Tuesday, January 11, 2011

Sexual Abuse

Semalam ada 2 kes yang melibatkan sexual abuse - sebenarnya banyak lagi, almost everyday ada, cuma yang jumpa kita tu kes yang di bawa ke authority, yang tak report mungkin ramai lagi. Memang sedih sangat bila jumpa dengan dia orang, kebanyakkannya dari golongan yang miskin, tak berpelajaran dan rumahtangga yang porak peranda, kalau tanya bab solat tu, hmmm............ majority solat 5 waktu tu pun tak buat, including bapa / ketua rumahtangga , so macammana nak selamat dari perkara tu.
Banyak lagi yang kita perlu usahakan, bagi yang ada kesedaran, bantulah sesama Muslim, kena ambil tahu hal ehwal keluarga atau jiran tetangga, kalau berlaku perkara begitu di sekeliling kita, usahalah untuk membantu dengan nasihat atau apa2 yang di fikirkan patut. Satu lagi, pendapatku guru-guru boleh memainkan peranan yang penting dalam mencegah kes-kes begini, dengan mengenali setiap anak murid mereka dan ambil tahu sebarang masaalah keluarga mereka, maybe dalam satu kelas, hanya satu atau dua murid je yang bermasaalah, so bila kita rapat dengan mereka , mungkin boleh membantu sekiranya ada perkara2 yang boleh menjurus kepada jalan tersebut, ini salah satu cara yang boleh ku fikirkan. banyak lagi cara lain. Waalahu'alam, sama2 kita berdoa semoga di jauhi dari perkara2 sebegitu. Amin! Banyak lagi nak cerita, di lain kali pula, nak gi kerja ni.

No comments:

Post a Comment