kalau tengok kat tv tu, ustazah2 yang muncul kat tv tu glamour2 semua , dengan tudung yang pelbagai, baju yang berwarna terang dengan muka berconteng make up mengalahkan artis atau celebrity pulak. Dan sekarang ni, ada lagi trend terbaru - berpurdah tapi pada masa yang sama bertabarruj. Masa2 tertentu atau bila gi program keagamaan, pakai jubah/tudung hitam dengan berpurdah tapi bila gi kerja atau rumah saudara mara, buka purdah, siap bermake up lagi dan pakai warna2 terang, mana sunnah Rasulullah saw yang di agung2kan tu, memanglah kerja government tak boleh pakai purdah tapi kena lah jaga penampilan (kena ada beza dengan orang yang tak faham dan tak berpurdah) dan ada rasa malu bila tak di benarkan berpurdah, janganlah guna alasan kena ikut peraturan, semua tu bergantung pada kekuatan iman, kalau iman dah lemah, begitulah jadinya. Sepatutnya bila pakai purdah boleh mengelakkan fitnah tapi ini semakin menimbulkan fitnah dan menyebabkan orang di sekeliling bercakap2 pasal kita. Hanya ALLAH TAALA sahaja yang mengetahui niat dan keikhlasan hati seseorang tapi kadang2 orang boleh menilai dari penampilan luaran. Aku harap perkara sebegini takkan berterusan atau mempengaruhi yang lain, sebab kita yang berilmu ni sepatutnya beri tunjukajar atau contoh terbaik untuk orang lain, tapi ini lah yang susahnya , orang2 berilmu ni mungkin rasa semua perkara yang mereka buat tu betul sebab mereka lebih berilmu, dan biasa mereka  susah nak terima teguran orang lain. Sebab tu, kalau banyak kemungkaran yang kita lihat di sekeliling kita, jangan salahkan orang lain, kena salahkan diri sendiri, tak amalkan ilmu yang ada, macammana nak sampaikan pada orang lain. Kena doa dan azam untuk perbaiki diri sendiri dan sampaikan pada orang lain.

No comments:

Post a Comment