Thursday, January 20, 2011

Ijtima' Tonggi

Sebelum datang kerja tadi, gi hantar hubby ke airport, nak terbang ke Dhaka untuk Ijtima' Tonggi. Ingat nak cuti hari ni, tapi cancel sebab rasa rugi pulak hari ni kerja sampai 3.30 ptg je. Selamat jalan suamiku, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Doaku semoga usaha beliau dan sahabat2 yang lain di berkati ALLAH dan semoga usaha ini menjadi penyebab tersebarnya hidayah ke seluruh alam. InsyaALLAH isteri2 yang meredhai suami2 keluar di jalan ALLAH juga akan dapat ganjaran, dapat masuk syurga 500 tahun lebih awal dan berhias2 menunggu kedatangan suami. Kena jaga iman dan amal dan doa banyak2 semasa ketiadaan suami. Hubby kata musim sejuk kat sana sekarang ni, so dah bawa selimut, sweater dan jaket. Kat tempat kita ni, musim tengkujuh sejuk juga tapi ok lah boleh tahan lagi. Harap2 semua sihat walafiat dan dapat ikut program dengan sempurna.

1 comment: